Translate

Saturday, August 31, 2013

#Omg #mileycyrus still viral chasing by #paparazi. @robinthicke


Why she must shy ? She should be proud for what she has done. Right? Hikhikhikhik...hahahaha.. Wakakakaka LoL


To Miley : Your father was broke his achy breaky heart

Friday, August 30, 2013

@Najibrazak on #bajet2014. Mampukah belanjawan #rakyat diaplikasikan selepas PRU13 ?


Bagi saya rakyat Malaysia, tiada yang lebih baik daripada ucapan PM Najib Razak semasa beliau mengumumkan bajet 2013 yang lalu. Ianya cukup simple kemas dan mudah berkonsepkan dari rakyat untuk rakyat yang sekaligus mencapai matlamat sasar golongan berpendapatan rendah sekaligus merancakkan ekonomi domestik negara. KLIK sini untuk laman web my bajet 2013.





Ya , memang tidak dinafikan memang amat sukar untuk kerajaan meneruskan 100% momentum belanjawan 2013 kerana ia melibatkan kira-kira wang negara yang besar dengan penilaian timbang tara kadar hutang negara yang semakin meningkat , pengurangan belanjawan defisit dan ketidaktentuan (volatile) pasaran ekonomi dunia yang membawa kesan ke atas kadar KDNK negara kerana di situlah pencapaian negara diukur dalam menuju wawasan 2020. Cuma apa yang diperlukan adalah penilainan semula sesetengah budget yang difikirkan kurang utama perlulah di list out  agar ianya mampu dengan poket kewangan negara,

Pengekalan momentum KDNK 6-7% adalah mandatori untuk mencapai ekonomi negara maju maka Wawasan 2020 barulah menjadi kenyataan. -Tun Mahathir . KLIK untuk Wawasan 2020    

Apa yang penting sekarang adalah rakyat Malaysia sendiri. Adakah masih mahu bermain politikus dan mengkesampingkan apa yang sepatutnya diutamakan.  Rakyat bukan saja dituntut agar bekerja lebih kuat malah meningkatkan lagi kualiti barang atau perkhidmatan kerana pada peringkat persaingan yang begitu hebat abad ini KUALITI lah yang menjadi kayu ukur harga titik peluh kita. Kalau setakat makan gaji punch card tiada musykil orang kita makin lama makin layu. Wujudkan kembali 2Q

Bukan saya suka sangat terhegeh-hegeh untuk menilai orang kita dan menggalakkan untuk mengejar dunia tetapi marilah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah kerana ianya merupakan janji Allah Taala yang siapa yang berpegang kepadanya maka selamatlah ia. Maka dalam bab bekerja marilah kita sesama ummah( islam atau bukan Islam) mengaplikasikan hadith ini:

'Bekerjalah kita seperti mana kita ingin hidup 1000 tahun lagi, dan beramal ibadatlah kita seperti mana kita akan mati pada esok hari'

Semoga bajet 2014 membawa seribu rahmat buat rakyat Malaysia. Insyaallah


BR1M terrr... sak dok lupa.

Wednesday, August 28, 2013

Brand New #album - Nice job @lukebryanonline on #crash my #party... Everybody looks like it. #music





We all Malaysian fans like your music.  Go gountry go....

#Syria #Egypt and #ArabLeague unstable. Are we @america ready for the next energy crisis ? .


