Translate

Saturday, November 15, 2014

@LeeBrice tribute to working class . What an #awesome brand new #music #video .




My comments : This is inspiring for those who are hard barbwire working labour spending saturday and sunday for drinking.

Ps/note : I'm muslims and not drinking so i change those lyrics of whisky/beer by tea...hahahaha .

Credit amazing concert photo by Rich Frolini 

Tuesday, October 21, 2014

@WeatherChannel .More and more #tornados ( #putingbeliung) becoming #virals in #Malaysia . Any scientific explainations ?


Today 20/10/2013 at Klang , Selangor (West Malaysia)



18/102013 at Bintulu , Sarawak (East Malaysia)



14/10/2014 at Pendang, Kedah (West Coast Malaysia Peninsular)



This kind of weather as tornados rare in Malaysia. Is this one of the effect of climate change ?

Thursday, October 9, 2014

Kewajaran Kementerian Kesihatan dan mangsa #denggi saman PBT di #Kelantan dan negeri lain mengakibatkan ratusan kes kematian ?


Assalamualaikum,

Denggi , satu nama yang tidak asing bagi seluruh rakyat Malaysia . Ianya boleh dianggap rakan karib simptom demam panas pada setiap kali rutin pemeriksaan doktor di klinik awam mahun pun swasta .

Salah satu faktor utama yang memangkinkan pembiakan nyamuk aedes ini adalah cuaca. Situasi iklim negara kita yang panas dan lembap sepanjang tahun amat kondusif bagi pembiakan sebarang nyamuk atau kehidupan yang membawa pelbagai jenis bawaan vektor seperti  tikus, lipas, lalat dan sebagainya.

Tahun ini merupakan tahun hitam bagi kes denggi di negeri Kelantan apabila menduduki carta kedua liga denggi negara selepas Selangor dengan jumlah 13170 kes yang mengakibatkan puluhan kematian. KLIK Bukti 1 Bukti 2 

Pelbagai langkah telah dibuat oleh kerajaan dalam membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes antaranya adalah melakukan pemeriksaan rumah ke rumah dan menyaman keluarga yang mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik dengan mengenakan denda maksimum RM1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duannya sekali.

Satu langkah yang cukup tegas bagi individu , namun apakah tindakan tegas bagi pihak berkuasa tempatan yang mengabaikan sistem perparitan yang bersumbat yang penuh dengan jentik-jentik, mahligai nyamuk aedes?

Berikut adalah beberapa keping foto yang diambil dari beberapa lokasi di Kota Bharu kronik dengan masalah longkang tersumbat hasil kegagalan PBT ataupun pihak-pihak lain seperti kontraktor JKKKP dan sebagainya dalam mengawal selia aliran air longkang di perbandaran lantas menjadi syurga pembiakan nyamuk tersebut.



  Cherang , Kota Bharu


Berek 12 , Kota Bharu


Kubang Kerian , Kota Bharu

Hakikatnya inilah keadaan sebenar yang perlu kerajaan pusat mahupun negeri membuka mata bahawa kawal selia akan infrastruktur saliran adalah lebih penting dari mengeluarkan tender perparitan untuk kontraktor yang cari makan. Diharap juga selepas ini kerajaan lebih memilih kontraktor mana yang hendak diberi tender tanam longkang . Tanam longkang ni bukan hanya main pakai gali kambus saja mesti ada sudut sendengnya barulah air lancar alirannya.



Teguran ini wajar diambil proaktif untuk kerajaan dan rakyat kerana sudah sekian lama berperang dengan nyamuk melalui beberapa kaedah seperti kaedah fogging yang telah menghabiskan jutaan ringgit wang pembayar cukai namun tidak memberikan impak yang total dalam membasmi tempat pembiakan nyamuk malah lebih merugikan kerana meneruskan kerja yang sia-sia yang bersifat sementara.

Ada juga kata sinis yang mengatakan rakyat harus bekerjasama , namun dalam hal yang sebegini adalah sangat tidak wajar untuk rakyat sendirian mengeluarkan wang saku memperbaiki longkang kegunaan semua. Dalam hal sebegini besar kerajaan dan PBTlah yang perlu mendahului gerak kerja dan barulah kami rakyat memberikan kerjasama samada dari segi mengubah tabiat pembuangan sampah dan sebagainya. Sesungguhnya adalah amat tidak adil bagi kami yang membayar cukai tetapi servis yang kami terima seperti negara dunia ketiga.

Oleh yang demikian , sebagai rakyat yang bernaung di bawah kawal selia kebersihan oleh PBT , saya berpendapat adalah wajar untuk pesakit denggi atau yang telah kehilangan nyawa ahli keluarga tersayang membuat petisyen saman untuk PBT setempat kerana kegagalan mereka memberi servis yang baik (kebersihan dan aliran longkang) yang akhirnya membawa kecelakaan kepada semua.  

Sumber bacaan lain yang berkaitan  : Black Panther 

Sunday, September 7, 2014

#Video dan #selfie, selangkah kaki ke lava #api #gunung berapi. Bayangan #neraka di mukabumi.


Assalamualaikum,

Dapatkah anda bayangkan bagai mana keadaannya berada selangkah ke dalam lava api gunung berapi ?



Namun, bagi dua orang explorer Amerika yakni Sam Crossman dan George Kourounis mereka mengambil pendekatan menyahut cabaran untuk memasuki kawah gunung berapi aktif di Vanuatu baru-baru ini.

Mereka juga memecah kegilaan selfie yang extreme dengan suit anti panas yang selepas itu lusuh rentung akibat kepanasan dan wap asid di dalam kawah tersebut

Memang mereka tahap kegilaan mereka tak perlu kita ikuti namun cerita dan gambaran di sebalik ekspedisi mereka ini wajar untuk kita teladani . Betapa kerdilnya kita bersama bayangan neraka panas berapi.

Saturday, July 19, 2014

Are #mankind ready for the #new Yajuj dan Majuj Order (#GogMagog). Get prepare!... It is very #soon


Kehadiran satu lubang besar beberapa hari lalu di pedalaman Siberia, Rusia mengejutkan para saintis dunia. Sehingga kini tiada bukti saintifik untuk dijelaskan kepada umum oleh para saintis. KLIK untuk portal sains unggul Huff Post Science.


Namun , dalam Islam petanda sebegini adalah sangat berkait rapat dengan dunia akhir zaman era kehadiran Yajuj dan Majuj yang pasti menjelma.

Tonton video ini untuk penerangan secara tidak langsung dan dalil-dalil petanda akan kemunculan bangsa Yajuj dan majuj ini.



