Translate

Tuesday, October 21, 2014

@WeatherChannel .More and more #tornados ( #putingbeliung) becoming #virals in #Malaysia . Any scientific explainations ?


Today 20/10/2013 at Klang , Selangor (West Malaysia)



18/102013 at Bintulu , Sarawak (East Malaysia)



14/10/2014 at Pendang, Kedah (West Coast Malaysia Peninsular)



This kind of weather as tornados rare in Malaysia. Is this one of the effect of climate change ?

Thursday, October 9, 2014

Kewajaran Kementerian Kesihatan dan mangsa #denggi saman PBT di #Kelantan dan negeri lain mengakibatkan ratusan kes kematian ?


Assalamualaikum,

Denggi , satu nama yang tidak asing bagi seluruh rakyat Malaysia . Ianya boleh dianggap rakan karib simptom demam panas pada setiap kali rutin pemeriksaan doktor di klinik awam mahun pun swasta .

Salah satu faktor utama yang memangkinkan pembiakan nyamuk aedes ini adalah cuaca. Situasi iklim negara kita yang panas dan lembap sepanjang tahun amat kondusif bagi pembiakan sebarang nyamuk atau kehidupan yang membawa pelbagai jenis bawaan vektor seperti  tikus, lipas, lalat dan sebagainya.

Tahun ini merupakan tahun hitam bagi kes denggi di negeri Kelantan apabila menduduki carta kedua liga denggi negara selepas Selangor dengan jumlah 13170 kes yang mengakibatkan puluhan kematian. KLIK Bukti 1 Bukti 2 

Pelbagai langkah telah dibuat oleh kerajaan dalam membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes antaranya adalah melakukan pemeriksaan rumah ke rumah dan menyaman keluarga yang mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik dengan mengenakan denda maksimum RM1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duannya sekali.

Satu langkah yang cukup tegas bagi individu , namun apakah tindakan tegas bagi pihak berkuasa tempatan yang mengabaikan sistem perparitan yang bersumbat yang penuh dengan jentik-jentik, mahligai nyamuk aedes?

Berikut adalah beberapa keping foto yang diambil dari beberapa lokasi di Kota Bharu kronik dengan masalah longkang tersumbat hasil kegagalan PBT ataupun pihak-pihak lain seperti kontraktor JKKKP dan sebagainya dalam mengawal selia aliran air longkang di perbandaran lantas menjadi syurga pembiakan nyamuk tersebut.



  Cherang , Kota Bharu


Berek 12 , Kota Bharu


Kubang Kerian , Kota Bharu

Hakikatnya inilah keadaan sebenar yang perlu kerajaan pusat mahupun negeri membuka mata bahawa kawal selia akan infrastruktur saliran adalah lebih penting dari mengeluarkan tender perparitan untuk kontraktor yang cari makan. Diharap juga selepas ini kerajaan lebih memilih kontraktor mana yang hendak diberi tender tanam longkang . Tanam longkang ni bukan hanya main pakai gali kambus saja mesti ada sudut sendengnya barulah air lancar alirannya.



Teguran ini wajar diambil proaktif untuk kerajaan dan rakyat kerana sudah sekian lama berperang dengan nyamuk melalui beberapa kaedah seperti kaedah fogging yang telah menghabiskan jutaan ringgit wang pembayar cukai namun tidak memberikan impak yang total dalam membasmi tempat pembiakan nyamuk malah lebih merugikan kerana meneruskan kerja yang sia-sia yang bersifat sementara.

Ada juga kata sinis yang mengatakan rakyat harus bekerjasama , namun dalam hal yang sebegini adalah sangat tidak wajar untuk rakyat sendirian mengeluarkan wang saku memperbaiki longkang kegunaan semua. Dalam hal sebegini besar kerajaan dan PBTlah yang perlu mendahului gerak kerja dan barulah kami rakyat memberikan kerjasama samada dari segi mengubah tabiat pembuangan sampah dan sebagainya. Sesungguhnya adalah amat tidak adil bagi kami yang membayar cukai tetapi servis yang kami terima seperti negara dunia ketiga.

Oleh yang demikian , sebagai rakyat yang bernaung di bawah kawal selia kebersihan oleh PBT , saya berpendapat adalah wajar untuk pesakit denggi atau yang telah kehilangan nyawa ahli keluarga tersayang membuat petisyen saman untuk PBT setempat kerana kegagalan mereka memberi servis yang baik (kebersihan dan aliran longkang) yang akhirnya membawa kecelakaan kepada semua.  

Sumber bacaan lain yang berkaitan  : Black Panther 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

music (40) politik (21) cuaca (20) ekonomi (16) antarabangsa (13) sukan (9) Islam (7) muzik (5) etc (4) pelancongan (4) Sosial (2) fotografi (2) humor (2) fesyen (1) hadith (1) makan (1) prk (1) protes (1)