Translate

Thursday, November 28, 2013

#Viral #Video of #PrinceWilliam @TaylorSwift13 and @BonJovi at Winter Whites #Gala . Enjoy!


Prince William sings Livin' on a prayer with Jon Bon Jovi and Taylor Swift at the Winter Whiets Gala charity ball at Kensington Palace. He's got the (slightly nervous) voice of an angel at the Winter Whites Gala charity ball at Kensington Palace but we reckon a few butterflies are understandable!



Me : I thought Prince William was so excited with this moment. Once in a lifetime.

Friday, November 22, 2013

#Reformasi pimpinan Pas menuju 'Sekularisme'. Untungkah perjuangan #Islam Pas kini? #MuktamarPas


Assalamualaikum.

Selamat berdemokrasi kepada perwakilan-perwakilan Pas dari seluruh negara yang berkampung di Stadium Melawati hari ini.

Saya sebagai anak Kelantan yang pernah mengangkat bendera Pas amat tertarik untuk mengikuti perkembangan pertembungan antara Mat Sabu dan Dato Nik Amar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Pas Malaysia.

Adalah sedia maklum bahawa hala tuju asal Parti Pas adalah untuk menegakkan perjuangan Islam berpandukan perlembagaan Al-Quran dan Al-Sunnah namun sejak berpayungnya Pas di bawah Pakatan Rakyat dengan konsep Tahaluf Siyasi menjadikan perjalanan perjuangan Islam parti Pas seperti terhencut-hencut di kaki lima sedangkan PKR dan DAP selesa di landasan politik konvensional negara. Adakah ini menguntungkan Pas? KLIK 

Manakala hari ini kita dapat lihat seolah-olah parti yang melebalkan mereka pejuang Islam sebenar hilang sensitiviti dengan kata lain mati rasa pabila Islam dirempuh oleh isu Kalimah Allah , isu Hudud dan COMANGO yang pada pemikiran budak asuhan Pasti pun tahu bahawasanya orang bukan Islam galak menanangguk air keruh. Adakah pimpinan Pas yang celik agama sengaja memejamkan mata dan membisukan kata masih kekal berpayung di bawah naungan Pakatan Rakyat bukannya naungan Redha Allah Taala ? Atau adakah selamanya orang-orang Pas menyalahkan UMNO/BN atas segala kelemahan diri mereka? Come on lah!! Di mana fatonah pimpinan Pas?

Sebaliknya NGO Perkasa lebih persisten dalam memperjuangkan hak-hak orang Islam dan Melayu walhal dalam Perkasa tidak mempunyai seramai Pas bijak pandai agama. Di mana jiwa rasa dan malu orang Pas yang mengaku mereka lebih tinggi dan kuat imanya dari orang Islam UMNO? Anda ada jawaban.

Satu-persatu kesalahan pimpinan DAP dan PKR bukan Islam yang gatai tangan mencampuri urusan orang Islam dimaafkan begitu saja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebaliknya bila pimpinan Islam yang bukan dari golongan mereka membuat kesilapan , maka jutaan khilaf, jutaan sudut pandang yang hamburkan.  Nampaknya Pas sudah tidak lagi menerima pakai sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang ' Berlemah lembutlah sesama Islam dan keras dengan musuh Islam' dalam ertikata keadilan yang sebenarnya.

Secara ringkasnya , melalui pemerhatian lenggang lenggok perjalanan Pas bersama PR, saya dapati tidak ada cara lain untuk Pas lebih berdaya saing dalam Pakatan Rakyat melainkan Pas harus diterajui oleh pimpinan yang berfikiran sekular liberal supaya asimilasi perbedaan prinsip perjuangan antara DAP , PAS dan PKR lebih mudah dicerna hadam orang Islam dalam menuju Malaysian Malaysia.

'Demi masa'. Sesungguhnya orang Islam itu sendiri berada dalam kerugian.

Wassalam.

Sunday, November 10, 2013

#Haiyan #Philippines #Aftermath fotopages. Death toll could rise 10000 people. #OMG


CLICK for Weather Channel 'In the middle of Typhoon' video.










Together we support their lives on humanitarian. Insyaallah(God Will)

Thursday, November 7, 2013

@Malaysianmet #Typhoon #Haiyan bakal melanda tengah #Filipina . Adakah #Sabah terkesan?


KLIK untuk animasi satelit Weather Channel .

Dalam beberapa jam lagi taufan terkuat tahun ini bakal melanda tengah Filipina . Kekuatan taufan ini di jangka menyamai kekuatan hurikan kategori 5 .



Kebimbangannya adalah adakah Sabah akan terkesan?

Semoga saudara kita yang berada di Filipina sabar dalam ujian Allah dan rakyat Sabah supaya lebih berhati-hati di perairan kerana ada kemungkinan berlakunya ombak gadang kesan tiupan angin taufan Haiyan yang di jangka selaju 240 kmh. KLIK untuk berita CNN.
KLIK untuk berita WP

Monday, November 4, 2013

@Najibrazak . #PRKSgLimau KPI undi #Melayu dan #Bajet2014 selepas PRU13 ? .


Terdahulu dan yang terutama marilah kita ummat Islam mendermakan sekelumit Al-Fatihah kepada Ustaz Azizan yang kembali ke Rahmatullah baru-baru ini sekaligus menjadikan Dun Sungai Limau , Kedah medan pertarungan 2 parti politik terbesar orang melayu.

Esok, proses pembuangan undi rakyat Dun Sungai Limau akan berlangsung . Kempen rumah ke rumah dan ceramah kini semakin rancak namun jika diperhalusi kempen PRK SG Limau lebih sejuk dari kempen PRK Kuala Besut yang lalu. Maklumlah senario yang berbeza, PRK Kuala Besut bermatian mempertahankan kerajaan manakala PRK Sg Limau sekadar memenuhi ruang dalam proses 'sulap' katakan.


Keputusan PRU13 Dun Sungai Limau yang lalu menunjukkan arwah Ustaz Azizan bejaya mengalahkan calon dari BN dengan majoriti yang sederhana kukuh dengan hanya 2774 undi sahaja. Walaupun pertarungan 4 penjuru namun hanya pilihan rakyat tetap kepada 2 parti dominan orang Melayu Islam UMNO/Pas. Dengan majoriti tersebut , tiada mustahil untuk Barisan Nasional menumpaskan Pas pada PRK ini namun ianya agak perit kerana mengikut pandangan Profesor Dr. Agus, 500 undi adalah halangan psikologi . KLIK 

Dengan pengundi berjumlah 27,222 orang dengan komposisi mengikut kaum iaitu 93% Melayu, 6.7 % Cina dan 0.6 % India,
Prk ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan kepada penanda aras(kpi) sokongan majoroti orang Melayu terhadap Barisan Nasional berbanding Pas selepas pengumuman 2 perkara besar selepas PRU13 yakni penarikan subsidi harga petrol dan gula baru-baru ini oleh PM Najib Razak .

Kesimpulannya , Prk Sg Limau bakal menjadi analisa dan rujukan penganalisis politik sebagai unjuran dan ramalan terhadap populariti BN dan Pas selepas PRU 13 dan natijah penarikan subsidi oleh kerajaan dalam langkah jimat cermatnya.

Bagi saya , tidak mustahil BN boleh mengatasi Pas namun ianya adalah amat perit.

Sebarang pengurangan majoriti Pas oleh BN adalah satu kemenangan tetapi jika Pas berjaya mengukuhkan kedudukan dengan undi Melayu yang lebih besar:

PM Najib Razak 'You have to do something'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)