Will the phrase “Guns of August” one day refer not only to the prelude to World War I in 1914 but also to the prelude to a Middle East war in 2013?
That is the ominous question posed by Roger Boyes, the diplomatic editor of the Times of London and a foreign correspondent for the past 35 years.
“The direction of events in Egypt, Syria, Iraq and Iran should keep us awake at night. History is taking a dangerous turn,” he writes. “The region certainly cannot sustain two wars — Syria’s bloody insurgency and a near-civil war in Egypt — without wrecking established peace treaties and the normal mechanisms for defusing conflict.”
I sat down with Boyes in our London newsroom. He acknowledged that the conflicts coursing through a half-dozen Middle Eastern countries did not come from a single source, nor did they stem from a single reason.
But he feared the problems were becoming intractable and were spreading across state borders: “the new Sunni assertiveness, the rise of the jihad, the influence of the Muslim Brotherhood not only in Egypt but in every Arab society.”
And Boyes warned that, as in August 1914, the world was not paying enough attention.
“In August 1914 there was a lot of grouse shooting going on. In August 2013, politicians prefer to read doorstopper biographies in Tuscany and Cornwall. Yet the spreading Middle East crisis, its multiple flashpoints, is every bit as ominous as the prelude to war in 1914.”
The news certainly seems to get worse by the day. The West is now directly blaming the Assad regime for using chemical weapons against its own people in Syria. The drumbeat toward a military strike in Syria grows louder by the hour.
The U.K. is “making contingency plans,” according to the prime minister’s spokesman.
“The use of chemical weapons in the 21st century, on a large scale like this, cannot go unaddressed, cannot be ignored,” warned the French president.
And as the United States’ top diplomat put it: “President Obama believes there must be accountability for those who would use the world's most heinous weapons against the world's most vulnerable people."
Western officials warn that the decision of whether to attack Syria will be made this week.
The Guns of August, indeed.
ABC News' Mary-Rose Abraham and Brian Fudge contributed to this episode.
Source : Yahoo



Feel the moment through Suez Canal in 60 second.


Monday, August 26, 2013

#Video of @Mileycyrus suck #bikini perfomance at #VMAs2013.





This is a piece of shit.

Excuse me... I want to puke

Ohhh!!! 1st video was deleted.... I bring the 2nd.



@Najibrazak - Buat baik berpada-pada, bantu rakyat yang bantu kita... Jangan buat kesilapan kedua.

Mula-mula sekali ingatlah detik ini dan biarkan gambar yang berbicara


Foto ini dirakam  di Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Pelabuhan Kelang pada 20 April dalam kempen PRU13 lalu. Manakala inilah yang tulis oleh Datuk Seri dalam blog tuan :

Semalam, saya menghadiri Majlis Ramah Mesra di Pelabuhan Klang. Saya sangat gembira melihat sambutan begitu ramai masyarakat Cina yang hadir pada majlis itu. Pada saya, kehadiran begitu ramai hadirin itu menunjukkan sokongan masyarakat Cina kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertambah padu.
Ketika berucap pada majlis itu, saya memberi jaminan kepada hadirin yang hadir bahawa saya akan sentiasa memastikan keamanan dan keharmonian negara terus terjamin sekiranya BN diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Sebelum ini, pentadbiran kami di BN telah terbukti mampu memastikan negara kita terus kekal aman meskipun ada ketikanya kita menghadapi ancaman seperti insiden di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Selain itu, saya juga mengingatkan masyarakat Cina bahawa kami di BN selama ini telah banyak membawa kemajuan kepada masyarakat tersebut termasuk dari segi pendidikan. Saya juga berjanji akan meneruskan peruntukkan tahunan sebanyak RM100 juta untuk pembangunan pendidikan Cina di negara kita. Untuk itu, saya berharap anda semua terus memberi sokongan kepada BN pada PRU13 untuk sama-sama memastikan negara kita terus maju di samping rakyatnya akan sentiasa hidup dalam suasana aman dan damai.

Akhirnya inilah balasan yang kita terima :


Saturday, August 24, 2013

#Tennis #UsOpen 2013 #schedule . Are you ready!!




