Translate

Tuesday, December 31, 2013

#Foto #istimewa - Sepetang bersama MB #Kelantan , Datuk Ahmad Yaakob . Terima kasih



Dihulur salam tak dapat ku tolak,
Sejuk jiwa  terasa nyaman,
Tinggi budi kerana akhlak,
Al-Ouran dan Sunnah tali keimanan


Tuesday, December 24, 2013

@weatherchannel #Viral #video from #Malaysia . #Fish come to land. Any scientific explaination or..? Ikan naik ke darat .





These was happened at Lahad Datu , Sabah, Malaysia 24 December 2013

Is it because of electromagnetic wave from Sulewesi ring of fire? Any scientific explanations?

Friday, December 20, 2013

@Malaysianmet Kemungkinankah ini Gelombang ke-2 #banjir #2013 ?


Berdasarkan imej animasi satelit Weather Channel pembentukan awan aktif sedang terbentuk di tengah laut China Selatan. KLIK sini untuk anamasi tersebut.

Dalam keadaan musim tengkujuh ini, sistem amaran awal kepada penduduk sangatlah mandatori.

Kepada mana-mana pengguna facebook, saya sarankan untuk klik LIKE kepada facebook Malaysian Meteorological Department untuk mendapatkan update terkini ramalan kajicuaca Malaysia.

Dan kepada pengguna twitter sila klik FOLLOW untuk update @Malaysianmet 

Maklumat kini sangat mudah hanya di hujung jari kita cuma kita yang masih lagi lalai dengan suasana.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan kami pohon agar kifarah terhadap kami diringankan .Amin. Insyaallah.

Friday, December 6, 2013

#Lifestyle @Ibdil bakal bawa kehancuran #UMNO di #PRU14. @Najibrazak @Khairykj @AhmadMaslan.

Sebelum menulis lebih lanjut , saya ingin bertanyakan kepada perwakilan UMNO yang mengundi Ibdillah Ishak Lifestyle selaku calon exco pemuda no.1 Malaysia pada pemilihan baru-baru ini. Apakah berbaloi untuk pengukuhan UMNO dan Barisan Nasional menghadapi PRU14?

Tiap kali Perhimpinan Agung UMNO, saya dan majoriti lebih 13 juta sekalian rakyat marhaen hanya memerhati dari jauh melalui kaca tv . Manakala hanya ribuan perwakilan UMNO Bahagian yang tak ada hak ke atas keputusan undi pilihanraya dengan bangga menyatakan mereka adalah mulut mata lidah dan telinga rakyat. Benarkah hebatnya mereka?

Terpanggil oleh penulisan sahabat blogger Gelombang Kick dan 31 sahabat Bloggers Brotherhood yang lain mengenai viral #Lifestyle PAU2013 , saya melihat akan ketidakcerdikan yang amat sangat oleh Exco Pemuda UMNO No 1 selaku Pengerusi Biro Media Baru iaitu Ibdil Ishak yang menyatakan bahawa UMNO membayar blogger dan pejuang media maya adalah satu kesilapan . KLIK sini untuk maklumat penuh.

Ya Allah, di manakah letaknya harga diri kami sekalian bloggers yang bertungkus lumus siang dan malam, ke hulu ke hilir mencari maklumat hanya untuk menyelamatkan UMNO-BN dari karam dilambung fitnah Pakatan Rakyat di PRU13 ?

Jelas terpampang bahawasanya saf pimpinan pemuda dalam UMNO kini mengalami kemerosotan kualiti dalam berpolitik. Maaf, bukan kesemuanya tapi walaupun ianya hanya seekor bangkai ayam di tengah kedai makan yang lazat namun hakikatnya tiada pelanggan(rakyat) yang sudi untuk melangganinya.

Walaupun mood untuk kembali rancak berpolitik masih jauh, saya beranggapan pada permulaan gemilangnya PAU2013 dengan kejayaan demokrasi pemilihan pucuk pimpinan oleh perwakilan , saya beranggapan virus ketidakcerdikan dalam saf kepimpinan pemuda UMNO pada hari ini bakal membawa wabak yang lebih mudarat kepada ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya. Apatah lagi mengharungi gelombang PRU14 yang lebih dahsyat dengan persepsi kenaikan harga barang yang memuncak.

Ibarat barah ketumbuhan jika dibiarkan mudarat, nyawa yang jadi taruhan. Renung-renungkan.

Wassalam.

