Translate

Monday, October 28, 2013

@Najibrazak bertindak tepat di #Bajet2014 . Negara manakah yang bajetnya lebih hebat dari #Malaysia?.



KLIK untuk teks ucapan penuh pembentangan Bajet 2014 oleh Datuk Seri Najib Razak pada pembentangannya Jumaat lalu.


Intipati Bajet 2014 Ringkasan Dan Rumusan

Kadar BR1M Dinaikkan

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
BR1M 3.0  diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450

Subsidi Gula Dimansuhkan

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes dan kencing manis
Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilogram mulai 26 Oktober 2013
Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,  kata Najib

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500,persara RM250

Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500
Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250Akan dibayar pada awal Januari 2014

Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan

Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan

Kadar Baucar Buku Dinaikkan

Baucar Buku Dinaikkan daripada RM 250 kepada RM300 kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia

Kelajuan Internet Dinaik Taraf

Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp
Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb

Program Perumahan Rakyat

223,000 unit rumah pada harga berpatutan
Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak
80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran

Kadar GST lebih rendah

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus, lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada

Bantuan yuran taska RM250 sebulan

Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan

Pembangunan Sukan RM239 juta

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini

Program Pertanian


Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil

Pandangan saya :

Setelah meneliti secara kasar bentangan Bajet 2014 , dapat saya simpulkan bahawasanya kemampuan kerajaan untuk melakukan kebajikan adalah berkadaran langsung dengan kadar pendapatan negara. 

Bermakna setiap pungutan hasil pendapatan kerajaan melalui pungutan GST yang akan dijayakan pada tahun 2015 dan penjimatan perbelanjaan ke atas pemansuhan subsidi gula berjaya menghasilkan turnover yang begitu hebat untuk rakyat melalui Skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Bantuan Persekolahan RM100 dan sebagainya seperti yang telah di jelaskan di atas.

Adalah sedia maklum rakyat Malaysia masih lagi belum memahami selok belok makro dan mikro ekonomi negara, sudah mula merungut pemansuhan subsidi gula kerana alasan yang kurang tepat mengurangkan penyakit kencing manis . Tambahan pula sentimen ini dimainkan oleh parti politik yang berkepentingan dalam menangguk di air yang keruh atas ketidakselesaan ini . 

Hal yang demikian, kerajaan seharusnya bersikap berani untuk meningkatkan tahap ketelusan atau transparensi kewangan negara seperti penjelasan tentang kadar hutang negara vs KDNK dan dasar defisit fiskal negara. Dengan yang demikian, rakyat akan lebih mengerti apa yang sedang dilakukan secara tersirat oleh kerajaan di Bajet 2014 ini adalah secara keseluruhannya

1. Meletupkan kadar jual-beli domestik oleh golongan sasar (berpendapatan rendah/menengah) dengan pemain ekonomi 

2. Mengurangkan kadar hutang negara melalui defisif fiskal yang lebih rendah.

3. Menambah nilai peratusan KDNK negara dengan mengangkat produktiviti rakyat melalui janaan modal insan yang lebih berkualiti.

Oleh yang demikian pendidikan jangka panjang dan penerangan jangka pendek tentang kedudukan ekonomi negara seharusnya bermula dari sekarang samada melalui ceramah, media masa, media cetak dan mungkin juga sebagai digubal pengetahuan am di setiap sekolah menengah agar mereka lebih mengetahui hal yang sebenar dari membantah 'kok sir kok dang' seperti orang yang hilang akal.

Rakyat juga harus menyedari , dalam hal kedudukan ekonomi kita hari ini adalah sangat penting dalam menjamin kesinambungan pencarian rezeki anak cucu kita esok hari. 

Banyak sudah contoh di depan mata contohnya Greece, Ireland, Portugal dan sebahagian besar negara di dunia yang tidak berhemah dalam menguruskan kewangan negara. Mahukan kita jadi seperti mereka? 

Kepada pemimpin kerajaan juga jangan kerana inginkan pengekalan politik anda boros berjanji dan menabur gula-gula kerana kelak generasi muda yang sengsara.

