Translate

Thursday, February 20, 2014

#NGO #Royalti pasak jiwa anak muda #Kelantan . Bersama terus mengaminkan #doa atau berpaling punggung meminta sedekah?


Assalamualaikum,

Sebelum saya membuat titik pertama penulisan, marilah kita bersama-sama melihat akan sejarah perjuangan NGO Royalti yang disokong sepenuhnya oleh kepimpinan mantan MB Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  dan Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penyegar minda pasca perjuangan Royalti PRU-13.




Manakala ini pula adalah surat terbuka untuk Kerajaan Negeri Kelantan oleh pejuang NGO Royalti, sahabat Mohd Fauzi Mohd Azmi yang lebih dikenali sebagai Topeng Perak Unmasked.

Assalamu’alaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Hari ini kami ingin mendedahkan beberapa perkara dan juga melahirkan kekecewaan kami diatas kelemahan Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan didalam usaha Menuntut Hak Royalti hasil Petrolium Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS melalui Kerajaan Persekutuan.

Beberapa minggu lepas, kami telah mendedahkan didalam Facebook Pages ROYALTI berkenaan Pengeluaran terbaru Petrolium di Perairan Negeri Kelantan yang telah bermula secara rasmi pada 31hb. Januari, 2014 di Medan Damar dalam Block PM-303 yang jaraknya hanya 109 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

Kami tidak pasti apakah Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan yang di Pengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan; Dato’ Ahmad Yakob mempunyai maklumat tentang ini ataupun tidak.

Sekiranya tiada, elok kami ambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat berkenaan.

Pembangunan dalam Medan Damar pada masa ini diusahakan bersama (Joint Venture) oleh ExxonMobil Exploration and Production Berhad dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

Bermula pada 31hb. Januari, 2014 Medan Damar, pada kedalaman 52-56 meter melalui Pelantar Damar-A telah mula membuat pengeluaran Gas dan juga Kondensat dan apabila sampai tempoh matang (dijangka pada tahun 2016), pengeluaran akan mencapai tahap Maksima dan dijangka mencecah antara 190 sehingga 200 Mscfd (Million standard cubic feet per day) bagi Gas manakala bagi pengeluaran Kondensat pula dijangka mencecah ke tahap maksima sebanyak 170 Kbpd (Kilo barrels per day).

Perlu diketahui juga bahawa dibawah Medan Damar, terdapat sejumlah 16 buah Telaga yang akan mengeluarkan hasil Petrolium secara berperingkat mengikut jadual.

Kesemua hasil Gas dari telaga tersebut akan dinaikkan ke Pelantar Damar-A kemudian disalurkan melalui Pipeline sepanjang 22 kolimeter ke Pelantar Lawit-A untuk kerja-kerja Pemprosesan sebelum dihantar ke Kerteh manakala hasil Kondensat pula akan dihantar ke Pelantar Jerneh-A selepas diproses.

Dianggarkan bahawa Medan Damar menyimpan sebanyak 801 GCF (Giga Cubic Feet) Petrolium (Gas dan Kondensat) dan simpanan Petrolium tersebut akan habis pada tahun 2027.

Itu adalah serba sedikit maklumat yang agak lengkap berkenaan pengeluaran di Medan Damar.

Disini juga kami inginkan mempersoalkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkenaan beberapa perkara.

Kali terakhir Kes Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan dibicarakan di Mahkamah ialah pada 3hb. Oktober, 2012. Dalam Perbicaraan tersebut, Mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat Rayuan di Mahkamah Tinggi Rayuan bagi meneruskan Prosiding Saman Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan terhadap PETRONAS.

1: Selepas 1 tahun, 4 bulan, apakah Status Tuntutan tersebut..?

2: Adakah Kerajaan Negeri Kelantan akan meneruskan Prosiding Saman Tuntutan Royalti Negeri Kelantan terhadap PETRONAS atau ianya "Masih Dalam Perbincangan"..?

3: Apakah Status terkini & langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan berkenaan Tuntutan tersebut..?

4: Berapa lama lagi masa yang perlu diambil oleh Pihak yang berkenaan untuk meneruskan Tuntutan Hak Rakyat Negeri Kelantan..?

5: Adakah pihak Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai maklumat-maklumat seperti yang didedahkan diatas yang kami fikir sangat-sangat berguna dan WAJIB dimasukkan sekali didalam Tuntutan tersebut..?