Bayangan ramalan hebat oleh Syeikh Imran Hosein berkaitan Gog and Magog.



For Islam and Muslims , do not scare, do not give up keep you faith with Allah and believe that We Islam will win this battle and that's the truth. Insyaallah.

Tuesday, July 8, 2014

#World, #Americans and all #mankind should ask yourself after watch this #video . Israel is #good for your #family? What #media tells you ?



Post by ‎شهاب‎.



Monday, July 7, 2014

#Kids #Life at #Syria . What #World and #Arab #League do? #Donate them a piece of #bread





Monday, June 30, 2014

@DBradbery - Young In #America brand #new #country #song with #Nashville mood.




My comments : Yeeeehhaa , keep up the good work Danielle . Be yourself and that's the key of your success and happiness.

Related - Click here. Heart of Dixie.

Tuesday, June 17, 2014

Pertaruhan @NajibRazak dalam #Felda #FGV bakal makan diri ? #Rakyat #Malaysia bingkas berdiri , tuntut kenyataan beladiri.



Assalamualaikum,

Al-kisah bermulalah cerita besarnya penyenaraian IPO ke-2 terbesar di dunia sehingga Perdana Menteri (pada waktu itu) dengan bangganya membuat pengumuman saham FGV bakal lebih baik dari Facebook. 

Kita tonton pengumumuan kebangaan yang tersebut. 


   
Dipendekkan cerita terus kepada penyudahnya setelah 2 tahun berlalu , inilah bandingan kedudukan status harga saham terkini antara Felda FGV dengan Facebook . Nilaikan prestasinya samada berjaya ataupun gagal?



Pada 17 Jun 2014 Saham Felda Global Venture diniagakan pada RM4.32 (KLIK) setelah saham ini di buka harga penawarannya pada RM4.55 di mana hanya memuncak pada hari pertamanya dengan harga RM5.39. KLIK

Manakala, jika kita bandingkan dengan IPO Facebook yang telah dicabar oleh Najib Razak pada detik-detik gembar-gemburnya tak cukup tangan melayan kerenah pemegang saham Felda FGV kita bakal tertanya-tanya di dalam diri , adakah pengurusan harta rakyat oleh mereka ini bisa berdayung meredah lautan spekulasi atau hanyut menunggu karam bersama manisnya janji.



Walaupun IPO Facebook hanya bermula lebih kurang sama baya (abang sikit)dengan Felda FGV dan mengalami kejatuhan teruk pada awal dagangannya tetapi para pelabur cukup yakin dengan pengurusan yang efektif dan strategi pemasaran facebook yang sangat kreatif mengatasi kebimbangan pelabur dan terus-terusan memperoleh belian. Sehingga kini, saham Facebook mencecah USD 70.00 pada 11 March 2014 . KLIK 

Sangat jauh beza nya antara RM4.32 dengan USD 70.00 Bang Jib Oii

Hari ini negara di gemparkan pula dengan puluhan isu ketirisan dan kerugian dalam Felda oleh Laporan Audit Negara 2013 yang sudah pastinya meresahkan ratusan ribu peneroka dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.

Berikut adalah petikan dari berita Bernama. (KLIK)     


Audit: 56 perolehan RM183.13 juta tidak disediakan kontrak dalam FELDA
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) didapati tidak menyediakan dokumen kontrak bagi 56 perolehan berjumlah RM183.13 juta dan dua daripada kontrak itu yang bernilai RM60.68 juta, belum ditandatangani.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri dua yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, pengauditan yang dijalankan antara Disember 2012 dan Februari 2013 mendapati secara keseluruhannya, pengurusan perolehan Felda kurang memuaskan.

"Antara kelemahannya ialah sebanyak 160 perolehan bernilai RM3.6 juta dibuat tanpa kelulusan Jawatankuasa Tender, tetapi dibuat secara terus oleh jabatan yang terlibat dan diluluskan oleh Pengarah Jabatan tersebut.
"Perolehan berjumlah RM1.85 juta bagi Sambutan Hari Peneroka dan RM3.65 juta bagi kerja hiasan dalaman Menara Felda pada 2011, dipecah kecil untuk mengelak urusan tender," kata laporan itu.

Menurut laporan itu lagi tiada pemantauan dan penyeliaan terhadap Program Bancian Warga Peneroka menyebabkan Felda terpaksa menjalankan bancian semula pada 2012 dan melibatkan kos sejumlah RM1.02 juta.
"Bayaran sejumlah RM0.74 juta bagi bancian pertama yang dijalankan pada Julai 2011 telah dibuat tanpa sebarang dokumen sokongan seperti laporan pemantauan dan pengesahan kerja.

"Sehingga tarikh pengauditan pada 8 Mac 2013, bancian semula yang dijangka siap pada bulan Disember 2012 masih belum selesai," menurut laporan itu.

Sehubungan itu, audit mengesyorkan FELDA memastikan prosedur perolehan yang ditetapkan olehnya serta peraturan kewangan yang sewajarnya dipatuhi dengan sempurna dan mengambil tindakan penambahbaikan terhadap kelemahan yang dibangkitkan. - BERNAMA

Akhir sekali, dan kesimpulannya adalah Najib Razak dan keseluruhan pengurusan tertinggi (top to toe) Felda wajib bertanggungjawab atas keadaan yang sangat kritikal ini . 

Wassalam.

Saturday, June 14, 2014

@Persie_Official fly is the most #viral #video on today's #World Cup . #Netherland beat #Spain 5-1 .





Hahaha....The Orange revenge was done.

Monday, May 5, 2014

#OMG ! #RAW #video of #Thailand #earthquake shock #supermarket . @weatherchannel


Feel the fears...


This is really rare because Thailand is not on 'Ring of Fire'. Can we have scientific explanations?

Allahuakbar (Allah is Great) !

Credit YouTube User : Noypi Staff

Thursday, April 17, 2014

#New #video of sinking #Korean #ferry... May Allah(God) save and bless them all





It was very tense situation out there. Let's pray for the people of Korea as like we pray for Mh370 last month.

May Allah bless you.
Malaysian pray for Korean.

Thursday, April 10, 2014

At last ! , 'Who I am with you' #video #music by #ChrisYoung make your #feel #good.




I feel that this song could be amongs the best country songs year 2014.

The best part of lyrics :

Because of you i'm a lucky man,
You're the best part of who I am 


Sunday, April 6, 2014

Monday, March 31, 2014

#PrayforMh370. Lusuhnya rasa #cinta negara #Malaysia , menang bersorak , #Islam dihina , ummah merana. Di manakah kita?


Assalamualaikum,

Al-Fatihah selayaknya sebagai mukaddimah.