MONDAY, AUG. 26
10:30-11 a.m.: Live at the U.S. Open (Tennis Channel)
11 a.m.-7 p.m.: 1st round (Tennis Channel)
1-7 p.m.: 1st round (ESPN2)
7-11 p.m.: Primetime at the U.S. Open: 1st round (ESPN2)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
TUESDAY, AUG. 27
6-10:30 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10:30-11 a.m.: Live at the U.S. Open (Tennis Channel)
11 a.m.-7 p.m.: 1st round (Tennis Channel)
1-7 p.m.: 1st round (ESPN2)
7-11 p.m.: Primetime at the U.S. Open: 1st round (ESPN2)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
WEDNESDAY, AUG. 28
6-10:30 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10:30-11 a.m.: Live at the U.S. Open (Tennis Channel
11 a.m.-7 p.m.: Men's 1st round/Women's 2nd round (Tennis Channel)
1-7 p.m.: Men's 1st round/Women's 2nd round (ESPN2)
7 p.m.-11 p.m.: Primetime at the U.S. Open: 2nd round (ESPN2)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
THURSDAY, AUG. 29
6-10:30 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10:30-11 a.m.: Live at the U.S. Open (Tennis Channel)
11 a.m.-7 p.m.: 2nd round (Tennis Channel)
1-7 p.m.: 2nd round (ESPN2)
7 p.m.-11 p.m.: Primetime at the U.S. Open: 2nd round (ESPN2)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
FRIDAY, AUG. 30
6-10:30 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10:30-11 a.m.: Live at the U.S. Open (Tennis Channel)
11 a.m.-7 p.m.: Men's 2nd round/Women's 3rd round (Tennis Channel)
1-7 p.m.: Men's 2nd round/Women's 3rd round (ESPN2)
7 p.m.-11 p.m.: Primetime: Men's 2nd round/Women's 3rd round (ESPN2)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
SATURDAY, AUG. 31
6 a.m.-11 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10-11 a.m.: Today at the U.S. Open (CBS Sports Network)
11 a.m.-6 p.m.: 3rd round (CBS/CBS Sports Network)
7 p.m.-11 p.m.: 3rd round (Tennis Channel)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open (Tonight Tennis Channel)
SUNDAY, SEPT. 1
6-11 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10-11 a.m.: Today at the U.S. Open (CBS Sports Network)
11 a.m.-6 p.m.: Men's 3rd round/Women's Round of 16 (Ch. 2/CBS Sports Network)
7-11 p.m.: Men's 3rd round/Women's Round of 16 (Tennis Channel)
11 p.m.-6 a.m:. U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
MONDAY, SEPT. 2
6-11 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10-11 a.m.: Today at the U.S. Open (CBS Sports Network)
11 a.m.-6 p.m.: Round of 16 (Ch. 2/CBS Sports Network)
7 p.m.-11 p.m.: Primetime at the U.S. Open: Round of 16 (ESPN2)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
TUESDAY, SEPT. 3
6-10:30 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10:30-11 a.m.: Live at the U.S. Open (Tennis Channel)
11 a.m.-7 p.m.: Men's Round of 16/Women's Quarterfinals (ESPN2)
11 a.m.-7 p.m.: Men's Round of 16/Various doubles matches (Tennis Channel)
7 p.m.-11 p.m.: Primetime: Men's Round of 16/Women's Quarterfinal (ESPN)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
WEDNESDAY, SEPT. 4
6-10:30 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10:30-11 a.m.: Live at the U.S. Open (Tennis Channel)
11 a.m.-7 p.m.: Doubles/Juniors (Tennis Channel)
Noon-7 p.m.: Quarterfinals (ESPN2)
7 p.m.-11 p.m.: Primetime at the U.S. Open: Quarterfinals (ESPN2)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
THURSDAY, SEPT. 5
6-10:30 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
10:30-11 a.m.: Live at the U.S. Open (Tennis Channel)
11 a.m.-7 p.m.: Doubles/Juniors (Tennis Channel)
Noon-6 p.m:. Men's Quarterfinal (ESPN2)
8-11 p.m.: Primetime at the U.S. Open: Men's Quarterfinal (ESPN)
11 p.m.-6 a.m.: U.S. Open Tonight (Tennis Channel)
FRIDAY, SEPT. 6
6-11 a.m.: Breakfast at the U.S. Open (Tennis Channel)
12:30-6 p.m.: Mixed Doubles Final/Women's Singles Semifinals (Ch. 2)
7 p.m.-7 a.m.: U.S. Open Daily Match Encores (Tennis Channel)
Sept. 7 7-11 a.m.: U.S. Open Daily Match Encores (Tennis Channel)
Noon-6 p.m.: Men's Singles Semifinals/Women's Doubles Final (Ch. 2)
6-8 p.m. U.S. Open Daily Match Encores (Tennis Channel)
9:30 p.m.-3:30 a.m. U.S. Open Daily Match Encores (Tennis Channel)
SATURDAY, SEPT. 8
6:30 a.m.-12:30 p.m.: U.S. Open Daily Match Encores (Tennis Channel)
12:30 p.m.-2:30 p.m.: Men's Doubles Final (ESPN2)
4:30-7 p.m.: Women's Singles Final (Ch. 2)
8:30-9:30 p.m.: SportsCenter at the U.S. Open (ESPN2)
9:30 p.m.-1:30 a.m.: U.S. Open Daily Match Encores (Tennis Channel)
Sept. 9 9 a.m.-5 p.m.: U.S. Open Daily Match Encores (Tennis Channel)
5-8 p.m.: Men's Singles Final (Ch. 2)

Original source : Newsday.com

Wednesday, August 21, 2013

Tonight - @Metallica live at #kualalumpur . Are you ready #Malaysia???


