Translate

Tuesday, December 31, 2013

#Foto #istimewa - Sepetang bersama MB #Kelantan , Datuk Ahmad Yaakob . Terima kasih



Dihulur salam tak dapat ku tolak,
Sejuk jiwa  terasa nyaman,
Tinggi budi kerana akhlak,
Al-Ouran dan Sunnah tali keimanan


Tuesday, December 24, 2013

@weatherchannel #Viral #video from #Malaysia . #Fish come to land. Any scientific explaination or..? Ikan naik ke darat .





These was happened at Lahad Datu , Sabah, Malaysia 24 December 2013

Is it because of electromagnetic wave from Sulewesi ring of fire? Any scientific explanations?

Friday, December 20, 2013

@Malaysianmet Kemungkinankah ini Gelombang ke-2 #banjir #2013 ?


Berdasarkan imej animasi satelit Weather Channel pembentukan awan aktif sedang terbentuk di tengah laut China Selatan. KLIK sini untuk anamasi tersebut.

Dalam keadaan musim tengkujuh ini, sistem amaran awal kepada penduduk sangatlah mandatori.

Kepada mana-mana pengguna facebook, saya sarankan untuk klik LIKE kepada facebook Malaysian Meteorological Department untuk mendapatkan update terkini ramalan kajicuaca Malaysia.

Dan kepada pengguna twitter sila klik FOLLOW untuk update @Malaysianmet 

Maklumat kini sangat mudah hanya di hujung jari kita cuma kita yang masih lagi lalai dengan suasana.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan kami pohon agar kifarah terhadap kami diringankan .Amin. Insyaallah.

Friday, December 6, 2013

#Lifestyle @Ibdil bakal bawa kehancuran #UMNO di #PRU14. @Najibrazak @Khairykj @AhmadMaslan.

Sebelum menulis lebih lanjut , saya ingin bertanyakan kepada perwakilan UMNO yang mengundi Ibdillah Ishak Lifestyle selaku calon exco pemuda no.1 Malaysia pada pemilihan baru-baru ini. Apakah berbaloi untuk pengukuhan UMNO dan Barisan Nasional menghadapi PRU14?

Tiap kali Perhimpinan Agung UMNO, saya dan majoriti lebih 13 juta sekalian rakyat marhaen hanya memerhati dari jauh melalui kaca tv . Manakala hanya ribuan perwakilan UMNO Bahagian yang tak ada hak ke atas keputusan undi pilihanraya dengan bangga menyatakan mereka adalah mulut mata lidah dan telinga rakyat. Benarkah hebatnya mereka?

Terpanggil oleh penulisan sahabat blogger Gelombang Kick dan 31 sahabat Bloggers Brotherhood yang lain mengenai viral #Lifestyle PAU2013 , saya melihat akan ketidakcerdikan yang amat sangat oleh Exco Pemuda UMNO No 1 selaku Pengerusi Biro Media Baru iaitu Ibdil Ishak yang menyatakan bahawa UMNO membayar blogger dan pejuang media maya adalah satu kesilapan . KLIK sini untuk maklumat penuh.

Ya Allah, di manakah letaknya harga diri kami sekalian bloggers yang bertungkus lumus siang dan malam, ke hulu ke hilir mencari maklumat hanya untuk menyelamatkan UMNO-BN dari karam dilambung fitnah Pakatan Rakyat di PRU13 ?

Jelas terpampang bahawasanya saf pimpinan pemuda dalam UMNO kini mengalami kemerosotan kualiti dalam berpolitik. Maaf, bukan kesemuanya tapi walaupun ianya hanya seekor bangkai ayam di tengah kedai makan yang lazat namun hakikatnya tiada pelanggan(rakyat) yang sudi untuk melangganinya.

Walaupun mood untuk kembali rancak berpolitik masih jauh, saya beranggapan pada permulaan gemilangnya PAU2013 dengan kejayaan demokrasi pemilihan pucuk pimpinan oleh perwakilan , saya beranggapan virus ketidakcerdikan dalam saf kepimpinan pemuda UMNO pada hari ini bakal membawa wabak yang lebih mudarat kepada ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya. Apatah lagi mengharungi gelombang PRU14 yang lebih dahsyat dengan persepsi kenaikan harga barang yang memuncak.

Ibarat barah ketumbuhan jika dibiarkan mudarat, nyawa yang jadi taruhan. Renung-renungkan.

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)