Tanggal 8 Mac 2014 pukul 1.07 pagi, suatu detik hitam negara tercalit dipaparan skrin perjalanan negara dimana pesawat Mas Mh370 dari Kuala Lumpur ke Beijing telah hilang dari radar primer, lantas menjadikan ia titik permulaan tragedi penerbangan paling dahsyat bukan saja di Malaysia malah antara terburuk dalam sejarah dunia.

Kebetulannya pada ketentuan masanya negara Malaysia sangat-sangat tenat dengan pelbagai masalah dan isu domestik seperti :

1. Pada malam 7 Mac 2008 negara dikejutkan dengan DS Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

2. Masalah air di seluruh negara akibat musim panas dan kering yang berlanjutan selama beberapa bulan.

3. Kualiti udara yang teruk akibat jerebu .

4. Tekanan pilihanraya kecil Kajang

5. Dua hari selepas kejadian ini, 6 orang anak muda mati akibat pengambilan dadah di sebuah konsert

Masyaallah, begitu tinggi tekanan kepada pemerintah tertinggi negara yang baru saja menyusun tempang bahtera armadanya.

Pada permulaannya, saya agak terkilan dengan pengurusan sistem radar pernerbangan negara yang agak longgar dan S.O.P radar primer dan sekunder atau antara penerbangan awam dengan militer tidak mempunyai tahap tag team yang tinggi. Sebagai rakyat yang merasakan keselamatan ruang udara Malaysia lemah pemantauan pertahanannya, maka saya berhak untuk menjelaskan kerisauan itu namun tidak mencetuskan spekulasi melampau.

Selepas itu saya hanya membaca dan memerhati segala gerak geri yang berlaku selama 22 hari pencarian tanpa mengenal penat dan lelah pihak SAR yang terdiri dari 26 buah negara yang dikatakan memiliki peralatan yang tercanggih di dunia namun sampai tika dan saat saya berkata-kata ini ianya masih lagi hampa. Redha dan redha setelah tawakkal usaha mencari secebis serpihan beberapa sentimeter ataupun meter besar di hamparan kawasan seluas jutaan batu nautika persegi . Dapatkah kita bayangkannya? Kalau mengikut pepatah melayu ianya seperti mencari jarum di dalam jerami , namun bagi saya mencari jarum di dalam jerami sangat mudah dengan teknologi hari ini. Tetapi dalam kes carian Mh370 ini adalah tak terungkap dengan kata-kata betapa kerdilnya kita.

Di sebalik tragedi hitam penerbangan negara dan dunia ini , saya lihat ada beberapa kelompok manusia yang terus-terusan memberi tekanan dan tekanan khususnya untuk memperolehi kredit politik di atas kelemahan kerajaan menangani krisis ini tanpa mengenal erti belas kasihan. Yang tersemat di dada mereka hanyalah hentaman dan tumbukan yang menyaksikan betapa lemahnya negara di mata dunia.

Lantaran dengan itu , pabila pihak yang kita sedia maklum yang sejak azali mencari ruang untuk melemahkan Ummat Islam , tersenyum sinis dimindanya 'Oh! this is it, it's time for victory' memulakan agenda mereka dengan ruang yang terbuka dihampar pula dengan karpet merah oleh kita yang galak bersengketa.



Tak nampak lagikah akan permainannya ?.

Pada penafsiran saya , jika beberapa bulan atau tahun sebelum ini, Malaysia berada dikalangan negara contoh dunia, kini ianya seperti jatuh terduduk seperti negara dunia ketiga . Negara kita diludah oleh rakyat China tanpa pembelaan sewajarnya . Apakan tidak, sebahagian besar dari golongan politik pun menyetujuinya , segala-galanya termasuk isi perut pemimpin pun mahu diaibnya. Hinggakan pihak yang bertungkus siang dan malam ini seperti golongan minoriti yang terkapai-kapai mengharapkan keajaiban pertolongan Allah Taala. Saya tersentak memikirkannya.  Adakah begitu zalim kita berpolitik hinggakan minoriti yang memikul beban itu kita tekan hinggakan terburai isi perutnya?..... Benar ke jalan aku ni ? Allah dan Nabi tak pernah mengajar saya untuk menzalimi apatah lagi menindas dengan kutukan kepada mereka yang sedang berat diri dan hati menanggung cobaan ini.



Kita rakyat Malaysia satu pihak menuding jari untuk seciput kredit manakala yang satu lagi terkial-kial cuba untuk melepaskan diri sedangkan kita telah nampak kiri kanan depan belakang atas dan bawah, kita hanya wayang live cubaan tuhan. Masih tak nampakkah kita?

Maka dengan itu saya membulatkan tekad untuk menyokong pihak yang bertungkus-lumus siang dan malam demi memenuhi tekanan ahli keluarga 239 mangsa yang dikhabarkan telah meninggal dunia. I'sorry . Al-Fatihah

Berkaitan dengan jutaan spekulasi yang telah ataupun yang bakal dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab , bagi saya semua orang ada mulut . Yang pastinya, mereka hanya pandai berkata tapi hampa dalam perlaksanaannya. Kosong tiada isinya



Biarlah cukup sebagai pemerhati kerana apa jua spekulasi yang dilemparkan , postmoterm jualah kesimpulannya dan Allah jualah Maha Mengetahuinya.

Wassalam.

Ps : Terima kasih kepada kepimpinan negara atas pertimbangan sistem radar tercanggih untuk pertahanan udara negara.

Kredit foto print screen : Fuad Abdullah

Saturday, March 22, 2014

@retutpro by Mani is a #new you tube #phenomena in #photography . Come on! new generation, give your best shot!


I recommend Mani's  photography and retouching tutorial to all my dear brothers and sisters.


Why I liked him :

1. Sharp to focus
2. Simple
3. Easy to understand
4. Creative
5. Ideas and inspiration
6. Not bla...bla....bla.... hahaha LoL

Keep up the good work bro Mani. You ROCK!

Sunday, March 16, 2014

#Viral #video - Dubai #World #Tallest #Building smack by hail storm




This is magnificient weather scene . This is rare, I'm afraid this could be the beggining of punishment from Allah due to arrogant Arabian desert sand country with luxurious rich and famous lifestyle .

Allahuakbar (God is great).

Kredit photos by instagram danielcheongdubai ,  Danielcheongphotography.com  

Wednesday, March 12, 2014

My Family Man by @Craigcampbelltv is my newest #father and #mothers's day #best theme #song .


After all long years i've heard this song, finally i'm fall in love with it. So pure ...



