Translate

Thursday, January 30, 2014

#WoW - @Saraevanmusic is going #versatile - Slow Me Down , what a #voice !


Last time, it was a little bit stronger but now she's going to fast.
What a powerful voice .



Thumbs up !

New live entry from Grand Ole Opry

Friday, January 24, 2014

@Najibrazak . Siap sedia untuk kenaikan harga gandum , jagung dan bijirin dunia. #America dilanda #agriculture #frost


Assalamualaikum,

Saban hari di Malaysia, rungutan terhadap kenaikan harga barangan mentah dan pengguna menjadikan tahap kesihatan mental rakyat agak tidak menentu oleh stress dek perbelanjaan yang memuncak.

Namun tahukah anda sesetengah hasil produk mentah yang berada di pasaran negara ini adalah di import dari pengeluar utama bahan mentah dunia seperti Amerika Syarikat, Australia, China dan India. Oleh yang demikian , sebarang kenaikan harga barangan mentah itu tak dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.

Dalam hal yang akan datang ini , rakyat Malaysia dan dunia amnya diharap lebih matang dan bersedia untuk menghadapi satu lagi kenaikan harga bahan mentah yang diimport khususnya gandum, jagung dan hasil ternak.

Saya membawa anda untuk membuka mata seluasnya bagi menilai betapa besarnya kifarah Allah Taala terhadap negara nombor 1 dunia dengan pola cuaca sejuk yang luarbiasa yang di kenal pasti sebagai 'Polar Vortex' oleh meteorologist dunia.



Cuaca sejuk bawah paras beku di antara -10F -50F mengakibatkan segala bentuk kegiatan warga Amerika lumpuh sejak dari awal bulan Januari lalu. Sudah hampir sebulan.

Apa kena mengena cuaca sejuk dengan hasil pertanian? Jom kita dengar komen dari peladang di Florida ini.



Dengan apa yang diperkatakan oleh peladang tersebut kemusnahan yang berlaku terhadap hasil pertanian akan mengakibatkan harga pasaran akan memuncak ditambah pula oleh ketamakan spekulator pemain saham dunia dipasaran komoditi hadapan. KLIK sini untuk harga pasaran terkini komoditi dunia.

Oleh yang demikian , rakyat Malaysia perlu diberi sedikit penerangan yang lebih jelas tentang pasaran dunia ini. Selain itu kerajaan perlu menggembeling usaha yang lebih agresif terhadap pertanian negara ini seperti mengenakan kadar bajak sawah yang lebih murah terhadap pesawah, benih , baja dan saliran yang sempurna bagi menghadapi suasana kifarah Allah Taala yang tiada kita duga. Kerahan tenaga anak muda pun boleh diaplikasikan.

Tanah-tanah terbiar haruslah digembeling usaha akan sesuatu, tak kiralah walau hanya pacak batang ubi kayu sekalipun. Ianya tetap berharga tatkala kelaparan.

Kerajaan dan rakyat marhean dari kalangan parti pembangkang di seru agar lebih realistik dalam berpolitik bukan semua benda boleh kita politikkan . Bila makin dipolitikkan, iq dan minda kita makin terkebelakang dan terpuruk meyempitkan pemikiran. Akhirnya isi tarekat tiada dipedulikan hanya pengikut di belakang orang.

KLIK untuk blog sahabat : Pertanian Subur, Negara Makmur

Wassalam.

@weatherchannel . #Viral footage of #winter #snow in #Indonesia . Subhanallah



It is wierd due to polar vortex at North America continental which cause the worst winter storm in history.

Any explainations?

Monday, January 6, 2014

#BR1M tutup permohonan 31 Januari 2014 . Cepat daftar , begitu juga jika ada perubahan.


Ini adalah situasi sebenar kerancakan pendaftaran BR1M Kelantan di LHDN tengahari tadi. Rakyat mula datang berpusu-pusu untuk mendaftarkan diri apabila pihak kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman untuk tidak melanjutkan tempoh permohonan yang berakhir pada 31 Januari 2014 ini.


Pada permulaannya saya hanya hadir untuk mengambil borang untuk seseorang , namun setelah sampai di LHDN Kota Bharu saya begitu teruja melihat rakyat berpusu-pusu datang mendaftar diri. Alhamdulillah , rezeki Allah melalui kerajaan Malaysia(asbab) .

Setelah berjaya merakam beberapa gambar , saya dicuit mesra oleh 2 orang pegawai PR LHDN yang bertanyakan saya dari mana? Saya pun menjawab saya blogger 'rakyat' dan saya memohon maaf kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pentadbiran. Tambahan pula tadi saya begitu excited melihat rakyat berpusu-pusu merebut peluang rezeki ini. Kakak LHDN tersenyum sambil berkata " ingatkan siapa tadi ?" Kakak LHDN memberitahu akan kerisauan akan media dari pihak yang tak bertanggungjawab memanipulasi pemberian BR1M sebagai isu politik. Saya membalas " Jangan risau Kak, saya menulis apa yang saya fikirkan yang terbaik untuk rakyat". Kakak sekali lagi terenyum . Saya meminta keizinan foto ini untuk diterbitkan, jawabnya "silakan". Saya cukup kagum dengan pegawai LHDN Kota Bharu menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Syabas!!



Bagi saya program BR1M ini, adalah satu usaha murni kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat di paras kemiskinan secara tepat kepada tangan rakyat dan wajar untuk diteruskan (bergantung kepada kekukuhan kewangan negara) tanpa mengira mana-mana parti yang memerintah negara.

BR1M adalah capaian prestasi terbaik kerajaan Malaysia untuk rakyat yang membolehkan rakyat tersenyum walau untuk seketika tapi amat besar maknanya.

Akhir sekali, saya dengan akal yang waras memohon agar isu BR1M ini tidak cuba dimanipulasi sehingga melemaskan pemikiran rakyat. Ini adalah rezeki sejagat.
   

Don't let me be #lonely by @katyperry is coming back for more #country . #Awesome




I give thumbs up for Katy Perry. A very nice song.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)