Sebelum ke stadium mari kita layan Live at Quebec 2013 dulu  :



Memang elektrofyinglah , penonton pulak sporting.

Tuesday, August 20, 2013

CCris #PTPTN buktikan BN tidak percayakan rakyat. Rakyat pula bagaimana ? @najibrazak


Masih ingatkah kita akan kehangatan kempen PRU-13 Pakatan Rakyat yang memainkan isu untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar sekaligus memansuhkan pinjaman PTPTN?.

Pelbagai cara yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan anak muda terutama para pelajar bagi merealisasikan manifestasi mansuh PTPTN ini dengan bantahan jalanan oleh Ngo mesra PR seperti SAMM dan pengikut aktivis Adam Adli.

Kemuncak bantahan supaya kerajaan memansuhkan PTPTN adalah bantahan mogok lapar yang dilakukan pelajar ipta/ipts  di Dataran Merdeka. Kecoh sekampung dibuatnya.


Namun , malam tadi tatkala menonton berita arus perdana , saya begitu terkejut dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Idris Jusoh yang berkeras untuk melaksanakan sistem CCris BNM terhadap pelajar yang berhutang melalui PTPTN. KLIK sini untuk sumber.

Keras sungguh bunyinya tu tatkala kerajaan yang dipimpin oleh BN masih lagi bergelut merayu sokongan rakyat selepas hanya memiliki 133 kerusi perlimen dalam sistem elektoral walhal Barisan Nasional ketinggalan setengan juta undi di belakang Pakatan Rakyat. Adakah ini caranya kerajaan mengambil hati rakyat setelah diberi mandat ?

Ya, memang tak dinafikan bahawa sistem CCris ini membantu kerajaan untuk mengutip hutang tetapi bila melibatkan perundangan kewangan BNM ianya adalah seperti meletakkan beban secara automatik terhadap pelajar selepas menghabiskan pelajaran. Padahal sekarang ini dengan peluang kerja yang bersesuaian dengan kelayakan adalah amat-amat terhad tatkala ketidaktentuan ekonomi yang mencengkam sepatutnya kerajaan lebih bertimbangrasa. Kalau setakat kerja 'kosikong' rumah batu atau kerja kilang bersama warga bangla tu banyak lah.

Dari perspektif politik pula, tindakan kerajaan ini dilihat sebagai angkuh dan terdesak tanpa memberi sedikit ruang dan peluang untuk peminjam ptptn untuk menstabilkan ekonomi sendiri selepas memasuki alam pekerjaan. Adakah cukup ramai mahasiswa yang sokong kerajaan. Acu bagi fakta pendedahan nak tengok?

Semua di antara kita sedia maklum bahawa bila sistem CCris di aktifkan maka pembayaran mestilah dibuat tepat pada waktunya . Lebih kurang bayar pinjaman keretalah, kalau kereta lambat bayar pasti kena tarik. manakala sebarang kelewatan akan membantutkan segala urusan kewangan lain seperti pinjaman kenderaan, pinjaman mudan dan sebagainya. Maka di situlah rakyat melihat mereka telah diikat dan terikat dengan pinjaman pelajaran.



Akhir kata pada saya, tindakan gopoh gapah kerajaan ini menguatkan lagi tentangan para pelajar terhadap BN yang ketika ini masih terkapai-kapai merayu sokongan rakyat untuk terus melaksanakan apa yang di panggil Najib 'Transformasi'.

Apa tu 'transformasi' atau hanya janji capati yang kuah dhalnya telah basi.

Monday, August 19, 2013

Saturday, August 17, 2013

Friday, August 16, 2013

My top #fitness #bodyworkout #music of all time. How bout you @fitnessmagazine ?


No 1.
CC Music Factory  : Gonna make you sweat-1990 (Free style movement)



No 2 :
Will Smith : Gettin' Jiggy With It-1997 (Free style movement)



No. 3 :
50 cent : In Da Club- 2003 (Weight lifting)



Enjoy, have fun and move your body . Don't be lazy

Wednesday, August 14, 2013

Eksklusif - Zoo #Kelantan perlu diwujudkan - #Rakyat Kelantan lagumana ?