 Sing with me and you will love it. Insyaallah(God will)

                                         "Family Man"

I've been working as a temp
At the local factory
I hope they hire me on full time
I've got shoes to buy
and a mouth to feed.

I drive a buy here, pay here truck
It ain't new, but it is for me
It ain't much but it fires right up
and get me from A to B

What puts the dirt underneath my nails
What keeps the calluses on my hands
Family man

They're a world my world revolves around
My sacred piece of solid ground
The flesh and bone that gives me strength to stand
They are a fire in my drivin on
The drive behind my comin home
The livin, breathin, reason that I am
A family man

There's dirty shirts to wash
Dishes in the sink to do
And there's how many times
Does 17 go into 52
There's bedtime prayers to pray
Sleep tights and I love you's
And then there's a pair of eyes
I get to lose myself into

What keeps me keepin the faith
What makes me believe I can
Family man

They're a world my world revolves around
My sacred piece of solid ground
The flesh and bone that gives me strength to stand
They are a fire in my drivin on
The drive behind my comin home
The livin, breathin, reason that I am
A family man

There's a fire in my drivin on
The drive behind my comin home
The livin, breathin, reason that I am
A family man

A family man

Tuesday, March 4, 2014

#Latest @FORBES : #Youngest #Billionaires on #earth #2014. Wanna know , #CLICK here.


Who is the youngest billionaires? Is Mark Zurkenberg ? and how old the youngest one? Is that luck or hard work or Allah (God) planning and path. Wish them to donate a small amount of mountain of money to Syrian Refugees and many part of food crisis in the world.



God knows what is in your heart. Every single penny will be judge.

Credit photos : Flicker's 401(K) 2012

Thursday, February 20, 2014

#NGO #Royalti pasak jiwa anak muda #Kelantan . Bersama terus mengaminkan #doa atau berpaling punggung meminta sedekah?


Assalamualaikum,

Sebelum saya membuat titik pertama penulisan, marilah kita bersama-sama melihat akan sejarah perjuangan NGO Royalti yang disokong sepenuhnya oleh kepimpinan mantan MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  dan Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penyegar minda pasca perjuangan Royalti PRU-13.




Manakala ini pula adalah surat terbuka untuk Kerajaan Negeri Kelantan oleh pejuang NGO Royalti, sahabat Mohd Fauzi Mohd Azmi yang lebih dikenali sebagai Topeng Perak Unmasked.

Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Hari ini kami ingin mendedahkan beberapa perkara dan juga melahirkan kekecewaan kami diatas kelemahan Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan didalam usaha Menuntut Hak Royalti hasil Petrolium Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS melalui Kerajaan Persekutuan.

Beberapa minggu lepas, kami telah mendedahkan didalam Facebook Pages ROYALTI berkenaan Pengeluaran terbaru Petrolium di Perairan Negeri Kelantan yang telah bermula secara rasmi pada 31hb. Januari, 2014 di Medan Damar dalam Block PM-303 yang jaraknya hanya 109 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

Kami tidak pasti apakah Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan yang di Pengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan; Dato’ Ahmad Yakob mempunyai maklumat tentang ini ataupun tidak.

Sekiranya tiada, elok kami ambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat berkenaan.

Pembangunan dalam Medan Damar pada masa ini diusahakan bersama (Joint Venture) oleh ExxonMobil Exploration and Production Berhad dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

Bermula pada 31hb. Januari, 2014 Medan Damar, pada kedalaman 52-56 meter melalui Pelantar Damar-A telah mula membuat pengeluaran Gas dan juga Kondensat dan apabila sampai tempoh matang (dijangka pada tahun 2016), pengeluaran akan mencapai tahap Maksima dan dijangka mencecah antara 190 sehingga 200 Mscfd (Million standard cubic feet per day) bagi Gas manakala bagi pengeluaran Kondensat pula dijangka mencecah ke tahap maksima sebanyak 170 Kbpd (Kilo barrels per day).

Perlu diketahui juga bahawa dibawah Medan Damar, terdapat sejumlah 16 buah Telaga yang akan mengeluarkan hasil Petrolium secara berperingkat mengikut jadual.

Kesemua hasil Gas dari telaga tersebut akan dinaikkan ke Pelantar Damar-A kemudian disalurkan melalui Pipeline sepanjang 22 kolimeter ke Pelantar Lawit-A untuk kerja-kerja Pemprosesan sebelum dihantar ke Kerteh manakala hasil Kondensat pula akan dihantar ke Pelantar Jerneh-A selepas diproses.

Dianggarkan bahawa Medan Damar menyimpan sebanyak 801 GCF (Giga Cubic Feet) Petrolium (Gas dan Kondensat) dan simpanan Petrolium tersebut akan habis pada tahun 2027.

Itu adalah serba sedikit maklumat yang agak lengkap berkenaan pengeluaran di Medan Damar.

Disini juga kami inginkan mempersoalkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkenaan beberapa perkara.

Kali terakhir Kes Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan dibicarakan di Mahkamah ialah pada 3hb. Oktober, 2012. Dalam Perbicaraan tersebut, Mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat Rayuan di Mahkamah Tinggi Rayuan bagi meneruskan Prosiding Saman Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan terhadap PETRONAS.

1: Selepas 1 tahun, 4 bulan, apakah Status Tuntutan tersebut..?

2: Adakah Kerajaan Negeri Kelantan akan meneruskan Prosiding Saman Tuntutan Royalti Negeri Kelantan terhadap PETRONAS atau ianya "Masih Dalam Perbincangan"..?

3: Apakah Status terkini & langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan berkenaan Tuntutan tersebut..?

4: Berapa lama lagi masa yang perlu diambil oleh Pihak yang berkenaan untuk meneruskan Tuntutan Hak Rakyat Negeri Kelantan..?

5: Adakah pihak Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai maklumat-maklumat seperti yang didedahkan diatas yang kami fikir sangat-sangat berguna dan WAJIB dimasukkan sekali didalam Tuntutan tersebut..?

Kami juga ada mendengar “Khabar Angin” (kami percaya ianya tidak benar) yang mengatakan bahawa “kemungkinan” Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan tidak berminat untuk meneruskan Saman Tuntutan tersebut dan berhasrat untuk MENARIK BALIK Saman Tuntutan Royalti Kelantan di Mahkamah.

Sekiranya “Khabar Angin” ini TIDAK BENAR, mohon pihak Kerajaan Negeri Kelantan membuat Penafian SECARA RASMI disamping menjawab 5 persoalan yang telah kami kemukakan diatas.