Wassalam.    

Wednesday, October 23, 2013

#Breaking News !! Latest #video view of #Australia #Wildfire. #OMG @WeatherChannel forecast.


On October 21, 2013, dozens of wildfires continued to burn in New South Wales, Australia. The fires had already destroyed more than 200 homes, and Australian authorities were concerned that hot, windy weather could exacerbate the situation. The Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) on NASA’s Aqua satellite acquired this image at 2:25 p.m. local time (3:25 Universal Time) on October 21. Red outlines indicate hot spots where MODIS detected unusually warm surface temperatures associated with fire.The largest fire shown here is the State Mine fire, which was burning in the Blue Mountains. The fire had burned more than 42,750 hectares, according to the New South Wales Rural Fire Service. Source : CLICK

These are the latest video of Australian Wildfire.







May Allah (God) save and bless them all.

Sunday, October 13, 2013

@Khairykj . #Tahniah kerana mengekalkan jawatan Ketua #Pemuda #UMNO #Malaysia #PemilihanUMNO


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada tuan kerana berjaya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam Pemilihan UMNO 2013.  Syabas.

Semoga menjalankan amanah Allah dengan lebih baik dari sebelum ini.

Insyaallah

Friday, October 11, 2013

#Imissyou - @TheHenningsens . It's awesome





I miss you too.

#BreakingNews ! Cyclone #Phailin to hit East #India in 72 hours .


Here is live animated satellite view by Weather Channel



BHUBANESWAR/NEW DELHI (Thomson Reuters Foundation) - A cyclone heading towards the southeast coast intensified on Thursday, disaster management and weather officials said, warning tens of thousands of farmers to save their crops before the storm reaches land in the next 72 hours.
Packing wind speeds of up to 185 kph (115 mph), cyclone Phailin is moving in from the Bay of Bengal and is forecast to hit between Kalingapatnam in Andhra Pradesh and Paradip in Odisha state on the evening of October 12.
The neighboring West Bengal, and the Andaman and Nicobar islands, are also expected to experience heavy rains, gale force winds and storm surges.
"The cyclone is definitely coming and it's going to be severe one, as its current speed is 100 kph (62 mph)," Shashidhar Reddy, vice chairman of the National Disaster Management Authority, told a news conference.
"It is gaining an extra speed of 10 kph every three hours."
The weather office said damage to homes, power and telecoms disruptions and flooding were likely, and urged authorities to suspend fishing operations and consider evacuating coastal residents.
The Meteorological Department also called on tens of thousands of farmers in the rice and cotton-growing states to save their crops.
"Farmers have 48 hours to prepare," said director general L. S. Rathore. "We have asked them to harvest if their crops are ready, to bundle the crops together to minimise the damage or to drain out any water stagnating in their fields."
Authorities in the affected states began stocking shelters with rations, put disaster response teams on standby, and cancelled government employees' holidays as Phailin - some 800 km (500 miles) from the coastline - moved closer.

Source : Reuters

Wednesday, October 9, 2013

@Najibrazak. #America #Default . Bersediakah untuk kemungkinan hadapi #Global #Recession selepas Lehman 2008?.


Malam tadi Presiden Obama membuat pengumuman bahawa keadaan 'Federal Shutdown' yang berlanjutan bakal menghasilkan impak yang sangat besar terhadap ekonomi seperti sebuah letupan nuklear dalam ekonomi dunia. KLIK

Sejurus selepas pengumuman tersebut tekanan jualan saham di Wall Street menjadi lebih berat dengan pelabur mengambil langkah berhati-hati walaupun mereka yakin bahawasanya keadaan ini adalah bersifat sementara. KLIK

Dalam pemerhatian ke atas fakta pasaran saham Wall Street sejak seminggu yang lalu , didapati penurunan indeks saham adalah mendadak dan jika keadaan default ini berterusan tiada mustahil esok atau lusa penjualan saham dari blok Asia dan Euro akan berlaku secara besar-besaran kerana hilangnya keyakinan terhadap pasaran semasa yang rapuh bakal merencanakan satu episod lain dalam kegawatan ekonomi dunia. KLIK untuk komentar dari IMF .

