Translate

Monday, July 29, 2013

Ekonomi-Siap sedia kemungkinan hadapi kenaikan harga minyak pertama selepas PRU13.

Rajah di bawah adalah 'market board' wall street terkini mengenai kadar harga minyak per barrel di pasaran dunia. 
Harga minyak yang ditentukan di sini adalah bergantung sepenuhnya kepada beberapa faktor utama
1. Spekulasi pasaran
2. Tawaran vs permintaan
3. Politik negara pengeluar
4. Iklim /Cuaca
KLIK untuk sumber

Dalam ketidakstabilan politik yang sedang dialami Malaysia sejak selepas PRU13 yang lalu, rata-rata rakyat bagaikan alpa dengan iklim ekonomi dunia yang semakin mendesak.

Mari kita lihat dan analisa rajah perkadaran harga minyak dunia(perbarrel) dengan harga pertol di Malaysia(perliter) beberapa tahun kebelakangan ini.

Jika kita amati  , harga minyak negara kita adalah berkadaran seiring dengan harga pasaran minyak dunia. Masih ingatkah kita pada 2008 yang mana pada waktu itu Pak lah menjadi PM, di mana pengumuman kenaikan harga petrol paling tinggi dalam sejarah yakni 78 sen daripada RM1.92 kepada RM2.70 yang mendapat bantahan keras rakyat hinggakan faktor ini juga menjadi salah satu pemangkin tsunami politik 2008 .  Tidakkah kerajaan yang ada sekarang sudah lupa? KLIK sini kalau masih tak percaya. KLIK sini juga untuk video.

Saya khuatir , jika kerajaan yang dipimpin parti sedia ada sekarang masih kusut politik dan seringkali bermegah-megah dengan keuntungan Petronas beratus billion dolar , sedangkan rakyat masih dibebani dengan peningkatan harga petrol seiring dengan harga barang, tiada mustahil parti BN yang sekian lama memerintah Malaysia akan tewas di PRU 14 dan akhir sekali hanya tinggal nama dalam buku teks sejarah sebagai bahan rujukan budak-budak sekolah.
 

Maaf, angin rakyat terhadap pemerintah yang melaungkan transformasi nampaknya semakin berkurang. Perlukah ada revolusi atau reformasi yang akan mendominasi majoriti ?

Friday, July 26, 2013

Innalillah- Video kejadian kemalangan keretapi #spain didedahkan.


Sesungguhnya malang tak berbau. Kejadian kemalangan keretapi Sepanyol semalam seharusnya membuka minda kita di bulan Ramadhan supaya lebih memuhasabahkan diri dan terus-menerus meningkatkan taqwa kepada Allah Taala.

Saksikan video ngeri ini.



Hidup ini adalah sementara.

May Allah bless all victims.

Thursday, July 25, 2013

Prk #kualabesut - PDRM dan SPR pejuang demokrasi negara. Terima kasih.

Dalam sesuatu proses demokrasi pastinya ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang biasanya bersorak gumbira manakala yang kalah pula cuba mencari helah kenapa rencana mereka tak berjaya.

Penat pun tak habis lagi ni, setelah lebih seminggu bertandang di Kuala Besut bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan yang memerlukan. Apa pun , sekalung tahniah kepada Tengku Zaihan dari Barisan Nasional yang memenangi dan syabas juga kepada Che Long yang menyedarkan minda orang kampung supaya bijak berpolitik bukan sekadar jadi Pak Hangguk aje .



Sejuta keazaman dan determinasi gerak kerja dipaparkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihanraya membuatkan saya terharu hingga hampir menitiskan air mata kerana saya gambarkan keadaan tugas yang penuh disiplin itu sememangnya tidak tertampung untuk saya tunaikan jika saya berada di tempat tuan/puan.


Namun, dalam segala kejujuran dan keikhlasan menunaikan tanggungjawab, ada juga suara-suara sinis yang menidakkan perjuangan mereka. Bayangkan apa akan jadi pada lalulintas jika polistrafik tiada di lapangan?

Lumrah dunia ni hari ini adalah mudah di mata si pemandang dari si pemikul tugas dan jawatan. Dari mata terus ke mulut dengan bersahaja dapat menghamburkan fitnah dan alasan asalkan mereka dapat menutup aib mereka dari dimalukan.

Sekali lagi.... Terima kasih PDRM, SPR dan semua petugas kakitangan awam yang menjayakan.

Kita hanya merencana, Perancangan Allah Taala adalah mutlaknya.

Tuesday, July 9, 2013

Cuaca - Perfect Storm mungkin bakal melanda Taiwan.

Mengikut Kajicuaca Filipina Pagasa Dost, Taufan Soulik akan bersama angin sekencang 120-150km/h dan hujan lebat bakal membawa bencana besar dijajaran yang dilaluinya.


Berita tentang taufan ini juga berada di headline Philstar
Klik untuk sumber Hurricane Center

Relevan ambo menulis tentang kejadian cuaca ini adalah kerana minat melihat dan mengkaji akan kebesaran kuasa Allah Taala yang menguasai langit dan bumi serta di antaranya.

Selain itu , bila ambo menghubungkaitkan keadaan mereka yang di timpa musibah dengan keselesaan diri kita , maka akan timbullah rasa 'aku ni susah doh, tapi orang lain susah lagi' sekaligus ianya menjadi point muhasabah diri ini untuk terus menghitung hisab adakah ambo terdiri daripada orang-orang yang bersyukur?.

Ampunilah hambamu ini ya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)