Kami juga ada mendengar “Khabar Angin” (kami percaya ianya tidak benar) yang mengatakan bahawa “kemungkinan” Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan tidak berminat untuk meneruskan Saman Tuntutan tersebut dan berhasrat untuk MENARIK BALIK Saman Tuntutan Royalti Kelantan di Mahkamah.

Sekiranya “Khabar Angin” ini TIDAK BENAR, mohon pihak Kerajaan Negeri Kelantan membuat Penafian SECARA RASMI disamping menjawab 5 persoalan yang telah kami kemukakan diatas.

Perlu juga diingatkan bahawa faktor kemenangan Pakatan Rakyat terutamanya Parti Islam Se-Malaysia (walaupun kehilangan beberapa kerusi DUN) di Negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke-13 adalah berpunca dari Semangat dan Iltizam Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya Anak Kelantan di Perantauan (Pengundi Luar) yang teruja melihat kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS yang Komited dalam usaha Tuntutan Hak Royalti Negeri Kelantan yang sekian lama dinafikan oleh PETRONAS melalui Kerajaan Pusat.

Mohon dinyatakan PENDIRIAN RASMI Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan isu yang dibangkitkan dan mohon juga diberi penjelasan kepada kami para penyokong Pakatan Rakyat terutama Parti Islam Se-Malaysia di Negeri Kelantan dan juga Majoriti Rakyat Negeri Kelantan supaya kami tidak lagi berada dalam keadaan “tertanya-tanya” dan “tertunggu-tunggu”.

Kami tidak teragak-agak untuk menggembleng tenaga menggerakkan 1 HIMPUNAN RAKYAT SECARA BESAR-BESARAN di Negeri Kelantan sekiranya pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengambil sikap “BERDIAM DIRI” atau memberi jawapan yang “TIDAK MEMUASKAN HATI” Rakyat Negeri Kelantan.

Sekian, Wassalam


Mohd.Fauzi Mohd.Azmi @ Topeng Perak Unmasked

Penulisan saya hanya meniru kata-kata hikmah Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang berbunyi :

"KITA ORE KELATE NI WALAUPUN SEK'KIN , TAPI TIDAK PEMINTA SEDEKAH"


Wassalam.

Monday, February 17, 2014

@Mustapa_Mohamed @Najibrazak bawa masuk dana RM38,700 juta, berapa sen pelaburan bantu #Kelantan ?


Assalamualaikum,

Pertama sekali , sekalung tahniah kepada D.S Mustapa Muhamad yang dijulang sebagai hero dalam segenap media arus perdana kerana berjaya memecah rekod kemasukan dana pelaburan asing ke Malaysia yang bernilai RM38.7 billion. KLIK untuk sumber.

'Good job, well done BOY' , mungkin itulah ucapan dari Perdana Menteri D.S Najib Razak kepada beliau sebagai tanda penghargaan atas apa yang telah diusahakan. DS Mustapa Muhamads sememangnya perkerja yang paling rajin dalam kabinet. Oleh itu, tak hairanlah survival politik beliau antara paling lama bertahan walau perdana menteri silih berganti kerana beliau adalah pekerja kesayangan.

Suka untuk saya bertanyakan kepada Datuk Pa tentang statistik penuh pihak MITI berkenaan carta aliran(investment flow) secara terperinci akan kejayaan yang telah disumbangkan ini. Investment flow tersebut perlulah menyatakan secara terperinci ke mana setiap sen dana pelaburan tersebut dialirkan. Adakah Kelantan sebagai tempat curahan dana terbesar? maklumlah kerana beliau sendiri mengakui bahawa beliau anak jati Kelantan . Adakah Selangor terbesar atau Pulau Pinang terbesar?

Ishh!! mana mungkin pelaburan boleh dicurah berlebihan sedangkan kedua-dua negeri tersebut di bawah pemerintahan pembangkang Pakatan Rakyat. Lagipun negeri tersebut tak ramai Melayu dan beragama Islam. Rakyat Kelantan keliru dalam perbincangan....

Saya terpaksa bertanyakan soalan ini kerana adalah menjadi kewajiban saya sebagai anak jati Kelantan. Di samping itu , saya hanya inginkan kepastian yang isi kaset ADUN Kelantan ini benar-benar seperti yang dipaparkan. Kalau dulu dah sekat , adakah sekarang masih menyekatnya ?. Mohon pencerahan.



