Translate

Tuesday, June 25, 2013

Wajib ketahui - Formula pelansingan badan terunggul didedahkan.

Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (HR. Tirmidzi dan Hakim)

Monday, June 24, 2013

Gambar yang tak ingin dilihat pendemo 505 Pakatan Rakyat

Hadapilah realiti politik.



Sedangkan si macai hanya layak berguling bodoh atas jalan tar saja. Udah-udah la demonya. Kalau nak tukar kerajaan pun tunggulah PRU-14 nanti. Baru dipanggil bijak politik.


Oh! ummat Islamku , oh bangsaku.


Friday, June 14, 2013

Pelik tapi benar . Pesta mewarna dan melentur buluh di Tilawah Al-Quran Negeri Kelantan.

Jalan menuju ke syurga Allah Taala.


Dengan berpandukan kepada dalil Al-Quran dan Al-Sunnah :

Sabda Rasulullah s.a.w

Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi , Nasrani atau
Majusi.
(Hadith riwayat Bukhari)

Maka dengan kehadiran Tilawatul Quran ke Kelantan setelah 23 tahun, kini bagaikan suatu pesta untuk rakyat secara berbondong-bondong memimpin mahupun mendukung anak-anak kecil mereka untuk diperdengarkan Qalammullah seiring dengan Iqra(baca) oleh qari dan qariah ulung dari seluruh Malaysia.


 




































Malam tadi adalah malam yang ke-2 terakhir pesta melentur buluh atau pun pesta mewarna anak kecil menuju jalan Allah yang hakiki. 

Esok, jangan lepaskan peluang di malam akhir. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha mengetahui atas apa yang kita usahakan. 

Wednesday, June 12, 2013

Kedai Mee Che Harun Paloh Rawa, Machang - Menggamit senyuman hingga ke lena.


Mee goreng


Mee berkuah.

Jika yang baru tiba di warung mee Che Harun Paloh Rawa janganlah minta paparan menu mee yang panjang berjela kerana di sini hanya menyediakan 2 jenis mee ini sahaja. Mee berkuah dan Mee goreng.



Warung ini telah mendapat tempat di hati peminat mee sejak dari kelahiran anak pertama  Che Zainab(isteri Che Harun) , Siti Rohaya yang kini berumur lebih 40 tahun . Dan daripada hasil perniagaan 2 jenis mee inilah Che Harun dan Kak  Nab membesarkan 7 orang anak dengan jayanya. 




Untuk sampai dan merasai 'forbidden mee' ini , anda haruslah melalui jalan Machang-Tanah Merah. Setibanya di kepala jambatan Kursial perhatikan sebelah kanan ada susur masuk ke Paloh Rawa dan setibanya di simpang tiga belok kiri dan terus saja ke warung Che Harun yang terletak hanya lebih kurang 1.5 km dari simpang tersebut.

Waktu berniaga adalah dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.

Selamat mencuba apa yang ambo rasa.

Chau!

Tuesday, June 11, 2013

Santai minda - Pencarian generasi muda Kelantan : Before and After

Bermulanya 


Before 


After


Tersenyum ambo melihat riak wajah adik tersebut memandang terus pada ayahandanya. Apa pun rezeki datangnya dari Allah Taala namun kitalah yang mengikhtiarkannya.

Saturday, June 8, 2013

Kebersihan pantai pemacu ekonomi pelancongan Kelantan.

PRU 13 telah pun sebulan berlalu, yang kalah tu kalah lah dan yang menang tu haruslah memikul amanah dan settlekan janji yang ditaburkan. Walaupun ambo telah memberi undi pada Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu, kini ambo akur taat setia bahawasanya YB Ustaz Datuk Ahmad Yaakob adalah Menteri Besar Rakyat Kelantan dan adalah satu kewajipan untuk ambo sebagai rakyat memberi pandangan ataupun buah fikiran yang mungkin boleh diguna pakai untuk kerajaan dalam menaikkan lagi imej Kelantan di mata masyarakat dan dunia umumnya.


Kelantan merupakan sebuah negeri yang sangat aktif dengan industri pelancongan di mata seluruh rakyat Malaysia. Dengan label 'Negeri Serambi Mekah' 'Negeri Tadahan Wahyu 'dan ' Kota Bharu Bandaraya Islam' membuatkan segenap hati yang mendengar begitu teruja untuk menjejakkan kaki di bumi Kelantan ini.

'Kebersihan pantai pemacu ekonomi pelancongan Kelantan'. Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh adalah daerah yang mempunyai jajaran pantai yang sangat luas dan cantik , bermula dari Pantai Seri Tujuh, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Kemanyan, Pantai Irama, Pantai Melawi hinggalah ke Pantai Dalam Rhu Semerak. Pantai-pantai ini sangat popular dikalangan pelancong sepanjang masa tambah-tambah lagi tibanya musim cuti sekolah.

Pantai yang cantik adalah rezeki anugerah Allah yang tak ternilai. Daripada sumber pelancong yang ramai maka tumbuhlah kegiatan ekomomi dari sekecil kecil jual etok tepi jalan hinggalah terbinanya resort, chalet dan hotel yang memangkinkan pendapatan rakyat jelata.

