Translate

Monday, January 6, 2014

#BR1M tutup permohonan 31 Januari 2014 . Cepat daftar , begitu juga jika ada perubahan.


Ini adalah situasi sebenar kerancakan pendaftaran BR1M Kelantan di LHDN tengahari tadi. Rakyat mula datang berpusu-pusu untuk mendaftarkan diri apabila pihak kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman untuk tidak melanjutkan tempoh permohonan yang berakhir pada 31 Januari 2014 ini.


Pada permulaannya saya hanya hadir untuk mengambil borang untuk seseorang , namun setelah sampai di LHDN Kota Bharu saya begitu teruja melihat rakyat berpusu-pusu datang mendaftar diri. Alhamdulillah , rezeki Allah melalui kerajaan Malaysia(asbab) .

Setelah berjaya merakam beberapa gambar , saya dicuit mesra oleh 2 orang pegawai PR LHDN yang bertanyakan saya dari mana? Saya pun menjawab saya blogger 'rakyat' dan saya memohon maaf kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pentadbiran. Tambahan pula tadi saya begitu excited melihat rakyat berpusu-pusu merebut peluang rezeki ini. Kakak LHDN tersenyum sambil berkata " ingatkan siapa tadi ?" Kakak LHDN memberitahu akan kerisauan akan media dari pihak yang tak bertanggungjawab memanipulasi pemberian BR1M sebagai isu politik. Saya membalas " Jangan risau Kak, saya menulis apa yang saya fikirkan yang terbaik untuk rakyat". Kakak sekali lagi terenyum . Saya meminta keizinan foto ini untuk diterbitkan, jawabnya "silakan". Saya cukup kagum dengan pegawai LHDN Kota Bharu menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Syabas!!



Bagi saya program BR1M ini, adalah satu usaha murni kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat di paras kemiskinan secara tepat kepada tangan rakyat dan wajar untuk diteruskan (bergantung kepada kekukuhan kewangan negara) tanpa mengira mana-mana parti yang memerintah negara.

BR1M adalah capaian prestasi terbaik kerajaan Malaysia untuk rakyat yang membolehkan rakyat tersenyum walau untuk seketika tapi amat besar maknanya.

Akhir sekali, saya dengan akal yang waras memohon agar isu BR1M ini tidak cuba dimanipulasi sehingga melemaskan pemikiran rakyat. Ini adalah rezeki sejagat.
   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)