Rakyat Kelantan sekarang ini menunggu akan penjelasan statistik bertulis berapakah nilaian bantuan aliran pelaburan asing bagi menilai sejauh manakah sayangnya Datuk Seri Mustapa Muhamad terhadap susah senang, pahit maung nasib rakyat Kelantan.

Wassalam.

Thursday, February 13, 2014

@najibrazak bakal rombak kabinet? @Anwaribrahim pula bersedia untuk undi tidak percaya #Parliament #Malaysia.


Meneropong dari jauh sekilas gelagat ahli kabinet yang telah di lantik oleh Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak, selepas Barisan Nasional yang memenangi PRU-13 dengan jumlah majoriti elektoral 133 kerusi dengan peratusan undi lebih kurang 49% , saya menjangkakan dari awal bahawa kabinet ini adalah sangat rapuh.

Tambahan pula ayam tambatan DS Najib Razak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh mengalami kekalahan yang teruk hinggakan kalau diibaratkan perlawanan tinju sememamangnya K.O . Namun , selepas pemilihan UMNO 2013 beberapa bulan lalu menunjukkan bahawa ayam tambatan ini masih lagi berstatus 'Ketua Bahagian' malah ada yang diangkatnya untuk mengisi jawatan CEO dalam beberapa GLC . Dan yang pastinya ketua bahagian yang kena TKO baru-baru ini bakal dan akan menjadi calon PRU-14 nanti. Wallahuaklam.

Hahahaha. Baguslah yerr, sedangkan belanja besar UMNO untuk PRU-13 baru ni pun rebah guling bating , inikan pula belanjawan kerajaan yang ciput dan semput untuk dihulurkan. Maklumlah hutang kerajaan melebihi 600 billion Ringgit Malaysia terpaksa dilangsaikan , kalau tidak.. negara perlu kepada ditelunjuki Bank Dunia atau IMF untuk diuruskan. Greece adalah contoh terbaik.


Berbalik kepada DS Najib Razak bakal merombak kabinet . Adakah ianya hanya spekulasi pembangkang atau percaturan politik yang rasional?

Bagi saya ianya adalah sesuatu yang sangat rasional. Pertama sekali , sudah tentunya perletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytamoorthy menjadi tamparan hebat untuk domino Barisan Nasional untuk kaum India radikal melakukan turning point ke arah Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh DS Anwar Ibrahim. KLIK


Membaca surat khabar tamil bukanlah keutamaan namun itulah seni politik , hinggakan gelagat ini diperli lekehkan oleh kebanyakan mereka yang berada dipihak Barisan Nasional. KLIK . Syabas DS Anwar , anda mempunyai kebijaksanaan dalam pelbagai sudut psikologi dalam meraih hati dan simpati rakyat tepat pada masanya.


Mengenai MCA pula, sudah tentunya dengan barisan kepimpinan yang baru di bawah DS Liow Tiong Lai mengharapkan 1 2 3 tempat di kerusi kabinet parlimen Malaysia bagi memenuhi tuntutan kaum cina di Malaysia walaupun kaum cina itu sendiri kini tidak lagi menyokong kepimpinan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO selama 67 tahun. Tambahan pula , dalam kepimpinan MCA mereka memerlukan suara dalam kabinet bukannya terkontang kanting seperti budak kecil meminta duit seposen.

Dan pada saat dan tika penyusunan kerusi meja baru di dalam parlimen ini , DS Anwar bakal membuat satu ujian akan kekuatan yang ada pada kiri kanannya untuk membuat satu jepp(vote of confidence) ke dagu DS Najib Razak. Jika tumbang ianya satu perubahan , jika tak tumbang pula ianya bukan satu kemaluan malah ianya mendapat reputasi yang sangat besar akan kekuatan Anwar Ibrahim dan lemahnya Najib Razak di mata dunia melalui kuasa media. Contoh terdekat untuk kita memahami bahasa taktikal politik sebegini adalah semasa kejatuhan Abishit Vijajiva dan kegoyangan Yingluck Shinawatra yang melalui proses undi tidak percaya.