Perlu juga diingatkan bahawa faktor kemenangan Pakatan Rakyat terutamanya Parti Islam Se-Malaysia (walaupun kehilangan beberapa kerusi DUN) di Negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke-13 adalah berpunca dari Semangat dan Iltizam Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya Anak Kelantan di Perantauan (Pengundi Luar) yang teruja melihat kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS yang Komited dalam usaha Tuntutan Hak Royalti Negeri Kelantan yang sekian lama dinafikan oleh PETRONAS melalui Kerajaan Pusat.

Mohon dinyatakan PENDIRIAN RASMI Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan isu yang dibangkitkan dan mohon juga diberi penjelasan kepada kami para penyokong Pakatan Rakyat terutama Parti Islam Se-Malaysia di Negeri Kelantan dan juga Majoriti Rakyat Negeri Kelantan supaya kami tidak lagi berada dalam keadaan “tertanya-tanya” dan “tertunggu-tunggu”.

Kami tidak teragak-agak untuk menggembleng tenaga menggerakkan 1 HIMPUNAN RAKYAT SECARA BESAR-BESARAN di Negeri Kelantan sekiranya pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengambil sikap “BERDIAM DIRI” atau memberi jawapan yang “TIDAK MEMUASKAN HATI” Rakyat Negeri Kelantan.

Sekian, Wassalam


Mohd.Fauzi Mohd.Azmi @ Topeng Perak Unmasked

Penulisan saya hanya meniru kata-kata hikmah Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang berbunyi :

"KITA ORE KELATE NI WALAUPUN SEK'KIN , TAPI TIDAK PEMINTA SEDEKAH"


Wassalam.

Monday, February 17, 2014

@Mustapa_Mohamed @Najibrazak bawa masuk dana RM38,700 juta, berapa sen pelaburan bantu #Kelantan ?


Assalamualaikum,

Pertama sekali , sekalung tahniah kepada D.S Mustapa Muhamad yang dijulang sebagai hero dalam segenap media arus perdana kerana berjaya memecah rekod kemasukan dana pelaburan asing ke Malaysia yang bernilai RM38.7 billion. KLIK untuk sumber.

'Good job, well done BOY' , mungkin itulah ucapan dari Perdana Menteri D.S Najib Razak kepada beliau sebagai tanda penghargaan atas apa yang telah diusahakan. DS Mustapa Muhamads sememangnya perkerja yang paling rajin dalam kabinet. Oleh itu, tak hairanlah survival politik beliau antara paling lama bertahan walau perdana menteri silih berganti kerana beliau adalah pekerja kesayangan.

Suka untuk saya bertanyakan kepada Datuk Pa tentang statistik penuh pihak MITI berkenaan carta aliran(investment flow) secara terperinci akan kejayaan yang telah disumbangkan ini. Investment flow tersebut perlulah menyatakan secara terperinci ke mana setiap sen dana pelaburan tersebut dialirkan. Adakah Kelantan sebagai tempat curahan dana terbesar? maklumlah kerana beliau sendiri mengakui bahawa beliau anak jati Kelantan . Adakah Selangor terbesar atau Pulau Pinang terbesar?

Ishh!! mana mungkin pelaburan boleh dicurah berlebihan sedangkan kedua-dua negeri tersebut di bawah pemerintahan pembangkang Pakatan Rakyat. Lagipun negeri tersebut tak ramai Melayu dan beragama Islam. Rakyat Kelantan keliru dalam perbincangan....

Saya terpaksa bertanyakan soalan ini kerana adalah menjadi kewajiban saya sebagai anak jati Kelantan. Di samping itu , saya hanya inginkan kepastian yang isi kaset ADUN Kelantan ini benar-benar seperti yang dipaparkan. Kalau dulu dah sekat , adakah sekarang masih menyekatnya ?. Mohon pencerahan.



Rakyat Kelantan sekarang ini menunggu akan penjelasan statistik bertulis berapakah nilaian bantuan aliran pelaburan asing bagi menilai sejauh manakah sayangnya Datuk Seri Mustapa Muhamad terhadap susah senang, pahit maung nasib rakyat Kelantan.

Wassalam.

Thursday, February 13, 2014

@najibrazak bakal rombak kabinet? @Anwaribrahim pula bersedia untuk undi tidak percaya #Parliament #Malaysia.


Meneropong dari jauh sekilas gelagat ahli kabinet yang telah di lantik oleh Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak, selepas Barisan Nasional yang memenangi PRU-13 dengan jumlah majoriti elektoral 133 kerusi dengan peratusan undi lebih kurang 49% , saya menjangkakan dari awal bahawa kabinet ini adalah sangat rapuh.

Tambahan pula ayam tambatan DS Najib Razak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh mengalami kekalahan yang teruk hinggakan kalau diibaratkan perlawanan tinju sememamangnya K.O . Namun , selepas pemilihan UMNO 2013 beberapa bulan lalu menunjukkan bahawa ayam tambatan ini masih lagi berstatus 'Ketua Bahagian' malah ada yang diangkatnya untuk mengisi jawatan CEO dalam beberapa GLC . Dan yang pastinya ketua bahagian yang kena TKO baru-baru ini bakal dan akan menjadi calon PRU-14 nanti. Wallahuaklam.

Hahahaha. Baguslah yerr, sedangkan belanja besar UMNO untuk PRU-13 baru ni pun rebah guling bating , inikan pula belanjawan kerajaan yang ciput dan semput untuk dihulurkan. Maklumlah hutang kerajaan melebihi 600 billion Ringgit Malaysia terpaksa dilangsaikan , kalau tidak.. negara perlu kepada ditelunjuki Bank Dunia atau IMF untuk diuruskan. Greece adalah contoh terbaik.


Berbalik kepada DS Najib Razak bakal merombak kabinet . Adakah ianya hanya spekulasi pembangkang atau percaturan politik yang rasional?

Bagi saya ianya adalah sesuatu yang sangat rasional. Pertama sekali , sudah tentunya perletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytamoorthy menjadi tamparan hebat untuk domino Barisan Nasional untuk kaum India radikal melakukan turning point ke arah Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh DS Anwar Ibrahim. KLIK


Membaca surat khabar tamil bukanlah keutamaan namun itulah seni politik , hinggakan gelagat ini diperli lekehkan oleh kebanyakan mereka yang berada dipihak Barisan Nasional. KLIK . Syabas DS Anwar , anda mempunyai kebijaksanaan dalam pelbagai sudut psikologi dalam meraih hati dan simpati rakyat tepat pada masanya.


Mengenai MCA pula, sudah tentunya dengan barisan kepimpinan yang baru di bawah DS Liow Tiong Lai mengharapkan 1 2 3 tempat di kerusi kabinet parlimen Malaysia bagi memenuhi tuntutan kaum cina di Malaysia walaupun kaum cina itu sendiri kini tidak lagi menyokong kepimpinan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO selama 67 tahun. Tambahan pula , dalam kepimpinan MCA mereka memerlukan suara dalam kabinet bukannya terkontang kanting seperti budak kecil meminta duit seposen.

