Translate

Monday, September 30, 2013

Di mana keadilan perundangan #Malaysia ?- Pencuri RM 2 dipenjara, pencuri #Perwaja #PKFZ berbillion dolar bermaharajalela.


Menitis air mata sebak saya membaca artikel yang disiarkan oleh Sinar Harian sebentar tadi KLIK bila mana seorang penganggur yang bernama Mohammad Hadi Hamzah yang berumur 36 tahun dari Kota Bharu yang berdepan hukuman penjara 10 tahun didakwa mencuri 2 keping wang kertas RM1 dari tabung Masjid Muhammadi pada 24 September yang lalu.

Bagi saya , Ya , saudara ini mungkin bersalah TETAPI orang yang mendakwa dan mengheret beliau ke muka pengadilan lebih lagi bersalah.  Kerana apa?

Jika sayalah, jika saya, jika saya sebagai penangkap ataupun pembuat lapuran polis akan kejadian ini , sebagai orang Islam yang berada di sebuah negeri yang berstatus negeri tadahan wahyu Serambi Mekah, saya tidak akan terburu-buru untuk mengheret orang ini ke muka pengadilan . Pertama sekali saya akan membuat beberapa pertanyaan kepada Abang Hadi ini .

1. Dah makan/minum ? Jika belum bawa pergi makan.
2. Tinggal di mana? Tengok rumah dia selesa atau tidak
3. Ada anak bini ker? Jika ada tanya anak bini dah makan ke belum.
Dan pelbagai lagi soalan mudah yang boleh kita utarakan.

Ini menunjukkan tahap ehsan dalam Islam orang kita masih lagi rendah jika kita bandingkan dengan sirah penjuang-pejuang islam yang terdahulu.

Tidak dinafikan bahawa 'hukum tetap hukum' dan jika hudud telah di laksanakan di Kelantan sudah pasti saudara kita ini kehilangan tangannya namun adakah itu merupakan obkjektif utama kita berkasih-kasihan sesama Islam dan Al-Quran sebagai panduan. Maha Suci Allah yang bisa memaafkan.

Lain pulanya sistem perundangan dan kehakiman di negara ini bertindak ke atas 2 orang 'Mega Billoinaire Thief' ini


Erik Chia yang merugikan syarikat multinasional Perwaja Steel yang berjumlah  lebih 10 billion mati di dalam bilik hotel bukannya di Penjara Sungai Buloh. KLIK.



Manakala bekas menteri pengangkutan Tun Lim Leong Sik (sepatutnya tarik balik gelaran Tun)  menipu Tun Mahathir dalam projek PKFZ merugikan wang rakyat lebih 1 billion masih lagi bertilam empuk. KLIK

Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa ,'curi tetap curi' , cuma yang membedakan meraka adalah tahap hukuman tidak setimpal dengan tahap kecurian yang didakwa.

Namun saya berharap agar pihak yang mendakwa saudara Abang Hadi bisa menarik balik dakwaan dan jika bersalah di mahkamah sekalipun saya berharap Abang Mohamad Hadi hanya dikenakan tindakan hukuman public social services seperti sebulan menjadi tukang sapu masjid tempat kecurian atau setarafnya.

Insyaallah.


Thursday, September 26, 2013

Subhanallah - #Video sebuah pulau terbentuk selepas gempa 7.8 di #Pakistan.


Kelmarin, wilayah Baluchistan telah dilanda gempa bumi kuat 7.8 skala richter yang mengorbankan lebih 300 nyawa.

Namun apa yang menjadi fenomena luarbiasa adalah kewujudan serta merta sebuah pulau yang timbul 20-30 kaki dari permukaan laut. Sesaran tanah yang besar ini telah membingungkan saintis dunia yang membuat kajian 'liquifikasi' selepas gempa.