Thursday, November 28, 2013

#Viral #Video of #PrinceWilliam @TaylorSwift13 and @BonJovi at Winter Whites #Gala . Enjoy!


Prince William sings Livin' on a prayer with Jon Bon Jovi and Taylor Swift at the Winter Whiets Gala charity ball at Kensington Palace. He's got the (slightly nervous) voice of an angel at the Winter Whites Gala charity ball at Kensington Palace but we reckon a few butterflies are understandable!



Me : I thought Prince William was so excited with this moment. Once in a lifetime.

Friday, November 22, 2013

#Reformasi pimpinan Pas menuju 'Sekularisme'. Untungkah perjuangan #Islam Pas kini? #MuktamarPas


Assalamualaikum.

Selamat berdemokrasi kepada perwakilan-perwakilan Pas dari seluruh negara yang berkampung di Stadium Melawati hari ini.

Saya sebagai anak Kelantan yang pernah mengangkat bendera Pas amat tertarik untuk mengikuti perkembangan pertembungan antara Mat Sabu dan Dato Nik Amar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas Malaysia.

Adalah sedia maklum bahawa hala tuju asal Parti Pas adalah untuk menegakkan perjuangan Islam berpandukan perlembagaan Al-Quran dan Al-Sunnah namun sejak berpayungnya Pas di bawah Pakatan Rakyat dengan konsep Tahaluf Siyasi menjadikan perjalanan perjuangan Islam parti Pas seperti terhencut-hencut di kaki lima sedangkan PKR dan DAP selesa di landasan politik konvensional negara. Adakah ini menguntungkan Pas? KLIK 

Manakala hari ini kita dapat lihat seolah-olah parti yang melebalkan mereka pejuang Islam sebenar hilang sensitiviti dengan kata lain mati rasa pabila Islam dirempuh oleh isu Kalimah Allah , isu Hudud dan COMANGO yang pada pemikiran budak asuhan Pasti pun tahu bahawasanya orang bukan Islam galak menanangguk air keruh. Adakah pimpinan Pas yang celik agama sengaja memejamkan mata dan membisukan kata masih kekal berpayung di bawah naungan Pakatan Rakyat bukannya naungan Redha Allah Taala ? Atau adakah selamanya orang-orang Pas menyalahkan UMNO/BN atas segala kelemahan diri mereka? Come on lah!! Di mana fatonah pimpinan Pas?

Sebaliknya NGO Perkasa lebih persisten dalam memperjuangkan hak-hak orang Islam dan Melayu walhal dalam Perkasa tidak mempunyai seramai Pas bijak pandai agama. Di mana jiwa rasa dan malu orang Pas yang mengaku mereka lebih tinggi dan kuat imanya dari orang Islam UMNO? Anda ada jawaban.

Satu-persatu kesalahan pimpinan DAP dan PKR bukan Islam yang gatai tangan mencampuri urusan orang Islam dimaafkan begitu saja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebaliknya bila pimpinan Islam yang bukan dari golongan mereka membuat kesilapan , maka jutaan khilaf, jutaan sudut pandang yang hamburkan.  Nampaknya Pas sudah tidak lagi menerima pakai sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang ' Berlemah lembutlah sesama Islam dan keras dengan musuh Islam' dalam ertikata keadilan yang sebenarnya.

Secara ringkasnya , melalui pemerhatian lenggang lenggok perjalanan Pas bersama PR, saya dapati tidak ada cara lain untuk Pas lebih berdaya saing dalam Pakatan Rakyat melainkan Pas harus diterajui oleh pimpinan yang berfikiran sekular liberal supaya asimilasi perbedaan prinsip perjuangan antara DAP , PAS dan PKR lebih mudah dicerna hadam orang Islam dalam menuju Malaysian Malaysia.

'Demi masa'. Sesungguhnya orang Islam itu sendiri berada dalam kerugian.

Wassalam.

Sunday, November 10, 2013

#Haiyan #Philippines #Aftermath fotopages. Death toll could rise 10000 people. #OMG


CLICK for Weather Channel 'In the middle of Typhoon' video.










Together we support their lives on humanitarian. Insyaallah(God Will)

Thursday, November 7, 2013

@Malaysianmet #Typhoon #Haiyan bakal melanda tengah #Filipina . Adakah #Sabah terkesan?


KLIK untuk animasi satelit Weather Channel .

Dalam beberapa jam lagi taufan terkuat tahun ini bakal melanda tengah Filipina . Kekuatan taufan ini di jangka menyamai kekuatan hurikan kategori 5 .



