Translate

Monday, June 30, 2014

@DBradbery - Young In #America brand #new #country #song with #Nashville mood.




My comments : Yeeeehhaa , keep up the good work Danielle . Be yourself and that's the key of your success and happiness.

Related - Click here. Heart of Dixie.

Tuesday, June 17, 2014

Pertaruhan @NajibRazak dalam #Felda #FGV bakal makan diri ? #Rakyat #Malaysia bingkas berdiri , tuntut kenyataan beladiri.



Assalamualaikum,

Al-kisah bermulalah cerita besarnya penyenaraian IPO ke-2 terbesar di dunia sehingga Perdana Menteri (pada waktu itu) dengan bangganya membuat pengumuman saham FGV bakal lebih baik dari Facebook. 

Kita tonton pengumumuan kebangaan yang tersebut. 


   
Dipendekkan cerita terus kepada penyudahnya setelah 2 tahun berlalu , inilah bandingan kedudukan status harga saham terkini antara Felda FGV dengan Facebook . Nilaikan prestasinya samada berjaya ataupun gagal?



Pada 17 Jun 2014 Saham Felda Global Venture diniagakan pada RM4.32 (KLIK) setelah saham ini di buka harga penawarannya pada RM4.55 di mana hanya memuncak pada hari pertamanya dengan harga RM5.39. KLIK

Manakala, jika kita bandingkan dengan IPO Facebook yang telah dicabar oleh Najib Razak pada detik-detik gembar-gemburnya tak cukup tangan melayan kerenah pemegang saham Felda FGV kita bakal tertanya-tanya di dalam diri , adakah pengurusan harta rakyat oleh mereka ini bisa berdayung meredah lautan spekulasi atau hanyut menunggu karam bersama manisnya janji.



Walaupun IPO Facebook hanya bermula lebih kurang sama baya (abang sikit)dengan Felda FGV dan mengalami kejatuhan teruk pada awal dagangannya tetapi para pelabur cukup yakin dengan pengurusan yang efektif dan strategi pemasaran facebook yang sangat kreatif mengatasi kebimbangan pelabur dan terus-terusan memperoleh belian. Sehingga kini, saham Facebook mencecah USD 70.00 pada 11 March 2014 . KLIK 

Sangat jauh beza nya antara RM4.32 dengan USD 70.00 Bang Jib Oii

Hari ini negara di gemparkan pula dengan puluhan isu ketirisan dan kerugian dalam Felda oleh Laporan Audit Negara 2013 yang sudah pastinya meresahkan ratusan ribu peneroka dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.

Berikut adalah petikan dari berita Bernama. (KLIK)     


Audit: 56 perolehan RM183.13 juta tidak disediakan kontrak dalam FELDA
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) didapati tidak menyediakan dokumen kontrak bagi 56 perolehan berjumlah RM183.13 juta dan dua daripada kontrak itu yang bernilai RM60.68 juta, belum ditandatangani.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri dua yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, pengauditan yang dijalankan antara Disember 2012 dan Februari 2013 mendapati secara keseluruhannya, pengurusan perolehan Felda kurang memuaskan.

"Antara kelemahannya ialah sebanyak 160 perolehan bernilai RM3.6 juta dibuat tanpa kelulusan Jawatankuasa Tender, tetapi dibuat secara terus oleh jabatan yang terlibat dan diluluskan oleh Pengarah Jabatan tersebut.
"Perolehan berjumlah RM1.85 juta bagi Sambutan Hari Peneroka dan RM3.65 juta bagi kerja hiasan dalaman Menara Felda pada 2011, dipecah kecil untuk mengelak urusan tender," kata laporan itu.

Menurut laporan itu lagi tiada pemantauan dan penyeliaan terhadap Program Bancian Warga Peneroka menyebabkan Felda terpaksa menjalankan bancian semula pada 2012 dan melibatkan kos sejumlah RM1.02 juta.
"Bayaran sejumlah RM0.74 juta bagi bancian pertama yang dijalankan pada Julai 2011 telah dibuat tanpa sebarang dokumen sokongan seperti laporan pemantauan dan pengesahan kerja.

"Sehingga tarikh pengauditan pada 8 Mac 2013, bancian semula yang dijangka siap pada bulan Disember 2012 masih belum selesai," menurut laporan itu.

Sehubungan itu, audit mengesyorkan FELDA memastikan prosedur perolehan yang ditetapkan olehnya serta peraturan kewangan yang sewajarnya dipatuhi dengan sempurna dan mengambil tindakan penambahbaikan terhadap kelemahan yang dibangkitkan. - BERNAMA

Akhir sekali, dan kesimpulannya adalah Najib Razak dan keseluruhan pengurusan tertinggi (top to toe) Felda wajib bertanggungjawab atas keadaan yang sangat kritikal ini . 

Wassalam.

Saturday, June 14, 2014

@Persie_Official fly is the most #viral #video on today's #World Cup . #Netherland beat #Spain 5-1 .





Hahaha....The Orange revenge was done.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)