Berikut adalah fakta tekanan jualan ke atas Wall Street minggu ini.







 KLIK untuk sumber live real time Yahoo Finance

Hal yang demikian bakal lagi dibebani lagi oleh siling hutang Amerika Syarikat yang mencapai 16.7 Trillion US Dolar. KLIK 

Dalam hal kewangan dunia masa kini kita semua ummat manusia tidak boleh lari dari mengetahui keadaan semasa kerana kita telahpun dirantai oleh sistem globalisasi yang mempunyai pro dan kons dalam mekanismenya.

Jika pemerintah gagal menyebarkan situasi ini dengan jelas kepada rakyat dengan satu penerangan mudah di media arus perdana , sudah pastinya rakyat akan terpingga-pinga kenapa berlakunya kejatuhan (jika terjadi) yang sudah pastinya kekurangan input rakyat ini akan dieksploitai oleh pihak yang berkepentingan untuk mempropagandakan bahawa kerajaan yang bersalah, kerajaan yang korup dan kerajaan tak pandai menjaga kewangan negara. Itu sudah pasti.

Akhir kata , semoga pihak Amerika Syarikat dapat mencapai kata putus dalam bill 'Obamacare' atau kontigensi lain demi menyelamatkan ekonomi dunia yang sedia maklum 'nyawa-nyawa ikan'.

Wassalam.

Tuesday, October 8, 2013

@Forbes .Will P Diddy @iamdiddy be hip hop's first billionaire ?




This was my first song which i start knowing P Diddy last 10-15 years ago.



"I'll Be Missing You" is a hit Grammy Award-winning single recorded by Puff DaddyFaith Evans and 112, in memory of fellow fallen Bad Boy Records artist Christopher "The Notorious B.I.G." Wallace who was murdered on March 9, 1997.
Released as the second single from Puff Daddy and the Family's No Way Out album, "I'll Be Missing You" samples the 1983 No. 1 hit song "Every Breath You Take" by The Police with an interpolation chorus sung by Faith Evans. The track also features a spoken intro over a choral version of Samuel Barber's "Adagio for Strings." With worldwide sales likely over 8 million, including shipments of three million copies in the United States and over one million in Germany and in the United Kingdom each, the song has become one of thebest-selling singles of all time. Source Wikipedia.
Salute for you my bro .From zero to hero , from nothing to something. From Malaysian fans.

Wednesday, October 2, 2013

#Malaysia #Care vs #Obamacare . Siapa lebih berkebajikan? @Najibrazak @AnwarIbrahim


Orang Amerika yang tak ada Premium Insurans Kesihatan terpaksa membayar kos yang tinggi untuk kos perubatan. Manakala dasar 'ObamaCare' yang cuba membela orang miskin dan pertengahan di tentang hebat oleh pembayar cukai (taxpayer) yang mana Parti Republikan menyebelahinya hinggakan tidak ada kata putus di kongres yang mengakibatkan 'Federal Shutdown'. KLIK



Persoalannya , kita di Malaysia kerajaan dah lama membela rakyat dalam bab kesihatan. Bayar RM1 pun dah dapat ubat bertimbun.

Yang menjadi kekesalan di kacamata saya adalah tahap kesyukuran rakyat Malaysia dalam menghargai perjuangan kerajaan membela rakyat hinggakan hampir semua yang dilakukan tidak bertepatan dengan selera mereka khususnya dari pihak pembangkang.

Saya tidak bangkit untuk menyatakan bahawa segala usaha kerajaan itu semuanya cemerlang sempurna namun kerajaan juga harus menutup lompang-lompang ketirisan dan korupsi agar perjalanan urus tadbir kerajaan lebih berintegriti , berdaya saing dan berkualiti dalam menempuh arena globalisasi yang pastinya amat sengit persaingan.

P/s : Laporan audit negara PAC yang terbaru menjelaskan apa yang tersembunyi dan rakyat sedang memerhati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)