Kebimbangannya adalah adakah Sabah akan terkesan?

Semoga saudara kita yang berada di Filipina sabar dalam ujian Allah dan rakyat Sabah supaya lebih berhati-hati di perairan kerana ada kemungkinan berlakunya ombak gadang kesan tiupan angin taufan Haiyan yang di jangka selaju 240 kmh. KLIK untuk berita CNN.
KLIK untuk berita WP

Monday, November 4, 2013

@Najibrazak . #PRKSgLimau KPI undi #Melayu dan #Bajet2014 selepas PRU13 ? .


Terdahulu dan yang terutama marilah kita ummat Islam mendermakan sekelumit Al-Fatihah kepada Ustaz Azizan yang kembali ke Rahmatullah baru-baru ini sekaligus menjadikan Dun Sungai Limau , Kedah medan pertarungan 2 parti politik terbesar orang melayu.

Esok, proses pembuangan undi rakyat Dun Sungai Limau akan berlangsung . Kempen rumah ke rumah dan ceramah kini semakin rancak namun jika diperhalusi kempen PRK SG Limau lebih sejuk dari kempen PRK Kuala Besut yang lalu. Maklumlah senario yang berbeza, PRK Kuala Besut bermatian mempertahankan kerajaan manakala PRK Sg Limau sekadar memenuhi ruang dalam proses 'sulap' katakan.


Keputusan PRU13 Dun Sungai Limau yang lalu menunjukkan arwah Ustaz Azizan bejaya mengalahkan calon dari BN dengan majoriti yang sederhana kukuh dengan hanya 2774 undi sahaja. Walaupun pertarungan 4 penjuru namun hanya pilihan rakyat tetap kepada 2 parti dominan orang Melayu Islam UMNO/Pas. Dengan majoriti tersebut , tiada mustahil untuk Barisan Nasional menumpaskan Pas pada PRK ini namun ianya agak perit kerana mengikut pandangan Profesor Dr. Agus, 500 undi adalah halangan psikologi . KLIK 

Dengan pengundi berjumlah 27,222 orang dengan komposisi mengikut kaum iaitu 93% Melayu, 6.7 % Cina dan 0.6 % India,
Prk ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan kepada penanda aras(kpi) sokongan majoroti orang Melayu terhadap Barisan Nasional berbanding Pas selepas pengumuman 2 perkara besar selepas PRU13 yakni penarikan subsidi harga petrol dan gula baru-baru ini oleh PM Najib Razak .

Kesimpulannya , Prk Sg Limau bakal menjadi analisa dan rujukan penganalisis politik sebagai unjuran dan ramalan terhadap populariti BN dan Pas selepas PRU 13 dan natijah penarikan subsidi oleh kerajaan dalam langkah jimat cermatnya.

Bagi saya , tidak mustahil BN boleh mengatasi Pas namun ianya adalah amat perit.

Sebarang pengurangan majoriti Pas oleh BN adalah satu kemenangan tetapi jika Pas berjaya mengukuhkan kedudukan dengan undi Melayu yang lebih besar:

PM Najib Razak 'You have to do something'

Monday, October 28, 2013

@Najibrazak bertindak tepat di #Bajet2014 . Negara manakah yang bajetnya lebih hebat dari #Malaysia?.



KLIK untuk teks ucapan penuh pembentangan Bajet 2014 oleh Datuk Seri Najib Razak pada pembentangannya Jumaat lalu.


Intipati Bajet 2014 Ringkasan Dan Rumusan

Kadar BR1M Dinaikkan

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
BR1M 3.0  diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450

Subsidi Gula Dimansuhkan

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes dan kencing manis
Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilogram mulai 26 Oktober 2013
Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,  kata Najib

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500,persara RM250

Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500
Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250Akan dibayar pada awal Januari 2014

Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan

Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan

Kadar Baucar Buku Dinaikkan

Baucar Buku Dinaikkan daripada RM 250 kepada RM300 kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia

Kelajuan Internet Dinaik Taraf

Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp
Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb

Program Perumahan Rakyat

223,000 unit rumah pada harga berpatutan
Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak
80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran

Kadar GST lebih rendah

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus, lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada

Bantuan yuran taska RM250 sebulan

Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan

Pembangunan Sukan RM239 juta

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini

Program Pertanian


Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil

Pandangan saya :

Setelah meneliti secara kasar bentangan Bajet 2014 , dapat saya simpulkan bahawasanya kemampuan kerajaan untuk melakukan kebajikan adalah berkadaran langsung dengan kadar pendapatan negara. 