Bagi kita ummat Islam, perkara ini adalah bukti kekuasaan Allah Taala yang tiada mustahil bagiNya akan sesuatu kejadian (Kun Fayakun) . Oleh yang demikian, marilah kita kembali kepada Allah dengan berpegang dengan sebenar-benarnya kepada Al-Quran dan Sunnah dan pedulikanlah perkara remeh temeh seperti hal bini Mat Yo yang melarakan pemikiran kita dari mendekatkan diri dengan Allah Taala.

Nauzubillah..

Untuk sumber Yahoo KLIK
Mirror News KLIK

Tuesday, September 24, 2013

@DBradbery new #song #TheHeartofDixie is relaxing. Just nice.


I love this girl, soft and tender as pure American Country Girl.

So, this is music video debut source from 'Country Music Nation'

Let's hear The Heart Of Dixie now and go out get the cd's.



Muaaahhh....

Monday, September 23, 2013

Wednesday, September 18, 2013

#Typhoon Odette (Usagi) ready to land on #Luzon @weatherchannel


Tropical Storm Odette (Usagi) intensified further Wednesday afternoon, even as state weather forecasters warned of possible flash floods and landslides over parts of Central and Southern Luzon in the next 24 hours.

In its 5 p.m. bulletin, PAGASA said Odette was estimated at 770 km east of Tuguegarao City as of 4 p.m., with maximum sustained winds of 105 kph near the center and gustiness of up to 135 kph.

PAGASA said Odette is forecast to move west at 7 kph, even as it enhances the southwest monsoon affecting Central and Southern Luzon, Visayas and Mindanao.

Flash floods, landslides

PAGASA said Zambales, Bataan, and Mindoro can expect "cloudy skies with moderate to occasionally heavy rains and thunderstorms which may trigger flash floods and landslides."

Cloudy skies with light to moderate rainshowers and thunderstorms may be expected over Metro Manila, La Union, Pangasinan, Calabarzon, the rest of Central Luzon and of MIMAROPA, Bicol, Visayas and Zamboanga Peninsula.

"The rest of the country will be partly cloudy to cloudy with isolated rainshowers or thunderstorms," it added.

Thursday outlook

Meanwhile, PAGASA said moderate to strong winds from the southwest to west over Central and Southern Luzon and coming from the northeast to northwest over the rest of Luzon and the coastal waters along these areas will be moderate to rough.

Elsewhere, winds will be light to moderate coming from the southwest with slight to moderate seas. — VC, GMA News

Source : GMA news Online and PAGASA

Tuesday, September 17, 2013

#Moneytalks @Forbes - #Top10 world #richest women and man in #America






That's for them and this is for us... We are also the richest in 'Money Talks' : Let's rock n roll , have fun with our lives.


Thank you Allah (God) for this wonderful life.

Friday, September 13, 2013

@MileyCyrus on #WreckingBall . Yea or Nay ? @america #music


Watch this clip and you judge it. Yea or Nay? for her reformation.



For my judge , it just look like this


Thursday, September 12, 2013

@Najibrazak . Jadikan bulan 9 dan 10 , 'Bulan Persiapan Bencana' #Malaysia


Rajah imej satelit menunjukkan animasi keadaan sebenar kelompok awan di bahagian Asia Pasifik pada malam ini.

Adalah sedia maklum , seperti kebiasaannya negara kita mengalami paralihan angin dari monsun barat daya kepada monsun timur laut setiap tahun yang membawa angin kencang dan hujan lebat. 'No doubt about it'

Persoalannya sekarang, Adakah dalam masa sebulan dua ni kerajaan mampu mempersiapkan segala penyelenggaraan mudah saluran air samada longkang , parit mahupun tali air ?. Pada peringkat ini, penggembelingan tenaga untuk menyelenggara prasarana tersebut adalah mandatori kerana ianya adalah langkah pencegahan awal bagi mengelakkan takungan air hujan yang diramal lebih lebat berbanding sebelum ini kerana kesan pemasanasan global dan 'climate change' dan peningkatan paras laut yang memberi kesan kepada paras pasang surut air di muara sungai di bulan tengkujuh nanti. KLIK sini untuk berita kesan peningkatan paras laut .

