Translate

Monday, September 30, 2013

Di mana keadilan perundangan #Malaysia ?- Pencuri RM 2 dipenjara, pencuri #Perwaja #PKFZ berbillion dolar bermaharajalela.


Menitis air mata sebak saya membaca artikel yang disiarkan oleh Sinar Harian sebentar tadi KLIK bila mana seorang penganggur yang bernama Mohammad Hadi Hamzah yang berumur 36 tahun dari Kota Bharu yang berdepan hukuman penjara 10 tahun didakwa mencuri 2 keping wang kertas RM1 dari tabung Masjid Muhammadi pada 24 September yang lalu.

Bagi saya , Ya , saudara ini mungkin bersalah TETAPI orang yang mendakwa dan mengheret beliau ke muka pengadilan lebih lagi bersalah.  Kerana apa?

Jika sayalah, jika saya, jika saya sebagai penangkap ataupun pembuat lapuran polis akan kejadian ini , sebagai orang Islam yang berada di sebuah negeri yang berstatus negeri tadahan wahyu Serambi Mekah, saya tidak akan terburu-buru untuk mengheret orang ini ke muka pengadilan . Pertama sekali saya akan membuat beberapa pertanyaan kepada Abang Hadi ini .

1. Dah makan/minum ? Jika belum bawa pergi makan.
2. Tinggal di mana? Tengok rumah dia selesa atau tidak
3. Ada anak bini ker? Jika ada tanya anak bini dah makan ke belum.
Dan pelbagai lagi soalan mudah yang boleh kita utarakan.

Ini menunjukkan tahap ehsan dalam Islam orang kita masih lagi rendah jika kita bandingkan dengan sirah penjuang-pejuang islam yang terdahulu.

Tidak dinafikan bahawa 'hukum tetap hukum' dan jika hudud telah di laksanakan di Kelantan sudah pasti saudara kita ini kehilangan tangannya namun adakah itu merupakan obkjektif utama kita berkasih-kasihan sesama Islam dan Al-Quran sebagai panduan. Maha Suci Allah yang bisa memaafkan.

Lain pulanya sistem perundangan dan kehakiman di negara ini bertindak ke atas 2 orang 'Mega Billoinaire Thief' ini


Erik Chia yang merugikan syarikat multinasional Perwaja Steel yang berjumlah  lebih 10 billion mati di dalam bilik hotel bukannya di Penjara Sungai Buloh. KLIK.



Manakala bekas menteri pengangkutan Tun Lim Leong Sik (sepatutnya tarik balik gelaran Tun)  menipu Tun Mahathir dalam projek PKFZ merugikan wang rakyat lebih 1 billion masih lagi bertilam empuk. KLIK

Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa ,'curi tetap curi' , cuma yang membedakan meraka adalah tahap hukuman tidak setimpal dengan tahap kecurian yang didakwa.

Namun saya berharap agar pihak yang mendakwa saudara Abang Hadi bisa menarik balik dakwaan dan jika bersalah di mahkamah sekalipun saya berharap Abang Mohamad Hadi hanya dikenakan tindakan hukuman public social services seperti sebulan menjadi tukang sapu masjid tempat kecurian atau setarafnya.

Insyaallah.


1 comment:

  1. jgn salohkan kerajaan negeri jdm bang.sapa yg jaga perundangan negara?sapa yg naikkan harga brg sampai rakyat kesempitan hidup.satu lg,hukum hudud ni bkn potong tangan je.siasat dulu.kalu mencuri kerana kesempitan,xkan didakwa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)