Bermakna setiap pungutan hasil pendapatan kerajaan melalui pungutan GST yang akan dijayakan pada tahun 2015 dan penjimatan perbelanjaan ke atas pemansuhan subsidi gula berjaya menghasilkan turnover yang begitu hebat untuk rakyat melalui Skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Bantuan Persekolahan RM100 dan sebagainya seperti yang telah di jelaskan di atas.

Adalah sedia maklum rakyat Malaysia masih lagi belum memahami selok belok makro dan mikro ekonomi negara, sudah mula merungut pemansuhan subsidi gula kerana alasan yang kurang tepat mengurangkan penyakit kencing manis . Tambahan pula sentimen ini dimainkan oleh parti politik yang berkepentingan dalam menangguk di air yang keruh atas ketidakselesaan ini . 

Hal yang demikian, kerajaan seharusnya bersikap berani untuk meningkatkan tahap ketelusan atau transparensi kewangan negara seperti penjelasan tentang kadar hutang negara vs KDNK dan dasar defisit fiskal negara. Dengan yang demikian, rakyat akan lebih mengerti apa yang sedang dilakukan secara tersirat oleh kerajaan di Bajet 2014 ini adalah secara keseluruhannya

1. Meletupkan kadar jual-beli domestik oleh golongan sasar (berpendapatan rendah/menengah) dengan pemain ekonomi 

2. Mengurangkan kadar hutang negara melalui defisif fiskal yang lebih rendah.

3. Menambah nilai peratusan KDNK negara dengan mengangkat produktiviti rakyat melalui janaan modal insan yang lebih berkualiti.

Oleh yang demikian pendidikan jangka panjang dan penerangan jangka pendek tentang kedudukan ekonomi negara seharusnya bermula dari sekarang samada melalui ceramah, media masa, media cetak dan mungkin juga sebagai digubal pengetahuan am di setiap sekolah menengah agar mereka lebih mengetahui hal yang sebenar dari membantah 'kok sir kok dang' seperti orang yang hilang akal.

Rakyat juga harus menyedari , dalam hal kedudukan ekonomi kita hari ini adalah sangat penting dalam menjamin kesinambungan pencarian rezeki anak cucu kita esok hari. 

Banyak sudah contoh di depan mata contohnya Greece, Ireland, Portugal dan sebahagian besar negara di dunia yang tidak berhemah dalam menguruskan kewangan negara. Mahukan kita jadi seperti mereka? 

Kepada pemimpin kerajaan juga jangan kerana inginkan pengekalan politik anda boros berjanji dan menabur gula-gula kerana kelak generasi muda yang sengsara.

Wassalam.    

Wednesday, October 23, 2013

#Breaking News !! Latest #video view of #Australia #Wildfire. #OMG @WeatherChannel forecast.


On October 21, 2013, dozens of wildfires continued to burn in New South Wales, Australia. The fires had already destroyed more than 200 homes, and Australian authorities were concerned that hot, windy weather could exacerbate the situation. The Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) on NASA’s Aqua satellite acquired this image at 2:25 p.m. local time (3:25 Universal Time) on October 21. Red outlines indicate hot spots where MODIS detected unusually warm surface temperatures associated with fire.The largest fire shown here is the State Mine fire, which was burning in the Blue Mountains. The fire had burned more than 42,750 hectares, according to the New South Wales Rural Fire Service. Source : CLICK

These are the latest video of Australian Wildfire.







May Allah (God) save and bless them all.

Sunday, October 13, 2013

@Khairykj . #Tahniah kerana mengekalkan jawatan Ketua #Pemuda #UMNO #Malaysia #PemilihanUMNO


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada tuan kerana berjaya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam Pemilihan UMNO 2013.  Syabas.

Semoga menjalankan amanah Allah dengan lebih baik dari sebelum ini.

Insyaallah

Friday, October 11, 2013

#Imissyou - @TheHenningsens . It's awesome





I miss you too.

#BreakingNews ! Cyclone #Phailin to hit East #India in 72 hours .