Kesimpulannya, apa yang saya perhatikan akan pola psikologi sokongan rakyat terhadap UMNO-Barisan Nasional yang banyak menabur janji-janji besar, seperti tidak adanya kenaikan harga pertol , kenaikan taarif dan kecelaruan inflasi dan indeks harga pengguna yang melambung membuatkan rakyat mula hilang percaya akan kredibiliti kepimpinan ahli kabinet DS Najib Razak yang sebelum ini melaungkan slogan 'Janji Ditepati' tetapi sebaliknya rakyat yang gigit jari sambil memerhati sebahagian ahli politik dalam UMNO dan sekutunya melakukan aktiviti bawah meja , ketirisan dan autokrasi (Sarawak) .

Bersambung lagi.....

Isu apa yang menarikya Perancis? menanti

Wassalam

Sunday, February 9, 2014

Kelantan untuk #rakyat #Kelantan : 'Yayasan di 11 PBT' perlu diwujudkan demi kelangsungan #ekonomi Kelantan


Assalamualaikum,

Kelantan mampu menjadi negeri Islam maju?. Ada yang merasakan ianya hanya retorik , ada yang menyatakan tak mampu dan tak kurang jua yang mentertawakannya.

Bagi saya ianya tidak mustahil jika kita kembali kepada asas Al-Quran dan Sunnah , 'tiada orang yang boleh merubah kita melainkan kita sendiri merubahnya'. Tapi..... mesti kena pada asas fundamental ekonomi Islam yang di sesuaikan pula dengan arus ekonomi konvensional yang mewujudkan pengasingan halal haram dalam perakaunan.

Mengikut pengetahuan saya, kebanyakan hasil kewangan negeri bergantung kepada percukaian harta tanah, kawasan balak , utiliti awam dan sebagainya . Selain itu, mungkin pihak kerajaan negeri menerima hasil keuntungan dan sumbangan sosial dari anak syarikat dari PMBK ,PKINK, YIK dan lain-lain. Adakah ia akan kekal sebagai penyumbang utama kewangan kerajaan untuk selamanya?

Bagi saya, mereka mampu kekal TETAPI mampukah kerajaan negeri menguruskan tuntutan perbelanjaan pengurusan kewangan yang semakin hari semakin membesar yang membawa kepada defisit kerajaan yang berlanjutan. Bila berlanjutan.....emmmm faham-faham lah cari orang kaya nak berhutang mahupun geran. Ini adalah basic asas pengurusan kerajaan.

Berbalik kepada isi ceritanya 'Yayasan 11 PBT' perlu di wujudkan , saya tak tahulah samada pihak berkuasa tempatan di Kelantan sudah mempunyai koperasi mahu pun yayasan tapi apa yang saya ingin ketengahkan di sini adalah Yayasan PBT yang berjaya perlu dijayakan untuk mengurangkan kebergantungan terus-terusan segala perbelanjaan dari pihak S.U.K sekaligus mengurangkan bebanan berpusat kerajaan.

Bercerita tentang peta imej satelit Kelantan , secara visual kasar saya dapati kini hanya 4 kelompok besar kawasan hutan simpan di seluruh Kelantan yakni di persempadanan Kelantan-Perak , Kelantan -Terengganu dan Kelantan-Pahang. Manakala hanya setompok kecil hutan ada di kawasan Tanah Merah dan Kuala Krai yang masih dalam status pengistiharan 'Hutan Simpan Kekal. Lain-lain , dah hampir tiada lagi hutan simpan. Masihkah kerajaan terus-terusan mengharapkan sumber kewangan ini?. Fikirkan akan kediaman makhluk dari bahtera Nabi Nuh a.s yang menumpang gembira hidup bersama manusia .

Apa kaitan kawasan hutan simpan dengan PBT ?

Untuk pengetahuan, ketika saya di Gua Musang tahun 2009, pernah saya bersama beberapa rakan pejabat tanah, kepala balak , pegawai perhutanan bersama peniaga anak jati Cina Pasir Puteh yang telah berjaya dalam industri produk barangan berasaskan kelapa sawit dan oleochemical (KLIK)membuat permohonan pajakan tanah 1500 ekar di kompartment Aring setelah tanah tersebut telah dijalankan pembalakan sapu bersih atau dengan panggilan stateland.  Malangnya , permohonan tersebut terkandas di tengah jalan bila mana cerita Tuanku Sultan menitahkan semua kawasan balak di Kelantan dibekukan ?. Masihkah kau ingat?