Foto di bawah ini menunjukkan keadaan parit besar menuju ke taliair yang dipenuhi oleh semak samun , keladi air dan sebagainya di kawasan kediaman saya di Cabang 4 Cherang, Kota Bharu.


Sungguh menyedihkan malah keadaan inilah yang menjadi pencetus banjir kilat air hujan sesebuah penempatan dan taman kediaman. Saya merasakan kebanyakan kawasan pembaca blog saya pun sedang mengalami masalah yang sama.

Sebenarnya malas untuk saya menulis perkara yang sangat kecil bagi pembaca dan melapurkan kepada pimpinan negara kerana kecewa saya perhatikan sikap tok penggawa, tok penghulu , JKKKP dan pihak-pihak yang berwajib yang hanya buat kerja 'ONE OFF' 'TIADA FOLLOW UP' untuk sesuatu projek yang telah dilaksanakan. Yang mereka tahu hanya projek awalan untuk cari makan dan lupa fasa selenggaraan. Inilah mentaliti 'orang kita' pemikiran dunia ketiga.
Manakala sebelah seberang sana pulak asyik berpolitik itu tak kena , ini tak kena, itu orang salah, ini orang salah . Mulut lembik yang hanya pandai berucap tapi hanya tin kosong yang berkarat.

Pencerahan di atas hanya merupakan tahap pencegahan peringkat awal bagi mengelakkan banjir sebelum banjir.

Di sini saya selaku pengamal media sosial telah memerhatikan keberkesanan sistem portal banjir negara pada tahun yang sudah-sudah. Ia sememangnya baik namun masih belum mencapai tahap efisiency capaian maklumat sepenuhnya terhadap rakyat. Cuba anda buat carian portal banjir di twitter maka anda akan dapati akaun-akaun twiter tiap-tiap negeri.


Nampak tak kelemahan dalam sistem hebahan maklumat portal banjir ini?

Pandangan saya bila terlalu banyak akaun maka hebahan maklumat yang sah dan rasmi adalah tidak sekata , dah ler setiap akaun tak sampai 500 orang follower , kalau ada 14 negeri maka ada 14 kepala yang mengawalnya . Tak semuanya kepala berkerja kerajaan ni yang addicted kepada kerja dan kerjaya. Manakala yang kerja sebagai ahli kaji cuaca hanya buat kerja dia saja . Oleh yang demikian , salah satu cara untuk meningkatkan capaian ini adalah memusatkan akuan portal(sedia ada) twitter, facebook dan youtube kepada satu pusat sumber hebahan rasmi dan maklumat yang diperolehi adalah laporan terus dari Pusat Kaji Cuaca tiap-tiap negeri dan sumber sukarelawan sendiri.

Contoh yang terbaik dalam bab kaji cuaca ini adalah dari Weather Channel America Syarikat. Memang khusus lapuran dari bilik media kajicuaca.


KLIK untuk capaian twitter Weather Channel

Fuhhhh!!!! rasanya banyak sangat dah saya membebel ni, tapi ini adalah hakikat kelemahan kita rakyat dan kerajaan Malaysia dalam proses meningkatkan kualiti persiapan diri dalam menghadapi sebarang bencana.

Namun kita wajib bersedia menghadapi apa saja bila-bila masa kerana dugaan Allah itu tiada mengira warna parti politik , agama, status, bangsa dan sebagainya . Cuma adakah kita telah persiapkan segala keperluan dan persiapan akan bencana yang pasti menjelma.

Wallahuaklam.

Tuesday, September 10, 2013

@RafaelNadal wins #USOpen 2013 - #Congratulations #Rafa (Video)


Bravo Rafa!! You determination to reach dream is very great 



I think Rafa will be #1 again, very very soon.

Monday, September 9, 2013

Congratulations @SerenaWilliams on #tennis #usopen 2013. You deserve it.


World number one Serena Williams captured her fifth US Open title, and second in a row, by outlasting second-ranked Victoria Azarenka 7-5, 6-7 (6/8), 6-1 to claim her 17th career Grand Slam crown.