Here is live animated satellite view by Weather Channel



BHUBANESWAR/NEW DELHI (Thomson Reuters Foundation) - A cyclone heading towards the southeast coast intensified on Thursday, disaster management and weather officials said, warning tens of thousands of farmers to save their crops before the storm reaches land in the next 72 hours.
Packing wind speeds of up to 185 kph (115 mph), cyclone Phailin is moving in from the Bay of Bengal and is forecast to hit between Kalingapatnam in Andhra Pradesh and Paradip in Odisha state on the evening of October 12.
The neighboring West Bengal, and the Andaman and Nicobar islands, are also expected to experience heavy rains, gale force winds and storm surges.
"The cyclone is definitely coming and it's going to be severe one, as its current speed is 100 kph (62 mph)," Shashidhar Reddy, vice chairman of the National Disaster Management Authority, told a news conference.
"It is gaining an extra speed of 10 kph every three hours."
The weather office said damage to homes, power and telecoms disruptions and flooding were likely, and urged authorities to suspend fishing operations and consider evacuating coastal residents.
The Meteorological Department also called on tens of thousands of farmers in the rice and cotton-growing states to save their crops.
"Farmers have 48 hours to prepare," said director general L. S. Rathore. "We have asked them to harvest if their crops are ready, to bundle the crops together to minimise the damage or to drain out any water stagnating in their fields."
Authorities in the affected states began stocking shelters with rations, put disaster response teams on standby, and cancelled government employees' holidays as Phailin - some 800 km (500 miles) from the coastline - moved closer.

Source : Reuters

Wednesday, October 9, 2013

@Najibrazak. #America #Default . Bersediakah untuk kemungkinan hadapi #Global #Recession selepas Lehman 2008?.


Malam tadi Presiden Obama membuat pengumuman bahawa keadaan 'Federal Shutdown' yang berlanjutan bakal menghasilkan impak yang sangat besar terhadap ekonomi seperti sebuah letupan nuklear dalam ekonomi dunia. KLIK

Sejurus selepas pengumuman tersebut tekanan jualan saham di Wall Street menjadi lebih berat dengan pelabur mengambil langkah berhati-hati walaupun mereka yakin bahawasanya keadaan ini adalah bersifat sementara. KLIK

Dalam pemerhatian ke atas fakta pasaran saham Wall Street sejak seminggu yang lalu , didapati penurunan indeks saham adalah mendadak dan jika keadaan default ini berterusan tiada mustahil esok atau lusa penjualan saham dari blok Asia dan Euro akan berlaku secara besar-besaran kerana hilangnya keyakinan terhadap pasaran semasa yang rapuh bakal merencanakan satu episod lain dalam kegawatan ekonomi dunia. KLIK untuk komentar dari IMF .

Berikut adalah fakta tekanan jualan ke atas Wall Street minggu ini.







 KLIK untuk sumber live real time Yahoo Finance

Hal yang demikian bakal lagi dibebani lagi oleh siling hutang Amerika Syarikat yang mencapai 16.7 Trillion US Dolar. KLIK 

Dalam hal kewangan dunia masa kini kita semua ummat manusia tidak boleh lari dari mengetahui keadaan semasa kerana kita telahpun dirantai oleh sistem globalisasi yang mempunyai pro dan kons dalam mekanismenya.

Jika pemerintah gagal menyebarkan situasi ini dengan jelas kepada rakyat dengan satu penerangan mudah di media arus perdana , sudah pastinya rakyat akan terpingga-pinga kenapa berlakunya kejatuhan (jika terjadi) yang sudah pastinya kekurangan input rakyat ini akan dieksploitai oleh pihak yang berkepentingan untuk mempropagandakan bahawa kerajaan yang bersalah, kerajaan yang korup dan kerajaan tak pandai menjaga kewangan negara. Itu sudah pasti.

Akhir kata , semoga pihak Amerika Syarikat dapat mencapai kata putus dalam bill 'Obamacare' atau kontigensi lain demi menyelamatkan ekonomi dunia yang sedia maklum 'nyawa-nyawa ikan'.

Wassalam.

Tuesday, October 8, 2013

@Forbes .Will P Diddy @iamdiddy be hip hop's first billionaire ?




This was my first song which i start knowing P Diddy last 10-15 years ago.



"I'll Be Missing You" is a hit Grammy Award-winning single recorded by Puff DaddyFaith Evans and 112, in memory of fellow fallen Bad Boy Records artist Christopher "The Notorious B.I.G." Wallace who was murdered on March 9, 1997.
Released as the second single from Puff Daddy and the Family's No Way Out album, "I'll Be Missing You" samples the 1983 No. 1 hit song "Every Breath You Take" by The Police with an interpolation chorus sung by Faith Evans. The track also features a spoken intro over a choral version of Samuel Barber's "Adagio for Strings." With worldwide sales likely over 8 million, including shipments of three million copies in the United States and over one million in Germany and in the United Kingdom each, the song has become one of thebest-selling singles of all time. Source Wikipedia.
Salute for you my bro .From zero to hero , from nothing to something. From Malaysian fans.