Beberapa hari lepas , kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan MB Datuk Ahmad Yaakob meraikan kejayaan 100 hari mentadbir negeri selepas 23 tahun ditadbir urus oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya ucapkan tahniah dan semoga berkekalan hendaknya.

Suatu ketika dahulu , negeri Kelantan pernah mempunyai sebuah taman mini zoo yang terletak di Kuala Krai tapi entah di mana silapnya zoo tersebut telah ditutup dan diberhentikan operasinya . Tak tahulah samada pengurusan tak betul atau kekangan kewangan?

Kini, satu-satunya tempat anak kecil Kelantan dapat melihat beberapa ekor rusa , seekor beruk,  dua tiga ekor burung hanya di Taman Tengku Anis yang terletak di Tanjung Chat Kota Bharu. Tiap kali cuti sekolah dan Jumaat Sabtu kebanyakan dari warga kota berpusu-pusu datang ke sini untuk beriadah atau pun bermeditasi dengan alam semulajadi. 


Anak kecil yang baru mengenali dunia dan melihat keindahan makhluk ciptaan Allah nampaknya riang girang melihat haiwan di depan mata. Dapat juga ku melihat kebahagiaan ibu bapa bersama tersenyum melihat telatah anak kecil mereka seperti telah berada di syurga.

Namun itu hanya kita, sebaliknya bila saya memfokuskan lensa kepada sekawan rusa, hati ini sebak dan kecewa kenapa haiwan ini tidak diberi pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan yang telah memusnahkan beribu hektar hutan simpan tempat tanah mereka atas nama 'ladang rakyat'. Tidakkah kerajaan negeri sedar yang tindakan kita itu zalim namanya?.


Negeri Kelantan kaya dengan diversiti alam flora dan faunanya. Daripada tumbuhan hutan belantannya hinggalah kepada haiwan gajah, harimau, rusa, kelah, unggas, sawa dan beratus-ratus nama lagi yang tak larat untuk saya nyatakan. Oleh itu , sebagai pampasan terhadap apa yang kerajaan rampas daripada makhluk Allah tersebut maka adalah satu kewajipan untuk menggantikan satu tempat khas untuknya. Insyaallah.

Mungkin kerajaan negeri Kelantan berkata ' kita boleh mengadakan zoo tetapi kita tak mampu menguruskan kewangannya'. Di sini , kerajaan harus membuka minda di luar kotak dan menerima pakai idea barulah kita berjaya.

Ok, bermulanya masalah kepupusan spesis haiwan dan tumbuhan adalah dari kegiatan pembalakan hutan simpan dan pembukaan tanah untuk ladang rakyat. Oleh yang demikian mereka harus bertanggungjawab terhadap kemusnahan tersebut dan setidak-tidaknya melakukan pembelaan kepadanya atas nama kebajikan sosial mereka. 

Berikut adalah senarai 39 syarikat yang mengusahakan ladang rakyat. -Sumber dari blog sahabat arwah Cikgu Nata (Kuala Krai) KLIK sini untuk detail. Al-Fatihah