Dan pada saat dan tika penyusunan kerusi meja baru di dalam parlimen ini , DS Anwar bakal membuat satu ujian akan kekuatan yang ada pada kiri kanannya untuk membuat satu jepp(vote of confidence) ke dagu DS Najib Razak. Jika tumbang ianya satu perubahan , jika tak tumbang pula ianya bukan satu kemaluan malah ianya mendapat reputasi yang sangat besar akan kekuatan Anwar Ibrahim dan lemahnya Najib Razak di mata dunia melalui kuasa media. Contoh terdekat untuk kita memahami bahasa taktikal politik sebegini adalah semasa kejatuhan Abishit Vijajiva dan kegoyangan Yingluck Shinawatra yang melalui proses undi tidak percaya.


Kesimpulannya, apa yang saya perhatikan akan pola psikologi sokongan rakyat terhadap UMNO-Barisan Nasional yang banyak menabur janji-janji besar, seperti tidak adanya kenaikan harga pertol , kenaikan taarif dan kecelaruan inflasi dan indeks harga pengguna yang melambung membuatkan rakyat mula hilang percaya akan kredibiliti kepimpinan ahli kabinet DS Najib Razak yang sebelum ini melaungkan slogan 'Janji Ditepati' tetapi sebaliknya rakyat yang gigit jari sambil memerhati sebahagian ahli politik dalam UMNO dan sekutunya melakukan aktiviti bawah meja , ketirisan dan autokrasi (Sarawak) .

Bersambung lagi.....

Isu apa yang menarikya Perancis? menanti

Wassalam

Sunday, February 9, 2014

Kelantan untuk #rakyat #Kelantan : 'Yayasan di 11 PBT' perlu diwujudkan demi kelangsungan #ekonomi Kelantan


Assalamualaikum,

Kelantan mampu menjadi negeri Islam maju?. Ada yang merasakan ianya hanya retorik , ada yang menyatakan tak mampu dan tak kurang jua yang mentertawakannya.

Bagi saya ianya tidak mustahil jika kita kembali kepada asas Al-Quran dan Sunnah , 'tiada orang yang boleh merubah kita melainkan kita sendiri merubahnya'. Tapi..... mesti kena pada asas fundamental ekonomi Islam yang di sesuaikan pula dengan arus ekonomi konvensional yang mewujudkan pengasingan halal haram dalam perakaunan.

Mengikut pengetahuan saya, kebanyakan hasil kewangan negeri bergantung kepada percukaian harta tanah, kawasan balak , utiliti awam dan sebagainya . Selain itu, mungkin pihak kerajaan negeri menerima hasil keuntungan dan sumbangan sosial dari anak syarikat dari PMBK ,PKINK, YIK dan lain-lain. Adakah ia akan kekal sebagai penyumbang utama kewangan kerajaan untuk selamanya?

Bagi saya, mereka mampu kekal TETAPI mampukah kerajaan negeri menguruskan tuntutan perbelanjaan pengurusan kewangan yang semakin hari semakin membesar yang membawa kepada defisit kerajaan yang berlanjutan. Bila berlanjutan.....emmmm faham-faham lah cari orang kaya nak berhutang mahupun geran. Ini adalah basic asas pengurusan kerajaan.

Berbalik kepada isi ceritanya 'Yayasan 11 PBT' perlu di wujudkan , saya tak tahulah samada pihak berkuasa tempatan di Kelantan sudah mempunyai koperasi mahu pun yayasan tapi apa yang saya ingin ketengahkan di sini adalah Yayasan PBT yang berjaya perlu dijayakan untuk mengurangkan kebergantungan terus-terusan segala perbelanjaan dari pihak S.U.K sekaligus mengurangkan bebanan berpusat kerajaan.

Bercerita tentang peta imej satelit Kelantan , secara visual kasar saya dapati kini hanya 4 kelompok besar kawasan hutan simpan di seluruh Kelantan yakni di persempadanan Kelantan-Perak , Kelantan -Terengganu dan Kelantan-Pahang. Manakala hanya setompok kecil hutan ada di kawasan Tanah Merah dan Kuala Krai yang masih dalam status pengistiharan 'Hutan Simpan Kekal. Lain-lain , dah hampir tiada lagi hutan simpan. Masihkah kerajaan terus-terusan mengharapkan sumber kewangan ini?. Fikirkan akan kediaman makhluk dari bahtera Nabi Nuh a.s yang menumpang gembira hidup bersama manusia .

Apa kaitan kawasan hutan simpan dengan PBT ?

Untuk pengetahuan, ketika saya di Gua Musang tahun 2009, pernah saya bersama beberapa rakan pejabat tanah, kepala balak , pegawai perhutanan bersama peniaga anak jati Cina Pasir Puteh yang telah berjaya dalam industri produk barangan berasaskan kelapa sawit dan oleochemical (KLIK)membuat permohonan pajakan tanah 1500 ekar di kompartment Aring setelah tanah tersebut telah dijalankan pembalakan sapu bersih atau dengan panggilan stateland.  Malangnya , permohonan tersebut terkandas di tengah jalan bila mana cerita Tuanku Sultan menitahkan semua kawasan balak di Kelantan dibekukan ?. Masihkah kau ingat?

Relevannya akan cerita saya ini terhadap PBT adalah jika saya mampu untuk membuat permohonan kawasan ladang seluas ini, apakah Yayasan dari 11 Daerah ini tak mampu untuk berbuat demikian tatkala YDP/D.O pun ada situ, tukang sukat tanah pun ada situ dan segala birokrasi tanah semuanya bermula di Majlis Daerah yang semestinya adik beradik dengan Pejabat Tanah Dan Ukur dan Jabatan Perhutanan. Semuanya teramat mudah, tambahan pembuat keputusan keputusan pun berada di pihak yang sama. Persoalannya adakah mana-mana koperasi di bawah PBT mempunyai tanah perladangan sekurang-kurangnya 500 ekar dan berjaya? Maaf , saya belum jumpa, kalau tanah Ladang Rakyat yang nak di jual tu adalah ( pindahan melalui surat autority) .

Justeru itu , saya mencadangkan bahawa setiap rangkaian PBT di Kelantan harus mempunyai yayasan sendiri . Sebagai memudahkan pengurusan eloklah kiranya D.O dan kakitangan sendiri yang menyeliakan yayasan tersebut tanpa penglibatan orang politik. Habis tempoh YDP/ D.O habis lah jawatannya dalam yayasan.