Relevannya akan cerita saya ini terhadap PBT adalah jika saya mampu untuk membuat permohonan kawasan ladang seluas ini, apakah Yayasan dari 11 Daerah ini tak mampu untuk berbuat demikian tatkala YDP/D.O pun ada situ, tukang sukat tanah pun ada situ dan segala birokrasi tanah semuanya bermula di Majlis Daerah yang semestinya adik beradik dengan Pejabat Tanah Dan Ukur dan Jabatan Perhutanan. Semuanya teramat mudah, tambahan pembuat keputusan keputusan pun berada di pihak yang sama. Persoalannya adakah mana-mana koperasi di bawah PBT mempunyai tanah perladangan sekurang-kurangnya 500 ekar dan berjaya? Maaf , saya belum jumpa, kalau tanah Ladang Rakyat yang nak di jual tu adalah ( pindahan melalui surat autority) .

Justeru itu , saya mencadangkan bahawa setiap rangkaian PBT di Kelantan harus mempunyai yayasan sendiri . Sebagai memudahkan pengurusan eloklah kiranya D.O dan kakitangan sendiri yang menyeliakan yayasan tersebut tanpa penglibatan orang politik. Habis tempoh YDP/ D.O habis lah jawatannya dalam yayasan.

Manakala dari segi kewangannya pula , pihak kerajaan perlu memberikan geran sokongan RM1 juta sebagai suntikan modal permulaan. Selepas itu , mulakanlah perjanjian konsesi samada 10-90 atau 15-85 sebagai situasi menang-menang. Walaupun keuntungan dari yayasan ini agak kecil berbanding dengan keuntungan konsesi ladang rakyat namun kesan di sebalik kekuatan PBT bakal menyumbangkan  khidmat sosial yang lebih besar dengan lebih pantas daripada birokrasi peruntukan antara PBT dengan keputusan kerajaan. Manakala masa untuk penyelesaian masalah-masalah kecemasan dan isu-isu kencil setempat dapat disegerakan melalui akaun kecemasan yayasan.

Bagi memastikan akan keberhasilan yayasan tersebut , setiap suku tahunan Yayasan PBT melapurkan setiap status kewangan dan perkembangan ladang yang d usahakan di mesyuarat JEK. Untuk kelapa sawit ,  4 atau 5 tahun dah dapat makan hasil. Disampung itu juga peluang pekerjaan dan penempatan baru akan terbentuk dengan adanya 'Ladang Yayasan PBT' ini.

Kenapa saya nak sibuk-sibuk dengan idea ini?

Pengalaman saya bersama rakan rakan taukeh balak, kepala bukit, kerani balak hatta pemandu lori stewong , mereka menyatakan sudah terlalu sedikit tanah kosong untuk dipajak , kekiri ke kanan semuanya hak kepunyaan Ladang Rakyat- 99 tahun pajakan. Kalau ada pun hanya dipenghujung hutan simpan yang mana teramat sukar perjalanannya. Oleh itu sementara masih ada tanah kosong, kita beri peluang untuk PBT sendiri menjana ekonominya sendiri yang sebelum ini merekalah (pejabat tanah) yang bertungkus lumus dalam pengurusan hal ehwal tanah untuk orang lain.

Kesimpulannya , saya optimis yang kerajaan Kelantan mampu mengerakkan ekonominya sendiri seiring dengan Negeri Kelantan, Negeri Tadahan Wahyu.Insyaallah

Wassalam.

Monday, February 3, 2014

#Chronology of #American #Islamic #Rain #Pray for Allah to relief #drought in #California.

Last few weeks , i was following American weather pattern which very cold and snowy at the east but dry and drought in the west.

On 29 January 2014 :
American Muslim's at California head by Ustaz Zaid Syakir organized one big 'pray for rain' at San Francisco Bay Area. CLICK for facebook page.



Yesterday 1st February 2014 :
The pray was done by a thousand. Alhamdulillah. Praise for Allah.





On 2nd February 2014 :
Rain has come in a huge quantity. Alhamdulillah . Thank you Allah.


CLICK for twitter image link .






Maybe that rain are still not enough to support needs but the most important thing that we just keep pray and pray , Insyaallah, God will help us.