1.         Alan-Asra Agrotures Sdn Bhd (607 Hektar)
2.         Alifya Forestry Sdn Bhd (404.6 Hektar)
3.         Ash-Har Travel & Tours Sdn Bhd (404.6 Hektar)
4.         Binaan Budi Sawmill Sdn Bhd (404.6 Hektar)
5.         Bahtera Resources Sdn Bhd (607 Hektar)
6.         Bukti Liang Sdn Bhd (607 Hektar)
7.         Cosmos Option Sdn Bhd (404 Hektar)
8.         Desa Industry Sdn Bhd ((404.6 Hektar)
9.         Embun Ria Sdn Bhd (607 Hektar)
10.      Euromawar Sdn Bhd (600 Hektar)
11.      Excel Sdn Bhd (404 Hektar)
12.      Focal Technology Sdn Bhd (500 Hektar)
13.      GEntie Country Sdn Bhd (607 Hektar)
14.      ICM Food Aris Beverage (400 Hektar) 
15.      Masco Engeeneering and Construction Sdn Bhd (607 Hektar)
16.      Indah Ehsan Holdings Sdn Bhd (607 Hektar)
17.      Inxion Construction Sdn Bhd (607 Hektar)
18.      Jejaka Makmur Sdn Bhd (328 Hektar)
19.      Kesan Progresif Sdn Bhd (607 Hektar)
20.      Keysem Sdn Bhd (404.6 Hektar)
21.      Khazanah Muara Sdn Bhd (607 Hektar)
22.      Malaysia-Beijing Holding Sdn Bhd (40.6 Hektar)
23.      Narsco Holding Sdn Bhd (607 Hektar)
24.      Nostalgia Makmutr Sdn Bhd (607 Hektar)
25.      Orkid Bina Sdn Bhd (404.6)
26.      PKINK (809.3 Hektar)
27.      Pusat Pembangunan PONDOK Berhad ((445.15 Hektar)
28.      Rohbtar Sdn Bhd (607 Hektar)
29.      Sindiyah Sdn Bhd (607 Hektar)
30.      SKKPJ (Tanah Merah) Development Sdn Bhd (607 Hektar)
31.      Success Target Sdn Bhd (202 Hektar)
32.      Sumber Wira Sdn Bhd (202 Hektar)
33.      Telda Corporation Sdn Bhd (486 Hektar)
34.      Timber Master Smallholder Sdn Bhd (404.7 Hektar)
35.      V.O.G.U.E Wood Sdn Bhd (404.7 Hektar)
36.      Vitrex Timber Industri Sdn Bhd (404.7 Hektar)
37.      Yakin Kota Bharu (8,093 Hektar)
38.      Yayasan Islam Kelantan (YIK) (6,130 Hektar)
39.      Yunaland Dev Sdn Bhd (600 Hektar)

Daripada senarai ini , dapatlah kerajaan negeri berkira-kira untuk menubuhkan satu tabung pembelaan haiwan yang sesuai. Bagi saya 'TABUNG KEBAJIKAN BAHTERA NUH' adalah paling sesuai. Revenue dan keuntungan syarikat pengusaha ladang rakyat ini di anggarkan melebihi 1 billion setahun , takkan tak boleh kutip sikit seorang untuk kutipan tanggungjawab sosial 1, 2 juta setahun. Rasanya saya tak perlu ulas panjang bab buat tabung kebajikan ni takut orang kata saya ni 'mengajar itik berenang pulak' .  

Insyaallah jika wujudnya tabung di atas , pengurusan kewangan bagi pembelaan haiwan mencapai maksudnya, sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki kepada hambanya.

Kesimpulannya , dalam kita mengejar kuasa dan harta dunia janganlah kita alpa akan nikmat yang diberi Allah Taala terhadap kita kerana bukan hanya kita yang menumpang lalu hidup di dunia malah dikongsi bersama makhluk Allah yang lain. Mereka berhak ke atasnya. Jika pimpinan Islam sudi mendengarnya ianya adalah satu rahmat bagi mereka dan redha mereka terhadap kita adalah tiada terbalas dengan nilaian dunia.

Dengan yang demikian saya mencadangkan "Zoo Kelantan" dibina demi generasi hadapan mengenali dunia. Insyaallah

Petikan Al-Quran dari surah Nuh ayat 40 dan 41

[40] (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: “Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman”. Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
[41] Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): “Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ‘ Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya ‘. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”


Monday, August 12, 2013

#Music- Never give up on your love life... It's everywhere. @reba


I love this lady Reba McEntire. So natural, so country.



 This is my song when i've been dump. It's my loyal friend.


Super Taufan #Labuyo sedang melanda Filipina ketika ini. Doakan keselamatan mereka .#weather


Mengikut laporan kajicuaca Filipina PAGASA, satu taufan kuat yang di beri nama taufan Labuyo kini sedang melanda tengah kepulaun Luzon yang berkepadatan penduduk yang tinggi. KLIK untuk sumber

Taufan yang berkategori 3 tersebut di jangka membawa angin selaju 140-170 km/jam serta hujan lebat yang bakal membawa kemusnahan yang teruk di jajaran yang dilandanya.

Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami keadaan cuaca extrem sedemikian rupa, namun adalah kewajipan kita untuk berdoa untuk keselamatan saudara kita di sana. Insyaallah

Sunday, August 11, 2013

Anak Perantauan Kelantan bangga pulang berkereta . Adakah kerajaan bersedia ? @Najibrazak

Ini adalah imej keadaan sebenar 'traffic jem' di malam sebelum Hari Raya Aidilfiri 2013 yang telah dirakam oleh sahabat facebooker Mj Atam .