Manakala dari segi kewangannya pula , pihak kerajaan perlu memberikan geran sokongan RM1 juta sebagai suntikan modal permulaan. Selepas itu , mulakanlah perjanjian konsesi samada 10-90 atau 15-85 sebagai situasi menang-menang. Walaupun keuntungan dari yayasan ini agak kecil berbanding dengan keuntungan konsesi ladang rakyat namun kesan di sebalik kekuatan PBT bakal menyumbangkan  khidmat sosial yang lebih besar dengan lebih pantas daripada birokrasi peruntukan antara PBT dengan keputusan kerajaan. Manakala masa untuk penyelesaian masalah-masalah kecemasan dan isu-isu kencil setempat dapat disegerakan melalui akaun kecemasan yayasan.

Bagi memastikan akan keberhasilan yayasan tersebut , setiap suku tahunan Yayasan PBT melapurkan setiap status kewangan dan perkembangan ladang yang d usahakan di mesyuarat JEK. Untuk kelapa sawit ,  4 atau 5 tahun dah dapat makan hasil. Disampung itu juga peluang pekerjaan dan penempatan baru akan terbentuk dengan adanya 'Ladang Yayasan PBT' ini.

Kenapa saya nak sibuk-sibuk dengan idea ini?

Pengalaman saya bersama rakan rakan taukeh balak, kepala bukit, kerani balak hatta pemandu lori stewong , mereka menyatakan sudah terlalu sedikit tanah kosong untuk dipajak , kekiri ke kanan semuanya hak kepunyaan Ladang Rakyat- 99 tahun pajakan. Kalau ada pun hanya dipenghujung hutan simpan yang mana teramat sukar perjalanannya. Oleh itu sementara masih ada tanah kosong, kita beri peluang untuk PBT sendiri menjana ekonominya sendiri yang sebelum ini merekalah (pejabat tanah) yang bertungkus lumus dalam pengurusan hal ehwal tanah untuk orang lain.

Kesimpulannya , saya optimis yang kerajaan Kelantan mampu mengerakkan ekonominya sendiri seiring dengan Negeri Kelantan, Negeri Tadahan Wahyu.Insyaallah

Wassalam.

Monday, February 3, 2014

#Chronology of #American #Islamic #Rain #Pray for Allah to relief #drought in #California.

Last few weeks , i was following American weather pattern which very cold and snowy at the east but dry and drought in the west.

On 29 January 2014 :
American Muslim's at California head by Ustaz Zaid Syakir organized one big 'pray for rain' at San Francisco Bay Area. CLICK for facebook page.



Yesterday 1st February 2014 :
The pray was done by a thousand. Alhamdulillah. Praise for Allah.





On 2nd February 2014 :
Rain has come in a huge quantity. Alhamdulillah . Thank you Allah.


CLICK for twitter image link .






Maybe that rain are still not enough to support needs but the most important thing that we just keep pray and pray , Insyaallah, God will help us.

Allahuakbar mean 'Allah is Great' , not for terrorist.

Note : Sorry, my writing is sucks, but the most important is to make you understand the content of what i'm trying to say.

Saturday, February 1, 2014

Majlis Daerah #Bachok kena jaga title 'Bandar Pelancongan Islam'. Jika tidak, mana kita #Kelantan nak letak muka ?


Assalamualaikum,

Petang tadi , ketika bersendirian menikmati hari-hari cuti Tahun Baru Cina di sekitar pusat bandar Kota Bharu terserempak saya dengan sekumpulan pelancong warga Singapura yang mengeluh dengan menyatakan tak banyak benda yang mereka dapat selami tentang keunikan bumi Kelantan.

Tatkala huru hara dalam perbincangan, ke mana hala tuju seterusnya, sempat saya memasang telinga ," PCB mereka dah pergi, Pantai Irama rosak hakisan". Mereka hilang arah

Lantas saya menyapa mereka , "Sayang kalau mari ke Kelantan tak singgah di Pantai Melawi , pantai no 1 di Kelantan" . Saya menunjukkan beberapa keping foto dari telefon bimbit , mereka teruja bagaikan layu segar semula.

Walaubagaimanapun foto tersebut adalah dari sudut pandang yang baik manakala hakikat sebenarnya ....... anda tengok dan nilailah sendiri .

Pelancong rela menghabiskan tenaga membonceng motosikal( Singaporeon bikers) , masa dan dollar hanya untuk menikmati percutian gahnya bumi Kelantan di persada nusantara . Namun apa kata mereka jika mereka dapati Kelantan ini indah khabar dari rupa. Mana kita nak letak muka?. Kalau kita ni (Kelantan) orang berniaga, rasanya cukup sekali pelancong bagi muka , tiada peluang kedua. Sudah pastinya kecewa.



Dalam hal ini , saya tidak menyalahkan sesiapa , mungkin kerana ada di antara kita lalai dan lupa. Apa yang penting sekarang adalah solusinya tak kira apapun fahaman politiknya kerana Kelantan ini kesayangan kita semua. Buruk-buruk bajunya adalah baju kita juga.

Kedengaran dari corong berita petang tadi menyatakan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Haji Muhammad bin Hassan telah merancang dan membeli 150 jentera pembersih pantai yang sangat effisien. Syabas kami ucapkan. KLIK sini untuk cadangan saya sebelum ini.

Itu adalah penyelesaian bagi orang yang ada... bagi kita (Kelantan) ?

Dalam hal ini , saya berpendapat Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam perlu mengambil langkah DRASTIK LAGI AGRESIF  dalam hal pembersihan pantai di sepanjang pantai Daerah Bachok . Mereka perlu mengumumkan gotong royong perdana kampung. Apalah sangat dengan penyediaan meehon goreng, keropok , roti cicah gulai dan teh-o syrup untuk sepagi setiap seminggu di setiap pantai berlainan.  Rasanya amat tak menjadi keberatan untuk rakyat bingkas bangkit selepas solat subuh untuk mengeratkan ukhwah sambil beribadah membersih kawasan pantai . 'Kebersihan sebahagian dari iman'

Itu adalah penyelesaian jangka pendek, bagi jangka panjangnya  , Majlis Daerah Bachok perlu untuk mengkoordinasikan semula kedudukan tong sampah dan seharusnya melantik seorang penguatkuasa untuk membuat pemantauan mingguan ataupun harian(waktu puncak cuti sekolah) bagi memantau kebersihan dan salah laku pengunjung untuk dikenakan saman .