Melihat pada perspektif asas ekonomi , kerajaan Kelantan di bawah pimpinan MB yang baharu harus memberi penekanan terhadap pemuliharaan pantai yang lebih efektif kerana dari kacamata ambo keadaan kebersihan pantai di Kelantan berada pada tahap sangat tidak memuaskan apatah lagi membawa cerminan Islam yang  menitikberatkan 'kebersihan sebahagian daripada Iman'





Ehsan foto pencemaran bahan buangan plastik di Pantai Irama.

Dalam asas pemahaman mudah proses ekonomi ataupun jual beli, sesuatu produk yang menjana pendapatan haruslah mempunyai daya saing untuk pelanggan(pelancong) berulang kali datang dan berbelanja(repeat sales) bukan hanya sekali datang lepas tu hilang. Kondisi yang demikian sangatlah merugikan.

Untuk makluman , pihak pelancongan antarabangsa telah memberi pengiktirafan basanya negara Malaysia adalah tumpuan ke 8 pengunjung paling ramai di dunia selepas Dubai dengan 9.2 juta orang . Klik Yahoo News. Syabas kepada Kementerian Pelancongan atas pencapaian. Andaian kira-kira mudah, jika paling minima seorang pelancong membelanjakan RM10,000 maka kutipan kasar pendapatan negara melalui pelancongan adalah RM98 billion. Adakah pelancongan Kelantan mengambil peluang atas pendapatan ini? MB Ustaz Ahamad Yaakob harus tanya Exco yang terdahulu untuk memperbaiki apa yang terlepas pandang.

Ambo kurang pasti setahap mana pengurusan PBT dan badan-badan berkaitan  pelancongan di negeri ini. Jawatankuasa Kebersihan tu sememangnya ada namun ambo tak mengetahui setakat mana parameter operasi .  Ambo berpandangan satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan oleh PBT terbabit dalam mengawalselia kebersihan dan kebajikan pantai. Barulah dengan autoriti tersebut , pasukan kawalan pantai dapat digerakkan dengan efektif dan berkesan.

Apalah yang bijaksana dalam politik jika saling merugikan?

Exco Pelancongan seharusnya bijak memain peranan bijak berpolitik bersama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia setidak-tidaknya bekerjasama menambah dan memperelokkan prasarana bukannya berterusan berbalah tentang aku lebih Islam dan engkau kurang Islam. Cukup-cukuplah....

Cadangan ambo untuk kerjasama naik taraf ekonomi khasnya pelancongan pantai adalah PBT daerah yang terbabit disarankan memohon jentera 'beachcleaner' jenama Cherington yang terbukti berupaya membersihkan jajaran kawasan pantai yang panjang dengan kos pengoperasian yang minima.    



Dengan kawasan pantai yang cantik dan bersih ditambah pula tahap hospitaliti yang tinggi , ambo amat yakin bahawa industri pelancongan  bakal membawa seribu rahmat rezeki kepada isi rumah sekaligus melonjakkan ekonomi Kelantan dan Malaysia dengan kehadiran pengunjung untuk kali keduanya dengan senyuman sambil berkata

'There is no place like Kelantan ,Malaysia'


Wednesday, June 5, 2013

RANCANG PERJALANAN , CUACA TIDAK MENENTU HUJUNG MINGGU INI

Ini adalah rajah animasi terkini satelit, tompokan awan aktif di Asia Tenggara. (Klik di ruangan kotak Weather Channel di sidebar blog)



Tekanan rendah dari kawasan timur pantai Filipina yang membawa angin dan hujan lebat mempengaruhi cuaca Asia Tenggara untuk beberapa hari ini.

Amerika dilanda puluhan puting beliung, Eropah sedang dilanda banjir  besar, Ya Allah lindungilah kami orang Islam dari malapetaka yang dahsyat.

Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung lagi Maha Penyayang.

PERNAHKAH ANDA MELIHAT GUITAR AKUSTIK DIMANIPULASI SEBEGINI RUPA?


Jon Gomm, nama yang sedikit asing dalam dunia musik negara kita. Namun setelah melihat video klip 'Passionateflower' ambo menganggap bakat seni halus yang dimiliki oleh beliau adalah sesuatu anugerah dan jika melalui latihan sekalipun ianya memerlukan determinasi yang sangat tinggi dan tidak sesempurna ini.

Persembahkan pemanipulasi guitar akustik ' Pasionateflower'



Thumbs up !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

JIKA BENAR ADIL, BERANIKAH ANWAR IBRAHIM BERSUARA TERHADAP TAYIEB ERDOGAN?

