Translate

Sunday, February 9, 2014

Kelantan untuk #rakyat #Kelantan : 'Yayasan di 11 PBT' perlu diwujudkan demi kelangsungan #ekonomi Kelantan


Assalamualaikum,

Kelantan mampu menjadi negeri Islam maju?. Ada yang merasakan ianya hanya retorik , ada yang menyatakan tak mampu dan tak kurang jua yang mentertawakannya.

Bagi saya ianya tidak mustahil jika kita kembali kepada asas Al-Quran dan Sunnah , 'tiada orang yang boleh merubah kita melainkan kita sendiri merubahnya'. Tapi..... mesti kena pada asas fundamental ekonomi Islam yang di sesuaikan pula dengan arus ekonomi konvensional yang mewujudkan pengasingan halal haram dalam perakaunan.

Mengikut pengetahuan saya, kebanyakan hasil kewangan negeri bergantung kepada percukaian harta tanah, kawasan balak , utiliti awam dan sebagainya . Selain itu, mungkin pihak kerajaan negeri menerima hasil keuntungan dan sumbangan sosial dari anak syarikat dari PMBK ,PKINK, YIK dan lain-lain. Adakah ia akan kekal sebagai penyumbang utama kewangan kerajaan untuk selamanya?

Bagi saya, mereka mampu kekal TETAPI mampukah kerajaan negeri menguruskan tuntutan perbelanjaan pengurusan kewangan yang semakin hari semakin membesar yang membawa kepada defisit kerajaan yang berlanjutan. Bila berlanjutan.....emmmm faham-faham lah cari orang kaya nak berhutang mahupun geran. Ini adalah basic asas pengurusan kerajaan.

Berbalik kepada isi ceritanya 'Yayasan 11 PBT' perlu di wujudkan , saya tak tahulah samada pihak berkuasa tempatan di Kelantan sudah mempunyai koperasi mahu pun yayasan tapi apa yang saya ingin ketengahkan di sini adalah Yayasan PBT yang berjaya perlu dijayakan untuk mengurangkan kebergantungan terus-terusan segala perbelanjaan dari pihak S.U.K sekaligus mengurangkan bebanan berpusat kerajaan.

Bercerita tentang peta imej satelit Kelantan , secara visual kasar saya dapati kini hanya 4 kelompok besar kawasan hutan simpan di seluruh Kelantan yakni di persempadanan Kelantan-Perak , Kelantan -Terengganu dan Kelantan-Pahang. Manakala hanya setompok kecil hutan ada di kawasan Tanah Merah dan Kuala Krai yang masih dalam status pengistiharan 'Hutan Simpan Kekal. Lain-lain , dah hampir tiada lagi hutan simpan. Masihkah kerajaan terus-terusan mengharapkan sumber kewangan ini?. Fikirkan akan kediaman makhluk dari bahtera Nabi Nuh a.s yang menumpang gembira hidup bersama manusia .

Apa kaitan kawasan hutan simpan dengan PBT ?

Untuk pengetahuan, ketika saya di Gua Musang tahun 2009, pernah saya bersama beberapa rakan pejabat tanah, kepala balak , pegawai perhutanan bersama peniaga anak jati Cina Pasir Puteh yang telah berjaya dalam industri produk barangan berasaskan kelapa sawit dan oleochemical (KLIK)membuat permohonan pajakan tanah 1500 ekar di kompartment Aring setelah tanah tersebut telah dijalankan pembalakan sapu bersih atau dengan panggilan stateland.  Malangnya , permohonan tersebut terkandas di tengah jalan bila mana cerita Tuanku Sultan menitahkan semua kawasan balak di Kelantan dibekukan ?. Masihkah kau ingat?

Relevannya akan cerita saya ini terhadap PBT adalah jika saya mampu untuk membuat permohonan kawasan ladang seluas ini, apakah Yayasan dari 11 Daerah ini tak mampu untuk berbuat demikian tatkala YDP/D.O pun ada situ, tukang sukat tanah pun ada situ dan segala birokrasi tanah semuanya bermula di Majlis Daerah yang semestinya adik beradik dengan Pejabat Tanah Dan Ukur dan Jabatan Perhutanan. Semuanya teramat mudah, tambahan pembuat keputusan keputusan pun berada di pihak yang sama. Persoalannya adakah mana-mana koperasi di bawah PBT mempunyai tanah perladangan sekurang-kurangnya 500 ekar dan berjaya? Maaf , saya belum jumpa, kalau tanah Ladang Rakyat yang nak di jual tu adalah ( pindahan melalui surat autority) .

Justeru itu , saya mencadangkan bahawa setiap rangkaian PBT di Kelantan harus mempunyai yayasan sendiri . Sebagai memudahkan pengurusan eloklah kiranya D.O dan kakitangan sendiri yang menyeliakan yayasan tersebut tanpa penglibatan orang politik. Habis tempoh YDP/ D.O habis lah jawatannya dalam yayasan.

Manakala dari segi kewangannya pula , pihak kerajaan perlu memberikan geran sokongan RM1 juta sebagai suntikan modal permulaan. Selepas itu , mulakanlah perjanjian konsesi samada 10-90 atau 15-85 sebagai situasi menang-menang. Walaupun keuntungan dari yayasan ini agak kecil berbanding dengan keuntungan konsesi ladang rakyat namun kesan di sebalik kekuatan PBT bakal menyumbangkan  khidmat sosial yang lebih besar dengan lebih pantas daripada birokrasi peruntukan antara PBT dengan keputusan kerajaan. Manakala masa untuk penyelesaian masalah-masalah kecemasan dan isu-isu kencil setempat dapat disegerakan melalui akaun kecemasan yayasan.

Bagi memastikan akan keberhasilan yayasan tersebut , setiap suku tahunan Yayasan PBT melapurkan setiap status kewangan dan perkembangan ladang yang d usahakan di mesyuarat JEK. Untuk kelapa sawit ,  4 atau 5 tahun dah dapat makan hasil. Disampung itu juga peluang pekerjaan dan penempatan baru akan terbentuk dengan adanya 'Ladang Yayasan PBT' ini.

Kenapa saya nak sibuk-sibuk dengan idea ini?

Pengalaman saya bersama rakan rakan taukeh balak, kepala bukit, kerani balak hatta pemandu lori stewong , mereka menyatakan sudah terlalu sedikit tanah kosong untuk dipajak , kekiri ke kanan semuanya hak kepunyaan Ladang Rakyat- 99 tahun pajakan. Kalau ada pun hanya dipenghujung hutan simpan yang mana teramat sukar perjalanannya. Oleh itu sementara masih ada tanah kosong, kita beri peluang untuk PBT sendiri menjana ekonominya sendiri yang sebelum ini merekalah (pejabat tanah) yang bertungkus lumus dalam pengurusan hal ehwal tanah untuk orang lain.

Kesimpulannya , saya optimis yang kerajaan Kelantan mampu mengerakkan ekonominya sendiri seiring dengan Negeri Kelantan, Negeri Tadahan Wahyu.Insyaallah

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)