Dan solusi terakhirnya , PERUBAHAN SIKAP RAKYAT KELANTAN agar lebih cakna untuk menjaga kebersihan awam kerana agak tunggak terbalik peelnya . Kalau hak awam, kita bersikap- 'ambo peduli gapo' sedangkan kebersihan hak diri sendiri dijaga giler-giler.... Masyaallah.

Sikap buang sampah orang kita, orang Islam jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Walaupun dengan hanya secebis plastik pembungkus cokelat, mereka lebih suka memasukkan ke dalam poket mereka sendiri.  Ummat Islam sewajibnya malu, mereka lebih amal sunnah dari kita, cuma mereka tak mengucap saja..

Wassalam.  

Thursday, January 30, 2014

#WoW - @Saraevanmusic is going #versatile - Slow Me Down , what a #voice !


Last time, it was a little bit stronger but now she's going to fast.
What a powerful voice .



Thumbs up !

New live entry from Grand Ole Opry

Friday, January 24, 2014

@Najibrazak . Siap sedia untuk kenaikan harga gandum , jagung dan bijirin dunia. #America dilanda #agriculture #frost


Assalamualaikum,

Saban hari di Malaysia, rungutan terhadap kenaikan harga barangan mentah dan pengguna menjadikan tahap kesihatan mental rakyat agak tidak menentu oleh stress dek perbelanjaan yang memuncak.

Namun tahukah anda sesetengah hasil produk mentah yang berada di pasaran negara ini adalah di import dari pengeluar utama bahan mentah dunia seperti Amerika Syarikat, Australia, China dan India. Oleh yang demikian , sebarang kenaikan harga barangan mentah itu tak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.

Dalam hal yang akan datang ini , rakyat Malaysia dan dunia amnya diharap lebih matang dan bersedia untuk menghadapi satu lagi kenaikan harga bahan mentah yang diimport khususnya gandum, jagung dan hasil ternak.

Saya membawa anda untuk membuka mata seluasnya bagi menilai betapa besarnya kifarah Allah Taala terhadap negara nombor 1 dunia dengan pola cuaca sejuk yang luarbiasa yang di kenal pasti sebagai 'Polar Vortex' oleh meteorologist dunia.



Cuaca sejuk bawah paras beku di antara -10F -50F mengakibatkan segala bentuk kegiatan warga Amerika lumpuh sejak dari awal bulan Januari lalu. Sudah hampir sebulan.

Apa kena mengena cuaca sejuk dengan hasil pertanian? Jom kita dengar komen dari peladang di Florida ini.



Dengan apa yang diperkatakan oleh peladang tersebut kemusnahan yang berlaku terhadap hasil pertanian akan mengakibatkan harga pasaran akan memuncak ditambah pula oleh ketamakan spekulator pemain saham dunia dipasaran komoditi hadapan. KLIK sini untuk harga pasaran terkini komoditi dunia.

Oleh yang demikian , rakyat Malaysia perlu diberi sedikit penerangan yang lebih jelas tentang pasaran dunia ini. Selain itu kerajaan perlu menggembeling usaha yang lebih agresif terhadap pertanian negara ini seperti mengenakan kadar bajak sawah yang lebih murah terhadap pesawah, benih , baja dan saliran yang sempurna bagi menghadapi suasana kifarah Allah Taala yang tiada kita duga. Kerahan tenaga anak muda pun boleh diaplikasikan.

Tanah-tanah terbiar haruslah digembeling usaha akan sesuatu, tak kiralah walau hanya pacak batang ubi kayu sekalipun. Ianya tetap berharga tatkala kelaparan.

Kerajaan dan rakyat marhean dari kalangan parti pembangkang di seru agar lebih realistik dalam berpolitik bukan semua benda boleh kita politikkan . Bila makin dipolitikkan, iq dan minda kita makin terkebelakang dan terpuruk meyempitkan pemikiran. Akhirnya isi tarekat tiada dipedulikan hanya pengikut di belakang orang.

KLIK untuk blog sahabat : Pertanian Subur, Negara Makmur

Wassalam.

@weatherchannel . #Viral footage of #winter #snow in #Indonesia . Subhanallah



It is wierd due to polar vortex at North America continental which cause the worst winter storm in history.

Any explainations?

Monday, January 6, 2014

#BR1M tutup permohonan 31 Januari 2014 . Cepat daftar , begitu juga jika ada perubahan.


Ini adalah situasi sebenar kerancakan pendaftaran BR1M Kelantan di LHDN tengahari tadi. Rakyat mula datang berpusu-pusu untuk mendaftarkan diri apabila pihak kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman untuk tidak melanjutkan tempoh permohonan yang berakhir pada 31 Januari 2014 ini.


Pada permulaannya saya hanya hadir untuk mengambil borang untuk seseorang , namun setelah sampai di LHDN Kota Bharu saya begitu teruja melihat rakyat berpusu-pusu datang mendaftar diri. Alhamdulillah , rezeki Allah melalui kerajaan Malaysia(asbab) .

Setelah berjaya merakam beberapa gambar , saya dicuit mesra oleh 2 orang pegawai PR LHDN yang bertanyakan saya dari mana? Saya pun menjawab saya blogger 'rakyat' dan saya memohon maaf kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pentadbiran. Tambahan pula tadi saya begitu excited melihat rakyat berpusu-pusu merebut peluang rezeki ini. Kakak LHDN tersenyum sambil berkata " ingatkan siapa tadi ?" Kakak LHDN memberitahu akan kerisauan akan media dari pihak yang tak bertanggungjawab memanipulasi pemberian BR1M sebagai isu politik. Saya membalas " Jangan risau Kak, saya menulis apa yang saya fikirkan yang terbaik untuk rakyat". Kakak sekali lagi terenyum . Saya meminta keizinan foto ini untuk diterbitkan, jawabnya "silakan". Saya cukup kagum dengan pegawai LHDN Kota Bharu menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Syabas!!



Bagi saya program BR1M ini, adalah satu usaha murni kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat di paras kemiskinan secara tepat kepada tangan rakyat dan wajar untuk diteruskan (bergantung kepada kekukuhan kewangan negara) tanpa mengira mana-mana parti yang memerintah negara.

BR1M adalah capaian prestasi terbaik kerajaan Malaysia untuk rakyat yang membolehkan rakyat tersenyum walau untuk seketika tapi amat besar maknanya.

Akhir sekali, saya dengan akal yang waras memohon agar isu BR1M ini tidak cuba dimanipulasi sehingga melemaskan pemikiran rakyat. Ini adalah rezeki sejagat.
   

Don't let me be #lonely by @katyperry is coming back for more #country . #Awesome




I give thumbs up for Katy Perry. A very nice song.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)