Wednesday, October 2, 2013

#Malaysia #Care vs #Obamacare . Siapa lebih berkebajikan? @Najibrazak @AnwarIbrahim


Orang Amerika yang tak ada Premium Insurans Kesihatan terpaksa membayar kos yang tinggi untuk kos perubatan. Manakala dasar 'ObamaCare' yang cuba membela orang miskin dan pertengahan di tentang hebat oleh pembayar cukai (taxpayer) yang mana Parti Republikan menyebelahinya hinggakan tidak ada kata putus di kongres yang mengakibatkan 'Federal Shutdown'. KLIK



Persoalannya , kita di Malaysia kerajaan dah lama membela rakyat dalam bab kesihatan. Bayar RM1 pun dah dapat ubat bertimbun.

Yang menjadi kekesalan di kacamata saya adalah tahap kesyukuran rakyat Malaysia dalam menghargai perjuangan kerajaan membela rakyat hinggakan hampir semua yang dilakukan tidak bertepatan dengan selera mereka khususnya dari pihak pembangkang.

Saya tidak bangkit untuk menyatakan bahawa segala usaha kerajaan itu semuanya cemerlang sempurna namun kerajaan juga harus menutup lompang-lompang ketirisan dan korupsi agar perjalanan urus tadbir kerajaan lebih berintegriti , berdaya saing dan berkualiti dalam menempuh arena globalisasi yang pastinya amat sengit persaingan.

P/s : Laporan audit negara PAC yang terbaru menjelaskan apa yang tersembunyi dan rakyat sedang memerhati.

Monday, September 30, 2013

Di mana keadilan perundangan #Malaysia ?- Pencuri RM 2 dipenjara, pencuri #Perwaja #PKFZ berbillion dolar bermaharajalela.


Menitis air mata sebak saya membaca artikel yang disiarkan oleh Sinar Harian sebentar tadi KLIK bila mana seorang penganggur yang bernama Mohammad Hadi Hamzah yang berumur 36 tahun dari Kota Bharu yang berdepan hukuman penjara 10 tahun didakwa mencuri 2 keping wang kertas RM1 dari tabung Masjid Muhammadi pada 24 September yang lalu.

Bagi saya , Ya , saudara ini mungkin bersalah TETAPI orang yang mendakwa dan mengheret beliau ke muka pengadilan lebih lagi bersalah.  Kerana apa?

Jika sayalah, jika saya, jika saya sebagai penangkap ataupun pembuat lapuran polis akan kejadian ini , sebagai orang Islam yang berada di sebuah negeri yang berstatus negeri tadahan wahyu Serambi Mekah, saya tidak akan terburu-buru untuk mengheret orang ini ke muka pengadilan . Pertama sekali saya akan membuat beberapa pertanyaan kepada Abang Hadi ini .

1. Dah makan/minum ? Jika belum bawa pergi makan.
2. Tinggal di mana? Tengok rumah dia selesa atau tidak
3. Ada anak bini ker? Jika ada tanya anak bini dah makan ke belum.
Dan pelbagai lagi soalan mudah yang boleh kita utarakan.

Ini menunjukkan tahap ehsan dalam Islam orang kita masih lagi rendah jika kita bandingkan dengan sirah penjuang-pejuang islam yang terdahulu.

Tidak dinafikan bahawa 'hukum tetap hukum' dan jika hudud telah di laksanakan di Kelantan sudah pasti saudara kita ini kehilangan tangannya namun adakah itu merupakan obkjektif utama kita berkasih-kasihan sesama Islam dan Al-Quran sebagai panduan. Maha Suci Allah yang bisa memaafkan.

Lain pulanya sistem perundangan dan kehakiman di negara ini bertindak ke atas 2 orang 'Mega Billoinaire Thief' ini


Erik Chia yang merugikan syarikat multinasional Perwaja Steel yang berjumlah  lebih 10 billion mati di dalam bilik hotel bukannya di Penjara Sungai Buloh. KLIK.