The 31-year-old American became the oldest Open Era women's winner in US Open history, 293 days older than Margaret Court when she set the prior mark in 1973, and the third-oldest Grand Slam women's champion of the Open Era.
Williams won $3.6 million, including a $1 million bonus for her success in US open tuneup events.
Williams improved to 13-3 in their rivalry but two-time Australian Open champion Azarenka had won two of the previous three, most recently in last month's Cincinnati final.

"It was never over until match point," said Williams, who was broken twice in the second set when serving for the match.
"Victoria is such a great competitor. She was really able to push me into a third set. I was really stern with myself. I knew that if I wanted to win, I had to play better."
Azarenka admitted Williams was the superior performer in windy conditions at Arthur Ashe Stadium that baffled both players at times and sent Williams' pink dress fluttering above her waist much of the match.
"It's a tough loss but being in the final against the best player, who deserves the win, it's incredible," Azarenka said. "I gave it everything I had. I fought hard."

Sunday, September 8, 2013

#Awesome #new #song from @ScottyMcCreery - #SeeYouTonight.


Remember this handsome guy?

The one who won American Idol on 2011 and his debut on 'I love you this big'.

Now , he comes with a brand new song - See You Tonight.



For me , it is a nice tempo of song.... Good job Scooty. Well done

Tuesday, September 3, 2013

@Najibrazak #Malaysia . Minyak naik alasan perkukuh ekonomi adalah penerangan yang salah.


PM Najib Razak harus memecat penasihat ekonomi beliau kerana gagal memberi penerangan tepat dan berfakta untuk rakyat dapat menerima apa yang termaktub dengan arus politik negara seiring ekonomi dunia semasa hari ini.

Bukannya saya nak memandai sangat, tapi alasan kenaikan 20 sen harga minyak hanya semata-mata untuk menaikkan tahap ekonomi negara adalah bersifat subjektif tak cukup kuat bagi menahan perspektif politik pihak yang berkepentingan.

Masyaallah, tidakkah pakar penasihat ekonomi negara tidak melihat yang konflik dan ketidakstabilan di Liga Arab menentukan momentum harga komoditi minyak dunia masa ini. Walaupun Mesir, Syria dan negara-negara miskin disekitarnya bukan merupakan pengeluar minyak terbesar dunia , namun satu-satunya jantung pengangkutan jalan air yakni Terusan Suez adalah penentu kestabilan harga minyak tika ini. Bayangkan macamana jikaa kapal-kapal tangki minyak tak dapat melalui terusan ini? Macam mana huru-haranya Eropah? Saham naik ke turun?

Ini harga minyak mentah harian dunia di Wall Street hari ini - KLIK




Sebelum ini saya telah menulis dua entry berkaitan dengan harga minyak dunia, konflik Liga Arab dan kesannya ke atas sosio politik negara

1. Ekonomi - Siap sedia kemungkinan hadapi kenaikan harga minyak pertama selepas PRU-13 pada 20 Julai 2013 - KLIK

2.Syria, Eygpt and Arab League unstable. Are we ready for the next energy crisis pada 28 Ogos 2013 - KLIK

Baru saja dari peti tv saya mendengar ucapan dari PM Najib Razak yang menyatakan rakyat tak perlu risau dengan pandangan politik pembangkang yang selalu membangkang, masa depan ekonomi negara lebih penting..

Malas nak komen banyak-banyak takut orang akan tanya aku balik dengan ' kau sekolah sampai darjah berapa?'

Dengan bersahaja aku nak jawab -  Aku sekolah pun tak habis

Monday, September 2, 2013

@GarethBale11 #Happybirthday . Now you are the most #expensive #pricetag #football player on #earth


The most valuable player on earth : Gareth Bale 85 million Euro
CLICK HERE for official news.


Hahahaha, Say good bye to Christiano Ronaldo price tag. Watch this -



Happy birthday to you last night and congratulations on a new football player price tag.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)