Ia menunjukkan betapa ramainya anak Kelantan berada di perantauan dengan kata khususnya 'hijrah cari makan' .

Hakikatnya, tak kiralah samada genre lelaki atau perempuan anak Kelantan atau negeri-negeri lain , sebaik saja mereka memasuki alam pekerjaan perkara yang terutama sekali yang terimpi di kepala mereka adalah memiliki kereta. Ianya simbol kejayaan pertama penghidupan untuk dipaparkan. Betul kan?

Rajah di bawah menunjukkan statistik automobil Malaysia yang mengalami peningkatan signifikan saban tahun.


Persoalannya ialah adakah ratio ataupun kadar nisbah jalanraya jajaran KL-KB mampu menampung kapasiti pertambahan kenderaan untuk tahun-tahun yang akan datang?

Ya , saya tidak menafikan bahawasanya telah ada projek pembesaran jalanraya namun dalam kes-kes tertentu politik adalah birokrasinya. Manakan tidak, bila Najib Razak turun berjanji dengan 7 janji untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat Kelantan dalam kempen PRU-13 yang lalu. Ia seperti sebuah pertaruhan, jika menang , maka janji akan dilaksanakan, jika kalah maka sokmo-sokmolah kempunan rakyat Kelantan.



Perihal 7 janji-janji yang disebutkan Najib sudah semestinya telah mengambil kira sedikit sebanyak kira-kira negara kerana janji seorang yang bergelar perdana menteri sudah tentunya beliau mempertaruhkan kredibiliti dan nyawa politiknya sendiri.

Oleh itu, bagi saya walau menang walau kalah BN di Kelantan , sewajibnya kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib Razak setidak-tidaknya cuba untuk memenuhi janji yang telah disemai sebelum ini. Paling tidak pun KPI 50% terhadap perlaksanaan ke atas 7 janji tersebut di laksanakan seberapa segera barulah rakyat akan nampak akan kesungguhan pimpinan membela nasib rakyat Kelantan.

Formula senang jaga hati rakyat Kelantan adalah :

'BUATKAN ORANG SAYANG KITA' 

Friday, August 9, 2013

Thursday, August 8, 2013

Subhanallah, Matahari berlubang(corona) panikkan saintis, Asyik gilakan dunia orang Islam peduli apa?





Foto dan video di atas adalah keadaan sebenar permukaan matahari (corona) yang dirakam okeh SOHO (Agensi Angkasa Lepas Eropah) pada 18 Julai 2013. Manakala pemberitahuan mengenai perkara ini agak lewat dimaklumkan sedunia hanya pada seminggu lalu.

Mengikut kajian para saintis (ilmu manusia) keadaan ini adalah disebabkan oleh ganguan medan elektromagnetik matahari yang sebesar 50 kali ganda bumi bersedia untuk mengalami pertukaran kutub medan magnet dalam selang masa 11 tahun sekali.  Adakah ini benar atau hanya semata-mata teori ? KLIK sini untuk sumber.

Bagi pandangan saya pula, keadaan sedemikian adalah isyarat awal dunia bakal berakhir dan ianya mungkin petanda awal besar yang matahari bakal kehilangan jisim dan kuasa pemacu sistem solar yang sedang bumi bergantung harap sekarang. Kenapa saya berkata begitu? Al-Quran adalah panduan hakiki untuk ke semua manusia berpegang teguh pada Qalamnya.

Di sini adalah hujah terbaik persamaan Al-Quran dengan kajian sains oleh ulama tersohor Dr Zakir Naik. Insyaallah mari kita mengamatinya.


Ya, memang benar yang dunia takkan kiamat selagi tidak turunnya Nabi Isa a.s , Imam Mahdi dan fitnah Dajal Al-Maseh, namun dalam hal kejadian astronomi yang sebegini besar pastinya akan berlaku sebarang kemungkinan perubahan cuaca dunia yang ketara kerana perubahan polar magnet matahari bakal memberi impak signifikan terhadap perubahan cuaca dunia.

Nasihat saya pada diri sendiri adalah 'bertaqwalah' . Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah akan sesuatu.

Taylor Swift- 'Red' concert is awesome!!!