Manakala bekas menteri pengangkutan Tun Lim Leong Sik (sepatutnya tarik balik gelaran Tun)  menipu Tun Mahathir dalam projek PKFZ merugikan wang rakyat lebih 1 billion masih lagi bertilam empuk. KLIK

Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa ,'curi tetap curi' , cuma yang membedakan meraka adalah tahap hukuman tidak setimpal dengan tahap kecurian yang didakwa.

Namun saya berharap agar pihak yang mendakwa saudara Abang Hadi bisa menarik balik dakwaan dan jika bersalah di mahkamah sekalipun saya berharap Abang Mohamad Hadi hanya dikenakan tindakan hukuman public social services seperti sebulan menjadi tukang sapu masjid tempat kecurian atau setarafnya.

Insyaallah.


Thursday, September 26, 2013

Subhanallah - #Video sebuah pulau terbentuk selepas gempa 7.8 di #Pakistan.


Kelmarin, wilayah Baluchistan telah dilanda gempa bumi kuat 7.8 skala richter yang mengorbankan lebih 300 nyawa.

Namun apa yang menjadi fenomena luarbiasa adalah kewujudan serta merta sebuah pulau yang timbul 20-30 kaki dari permukaan laut. Sesaran tanah yang besar ini telah membingungkan saintis dunia yang membuat kajian 'liquifikasi' selepas gempa.




Bagi kita ummat Islam, perkara ini adalah bukti kekuasaan Allah Taala yang tiada mustahil bagiNya akan sesuatu kejadian (Kun Fayakun) . Oleh yang demikian, marilah kita kembali kepada Allah dengan berpegang dengan sebenar-benarnya kepada Al-Quran dan Sunnah dan pedulikanlah perkara remeh temeh seperti hal bini Mat Yo yang melarakan pemikiran kita dari mendekatkan diri dengan Allah Taala.

Nauzubillah..

Untuk sumber Yahoo KLIK
Mirror News KLIK

Tuesday, September 24, 2013

@DBradbery new #song #TheHeartofDixie is relaxing. Just nice.


I love this girl, soft and tender as pure American Country Girl.

So, this is music video debut source from 'Country Music Nation'

Let's hear The Heart Of Dixie now and go out get the cd's.



Muaaahhh....

Monday, September 23, 2013

Wednesday, September 18, 2013

#Typhoon Odette (Usagi) ready to land on #Luzon @weatherchannel


Tropical Storm Odette (Usagi) intensified further Wednesday afternoon, even as state weather forecasters warned of possible flash floods and landslides over parts of Central and Southern Luzon in the next 24 hours.

In its 5 p.m. bulletin, PAGASA said Odette was estimated at 770 km east of Tuguegarao City as of 4 p.m., with maximum sustained winds of 105 kph near the center and gustiness of up to 135 kph.

PAGASA said Odette is forecast to move west at 7 kph, even as it enhances the southwest monsoon affecting Central and Southern Luzon, Visayas and Mindanao.

Flash floods, landslides

PAGASA said Zambales, Bataan, and Mindoro can expect "cloudy skies with moderate to occasionally heavy rains and thunderstorms which may trigger flash floods and landslides."

Cloudy skies with light to moderate rainshowers and thunderstorms may be expected over Metro Manila, La Union, Pangasinan, Calabarzon, the rest of Central Luzon and of MIMAROPA, Bicol, Visayas and Zamboanga Peninsula.

"The rest of the country will be partly cloudy to cloudy with isolated rainshowers or thunderstorms," it added.

Thursday outlook

Meanwhile, PAGASA said moderate to strong winds from the southwest to west over Central and Southern Luzon and coming from the northeast to northwest over the rest of Luzon and the coastal waters along these areas will be moderate to rough.

Elsewhere, winds will be light to moderate coming from the southwest with slight to moderate seas. — VC, GMA News

Source : GMA news Online and PAGASA

Tuesday, September 17, 2013

#Moneytalks @Forbes - #Top10 world #richest women and man in #America






That's for them and this is for us... We are also the richest in 'Money Talks' : Let's rock n roll , have fun with our lives.


Thank you Allah (God) for this wonderful life.

Friday, September 13, 2013

@MileyCyrus on #WreckingBall . Yea or Nay ? @america #music


Watch this clip and you judge it. Yea or Nay? for her reformation.



For my judge , it just look like this


Thursday, September 12, 2013

@Najibrazak . Jadikan bulan 9 dan 10 , 'Bulan Persiapan Bencana' #Malaysia


Rajah imej satelit menunjukkan animasi keadaan sebenar kelompok awan di bahagian Asia Pasifik pada malam ini.