Allahuakbar mean 'Allah is Great' , not for terrorist.

Note : Sorry, my writing is sucks, but the most important is to make you understand the content of what i'm trying to say.

Saturday, February 1, 2014

Majlis Daerah #Bachok kena jaga title 'Bandar Pelancongan Islam'. Jika tidak, mana kita #Kelantan nak letak muka ?


Assalamualaikum,

Petang tadi , ketika bersendirian menikmati hari-hari cuti Tahun Baru Cina di sekitar pusat bandar Kota Bharu terserempak saya dengan sekumpulan pelancong warga Singapura yang mengeluh dengan menyatakan tak banyak benda yang mereka dapat selami tentang keunikan bumi Kelantan.

Tatkala huru hara dalam perbincangan, ke mana hala tuju seterusnya, sempat saya memasang telinga ," PCB mereka dah pergi, Pantai Irama rosak hakisan". Mereka hilang arah

Lantas saya menyapa mereka , "Sayang kalau mari ke Kelantan tak singgah di Pantai Melawi , pantai no 1 di Kelantan" . Saya menunjukkan beberapa keping foto dari telefon bimbit , mereka teruja bagaikan layu segar semula.

Walaubagaimanapun foto tersebut adalah dari sudut pandang yang baik manakala hakikat sebenarnya ....... anda tengok dan nilailah sendiri .

Pelancong rela menghabiskan tenaga membonceng motosikal( Singaporeon bikers) , masa dan dollar hanya untuk menikmati percutian gahnya bumi Kelantan di persada nusantara . Namun apa kata mereka jika mereka dapati Kelantan ini indah khabar dari rupa. Mana kita nak letak muka?. Kalau kita ni (Kelantan) orang berniaga, rasanya cukup sekali pelancong bagi muka , tiada peluang kedua. Sudah pastinya kecewa.



Dalam hal ini , saya tidak menyalahkan sesiapa , mungkin kerana ada di antara kita lalai dan lupa. Apa yang penting sekarang adalah solusinya tak kira apapun fahaman politiknya kerana Kelantan ini kesayangan kita semua. Buruk-buruk bajunya adalah baju kita juga.

Kedengaran dari corong berita petang tadi menyatakan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Haji Muhammad bin Hassan telah merancang dan membeli 150 jentera pembersih pantai yang sangat effisien. Syabas kami ucapkan. KLIK sini untuk cadangan saya sebelum ini.

Itu adalah penyelesaian bagi orang yang ada... bagi kita (Kelantan) ?

Dalam hal ini , saya berpendapat Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam perlu mengambil langkah DRASTIK LAGI AGRESIF  dalam hal pembersihan pantai di sepanjang pantai Daerah Bachok . Mereka perlu mengumumkan gotong royong perdana kampung. Apalah sangat dengan penyediaan meehon goreng, keropok , roti cicah gulai dan teh-o syrup untuk sepagi setiap seminggu di setiap pantai berlainan.  Rasanya amat tak menjadi keberatan untuk rakyat bingkas bangkit selepas solat subuh untuk mengeratkan ukhwah sambil beribadah membersih kawasan pantai . 'Kebersihan sebahagian dari iman'

Itu adalah penyelesaian jangka pendek, bagi jangka panjangnya  , Majlis Daerah Bachok perlu untuk mengkoordinasikan semula kedudukan tong sampah dan seharusnya melantik seorang penguatkuasa untuk membuat pemantauan mingguan ataupun harian(waktu puncak cuti sekolah) bagi memantau kebersihan dan salah laku pengunjung untuk dikenakan saman .

Dan solusi terakhirnya , PERUBAHAN SIKAP RAKYAT KELANTAN agar lebih cakna untuk menjaga kebersihan awam kerana agak tunggak terbalik peelnya . Kalau hak awam, kita bersikap- 'ambo peduli gapo' sedangkan kebersihan hak diri sendiri dijaga giler-giler.... Masyaallah.

Sikap buang sampah orang kita, orang Islam jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Walaupun dengan hanya secebis plastik pembungkus cokelat, mereka lebih suka memasukkan ke dalam poket mereka sendiri.  Ummat Islam sewajibnya malu, mereka lebih amal sunnah dari kita, cuma mereka tak mengucap saja..

Wassalam.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)