Taylor Swift adalah salah satu ikon remaja country music yang tersohor di dunia. Pertama kali aku mendengar lagu 'You belong to me'  4 tahun lalu terasa ianya begitu nyaman dan santai hinggakan hilang sebahagian stress bebanan kerja harian

Sememangnya anak muda ini sangat berbakat dalam membuat persembahan secara live di hadapan ribuan penonton. Dan apa yang saya tertarik pada penampilan Swift adalah ianya bersifat santai dan bersahaja. Itulah menjadikan persembahannya tampak hidup , natural dan tidak kaku.



You know what?

I'm addicted to country music.

Wednesday, August 7, 2013

Ya Allah , Jadikanlah hambamu dari mereka yang menadah tangan dan titisan kerinduan #Ramadhan


Esok , Insyaallah 1 Syawal menjelma. Selama sebulan berpuasa, apa yang kita dapat selain dari lapar dan dahaga?

Habis puasa pastinya perangai lama datang menjelma.

Allahuakbar.  Ya Allah, ampuni segala dosa kedua ibu bapa kami, anak isteri kami, keluarga kami , sahabat kami dan seluruh muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau sudah mati. Jadikan kami dari golongan mereka yang mendapat 'Syafaat' baginda Rasulullah s.a.w dan tetapkanlah kami bersama para solihin. Sesungguhnya solat kami,  amalan kami , hidup kami dan mati kami hanyalah kerana Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim . Tiada apa pun kepunyaan kami melainkan mutlak hanya Mu Ya Allah, Zal Jala Li Wal Ikram.

Amin ya robbal alamin. Astaqfirullahalazim.....




Demi masa,

Ya Allah , Jadikanlah hambamu dari mereka yang menadah tangan dan titisan kerinduan rahmatnya Ramadhan.

Insyaallah

Sunday, August 4, 2013

Overhead orang bujang . Tak dapat dibayangkan belanja orang kelamin zaman sekarang.


Belanja harian orang susah seperti saya sorang-sorang 1 kepala (bujang)

1. Makan minum pagi, petang dan malam : RM15 = RM450 sebulan
2. Sewa rumah :RM300
3: Petrol kenderaan : RM10 = RM300 sebulan
4: Top up telefon : RM 5 setiap 3 hari : RM50 sebulan
5. Insuran kereta (kancil) : RM 200 sebulan
6. Bil Astro : RM 40 sebulan
7. Bil Air Letrik : RM 50 sebulan.
8. Strymx : RM100 sebulan.

Jumlah kasar kos penghidupan bulanan tanpa sebarang perbelanjaan santai dan shoping menyoping adalah  RM 1490. lebih kurang 1500 lah.

Fuh!! nasib baik rokok dan segala kegilaan duniawi  aku dah cuci tangan.

Sedangkan pitis yang masuk sekarang hanya 'kais pagi makan pagi, kalau tak kais petang malam pasti kebuluran'

Persoalannya adalah : Dari kacamata saya melihat dengan harga barangan yang sememangnya GAGAL dikawal oleh kerajaan , rasanya setiap isi rumah kini tak tertanggung rasanya memikul beban

Manakan tidak, jika harga telur serakit yang dulunya RM 7 kini RM10
Harga nasi berlauk pagi yang dulunya boleh dibeli dengan RM1.00 kini RM2.00,

Dulu tak perlu ada top up handphone , sekarang dah ada
Dulu tak ada astro strymx sekarang kalau tak ada macam nak gila.

Rakyat negara kita sekarang ini diancam serangan mental secara perlahan-lahan oleh bebanan perbelanjaan yang semakin hari semakin mencengkam oleh para kapitalis yang berselindung dan diselindung disebalik tabir kerajaan.

Saya terpanggil untuk mencoretkan luahan ini kerana tidak sampai hati melihat air wajah ibu dan bapa keluarga yang keluar berbelanja sambutan hari raya di pasaraya Mydin sebentar tadi. Berkerut sorang-sorang yang membereskannya. RM 200 RM 300 sekali bayar seakan-akan nilaian biasa sedangkan dahulunya dengan nilaian itu jualah untuk belanja sebulan makan minum kenyang sekeluarga.

Kerajaan GAGAL bertindak , jadi rakyat yang menanggungnya.

Dunia di akhir zaman .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)