Adalah sedia maklum , seperti kebiasaannya negara kita mengalami paralihan angin dari monsun barat daya kepada monsun timur laut setiap tahun yang membawa angin kencang dan hujan lebat. 'No doubt about it'

Persoalannya sekarang, Adakah dalam masa sebulan dua ni kerajaan mampu mempersiapkan segala penyelenggaraan mudah saluran air samada longkang , parit mahupun tali air ?. Pada peringkat ini, penggembelingan tenaga untuk menyelenggara prasarana tersebut adalah mandatori kerana ianya adalah langkah pencegahan awal bagi mengelakkan takungan air hujan yang diramal lebih lebat berbanding sebelum ini kerana kesan pemasanasan global dan 'climate change' dan peningkatan paras laut yang memberi kesan kepada paras pasang surut air di muara sungai di bulan tengkujuh nanti. KLIK sini untuk berita kesan peningkatan paras laut .

Foto di bawah ini menunjukkan keadaan parit besar menuju ke taliair yang dipenuhi oleh semak samun , keladi air dan sebagainya di kawasan kediaman saya di Cabang 4 Cherang, Kota Bharu.


Sungguh menyedihkan malah keadaan inilah yang menjadi pencetus banjir kilat air hujan sesebuah penempatan dan taman kediaman. Saya merasakan kebanyakan kawasan pembaca blog saya pun sedang mengalami masalah yang sama.

Sebenarnya malas untuk saya menulis perkara yang sangat kecil bagi pembaca dan melapurkan kepada pimpinan negara kerana kecewa saya perhatikan sikap tok penggawa, tok penghulu , JKKKP dan pihak-pihak yang berwajib yang hanya buat kerja 'ONE OFF' 'TIADA FOLLOW UP' untuk sesuatu projek yang telah dilaksanakan. Yang mereka tahu hanya projek awalan untuk cari makan dan lupa fasa selenggaraan. Inilah mentaliti 'orang kita' pemikiran dunia ketiga.
Manakala sebelah seberang sana pulak asyik berpolitik itu tak kena , ini tak kena, itu orang salah, ini orang salah . Mulut lembik yang hanya pandai berucap tapi hanya tin kosong yang berkarat.

Pencerahan di atas hanya merupakan tahap pencegahan peringkat awal bagi mengelakkan banjir sebelum banjir.

Di sini saya selaku pengamal media sosial telah memerhatikan keberkesanan sistem portal banjir negara pada tahun yang sudah-sudah. Ia sememangnya baik namun masih belum mencapai tahap efisiency capaian maklumat sepenuhnya terhadap rakyat. Cuba anda buat carian portal banjir di twitter maka anda akan dapati akaun-akaun twiter tiap-tiap negeri.


Nampak tak kelemahan dalam sistem hebahan maklumat portal banjir ini?

Pandangan saya bila terlalu banyak akaun maka hebahan maklumat yang sah dan rasmi adalah tidak sekata , dah ler setiap akaun tak sampai 500 orang follower , kalau ada 14 negeri maka ada 14 kepala yang mengawalnya . Tak semuanya kepala berkerja kerajaan ni yang addicted kepada kerja dan kerjaya. Manakala yang kerja sebagai ahli kaji cuaca hanya buat kerja dia saja . Oleh yang demikian , salah satu cara untuk meningkatkan capaian ini adalah memusatkan akuan portal(sedia ada) twitter, facebook dan youtube kepada satu pusat sumber hebahan rasmi dan maklumat yang diperolehi adalah laporan terus dari Pusat Kaji Cuaca tiap-tiap negeri dan sumber sukarelawan sendiri.

Contoh yang terbaik dalam bab kaji cuaca ini adalah dari Weather Channel America Syarikat. Memang khusus lapuran dari bilik media kajicuaca.


KLIK untuk capaian twitter Weather Channel

Fuhhhh!!!! rasanya banyak sangat dah saya membebel ni, tapi ini adalah hakikat kelemahan kita rakyat dan kerajaan Malaysia dalam proses meningkatkan kualiti persiapan diri dalam menghadapi sebarang bencana.

Namun kita wajib bersedia menghadapi apa saja bila-bila masa kerana dugaan Allah itu tiada mengira warna parti politik , agama, status, bangsa dan sebagainya . Cuma adakah kita telah persiapkan segala keperluan dan persiapan akan bencana yang pasti menjelma.

Wallahuaklam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)