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita saksikan LIVE tindakan anggota keselamatan menyuraikan tunjuk perasaan di negara orang. Lokasi -Turki



Perdana Menteri Turkey , Tayieb Erdogan merupakan seorang pemimpin yang sangat disegani oleh Anwar Ibrahim dan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat. Beliau menjadi idola Anwar kerana kepimpinan dan pemikiran liberal dengan dasar-dasar kebebasan beragama , bersuara dan menitik beratkan hubungan langsung dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. Jadi tidak hairanlah , kebanyakkan ucapan Anwar Ibrahim begitu memuja dan mengkagumi kepimpinan dan idealisme PM Turki tersebut di hadapan jutaan saksi rakyat Malaysia yang hadir dalam ceramahnya.

Ini merupakan salah satu foto kebangaan Anwar dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama Tayieb di Turki baru-baru ini.





















Berbalik kepada fokus utama, kerajaan Turki ketika ini sedang dilanda   tunjuk perasaan besar-besaran oleh rakyatnya sendiri atas sebab korupsi dan nepotisme yang diamalkan dalam kerajaannya.
Ianya bermula dengan tindakan kerajaan yang ingin menjadikan kawasan Taman Gezi dibangunkan pembangunan mewah. Tindakan itu awalnya mendatangkan kemarahan rakyat secara aman. -Sumber



Namun, tindakan Tayieb Erdogan menghalalkan tindakan keras pihak berkuasa membedil peluru getah, memukul, menyembur air lada dan  gas pemedih mata telah menjadikan isu ini pemangkin kebencian terhadap kepimpinan beliau. Gambar di atas  merupakan ikonic foto bagi membangkitkan kemarahan rakyat Turki membuat protes jalanan secara besar-besaran- Yahoo News 

Kembali kepada negara kita, masih ingatkah lagi peristiwa Bersih 3.0 yang dilakukan tanpa permit kebenaran di Dataran Merdeka?. Rasanya dalam peristiwa itu, senario gambar kereta polis yang remuk di terbalikkan merupakan ikonic foto keganasan . Namun pada keesokkan hari Anwar Ibrahim begitu lantang menyelar tindakan  PDRM mengawal keadaan. Hinggakan beliau menyamakan tindakan PDRM sebagai kawalan kuku besi. Mari kita dengar kenyataan itu pada minit 2.10 dalam video ini.



Di hadapan sana tak lama lagi, kedengaran himpunan gelap pakaian hitam bakal mengambil tempat. Atas nama liberal dan kebebasan mereka(pendemo) akan melacuri suasana aman dan tenteram hari ini. Provokasi sewajibnya mengambil tempat direncana strategi. Untuk inikalilah PDRM harus awas, mungkin perlawanan A lawan B, B sumbat gol sendiri. Ultras B naik angin sakit hati. Politik!

Akhir kata, tak pernah lagi ambo jumpa mana-mana polis dari dunia lain layan penunjuk perasaan sebegini. Siap mandi, sembahyang, di jamu nasi. Kuku besi juga yang dilabel, sabo aje laa.


Udah-udah la jadi balaci politik, hakikatnya kita ni hanya alat yang di gunakan untuk memuaskan nafsu orang lain mendapat atau mengekalkan kuasa. Sama lah, tak kira kuning ,hijau , biru, kelabu.... kalau Allah Taala tetapkan kamu berada di situ, maka di situ lah kamu.

Subhanallah.

Tuesday, June 4, 2013

FA CUP - Kelantan vs Johor DT , antara semangat negeri atau penilaian prestasi?


Akhirnya , perlawanan bolasepak Piala FA berada di kemuncaknya. Setelah berhempas pulas dan berbagai episod drama yang kurang enak didengar, jodoh pertembungan 2 pasukan Kelantan TRW dengan Johor DT menjadi kenyataan.



Kemeriahan pada perlawanan akhir ini dijangka sangat mengujakan peminat bolasepak seluruh tanahair kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan penyokong fanatik yang ramai dengan semangat kenegerian yang tinggi.

Selain itu, sentimental emosi konflik perpindahan Mat Yo dan beberapa pemain Kelantan dalam skuad JDT juga mengambil tempat untuk Kelantan TRW membuktikan bahawasanya TRW masih berbisa dan menyengat.

Dari sudut pandang prestasi pula, JDT dilihat sangat hebat dan meyerlah cemerlang kerana pasukan ini dibarisi oleh bintang handalan negara seperti Shafii Salee, Syafiq Rahim, Daniel Guiza,  Mat Yo dan lain-lain. Pendek kata, penilaian atas kertas , kaki judi(bukan Islam) berani meletakkan harga bet/pertaruhan yang tinggi untuk kemenangan pasukan ini.

Pandang kanan pandang kiri , fuh sana, fuh sini . Antara maruah jati diri anak negeri atau prestasi?

Ambo tetap dengan 'Gomo Kelate Gomo' dengan ramalan kemenangan  tipis 2-1 ataupun TRW menghukum kealpaan JDT dengan 2-0


'Gomo Kelate Gomo'

Monday, June 3, 2013

Country music -2 lagu terbaru #bradpaisley yang menyegarkan minda.


1. Beat this summer.
Memori zaman budak-budak



2. Southern comfort zone
Starting music video yang sangat kreatif



Rating : 4.5/5 untuk  kedua-dua lagu ini .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)